Tuesday, January 13, 2015

Keadilan yang perlu dicari.


Ak dah penat cerita pasal banjir.
Nak tahu kisah benar ak pasal kejadian banjir hari tu boleh rujuk artikel ak kat dalam Malaysian Insider ataupun Berita Harian.

Apa yang ak boleh katakan, bila balik rumah tengok keadaan perabot yang tunggang langgang dengan berlumpur lagi. Ak rasa redha. Sungguh ak redha dengan ujian Allah.

Lagi2 bila tengok muka mak ayah ak yang tenang dan bersahaja tu.
Ayah ak senyum sepanjang masa, lagi membuatkan ak rasa kuat dan cekal hati.
Lagi membuatkan ak yakin Allah sedang menguji kami kerana Allah sayangkan kami :')

Balik KL dengan perasaan berat hati tapi tak sangka ofis ada buat buat tabung khas untuk keluarga ak.
Alhamdulillah dapat jugak meringankan beban keluarga ak sedikit sebanyak.

*doakan keadilan buat kami, terutama mangsa banjir di Kuala Krai. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amin.

No comments: