Saturday, March 7, 2015

Rezeki tanpa disangka-sangka.


Assalamualaikum.

Lepas ak conteng pengalaman banjir kat sini,terus ak menyepi.
Dan sekarang,tiba masa untuk ak berkongsi khabar gembira ak di sini.

Minggu ni masih Cik. Minggu depan dah jadi Puan. Hehe.
InsyaAllah 15 Mac 2015,ak akan menamatkan zaman bujang ak.

Asalnya rancang bulan lain tapi akhirnya bulan 3 yg akan terlakarnya memori manis buat kami. InsyaAllah :)

Tapi jujur ak cakap,banyak pihak yg telah memudahkan lagi urusan perkahwinan kami terutama adik beradik mak ayah ak. Ak tak tahu macam mana nak balas budi mereka yg telah banyak membantu persiapan perkahwinan kami dan juga yg telah banyak menaja untuk persiapan perkahwinan kami.
Ya Allah,hanya Allah yg boleh balas jasa baik pakcik2,makcik2 ak dan jugak kakak sepupu ak.
Semoga mereka dimurahkan lagi rezeki dan semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan mereka. Amin.
Terima kasih semua!!

*Semoga Allah memberkati perjalanan majlis kahwin kami. Amin.