Monday, June 22, 2015

Bulan Ramadhan yg paling indah.




Alhamdulillah pada 15 Mac 2015 yg lalu, hubungan kami telah halal :')


Menantu pertama pa&ma.

Adik beradik husband

Thanks korang sudi terbang ke kelate ;)

Make up by Puan Zaza Norsyilla, my lovely cousin. If berminat dgn touch up Puan Zaza, boleh pm ak. Available in KB and the nearest part.



* Ramadhan ke-4 sudah. Ada hari2 yg ak terpaksa berbuka puasa. Tak tahan menanggung gastrik, baby kat dalam lapar gamaknya. Doakan yg terbaik untuk ak dan baby ye. Baby, please be strong inside. Ya Allah, lindungilah anak ak sepanjang dia berada dalam kandungan ak. Aamiin. 



Saturday, March 7, 2015

Rezeki tanpa disangka-sangka.


Assalamualaikum.

Lepas ak conteng pengalaman banjir kat sini,terus ak menyepi.
Dan sekarang,tiba masa untuk ak berkongsi khabar gembira ak di sini.

Minggu ni masih Cik. Minggu depan dah jadi Puan. Hehe.
InsyaAllah 15 Mac 2015,ak akan menamatkan zaman bujang ak.

Asalnya rancang bulan lain tapi akhirnya bulan 3 yg akan terlakarnya memori manis buat kami. InsyaAllah :)

Tapi jujur ak cakap,banyak pihak yg telah memudahkan lagi urusan perkahwinan kami terutama adik beradik mak ayah ak. Ak tak tahu macam mana nak balas budi mereka yg telah banyak membantu persiapan perkahwinan kami dan juga yg telah banyak menaja untuk persiapan perkahwinan kami.
Ya Allah,hanya Allah yg boleh balas jasa baik pakcik2,makcik2 ak dan jugak kakak sepupu ak.
Semoga mereka dimurahkan lagi rezeki dan semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan mereka. Amin.
Terima kasih semua!!

*Semoga Allah memberkati perjalanan majlis kahwin kami. Amin.




Tuesday, January 13, 2015

Keadilan yang perlu dicari.


Ak dah penat cerita pasal banjir.
Nak tahu kisah benar ak pasal kejadian banjir hari tu boleh rujuk artikel ak kat dalam Malaysian Insider ataupun Berita Harian.

Apa yang ak boleh katakan, bila balik rumah tengok keadaan perabot yang tunggang langgang dengan berlumpur lagi. Ak rasa redha. Sungguh ak redha dengan ujian Allah.

Lagi2 bila tengok muka mak ayah ak yang tenang dan bersahaja tu.
Ayah ak senyum sepanjang masa, lagi membuatkan ak rasa kuat dan cekal hati.
Lagi membuatkan ak yakin Allah sedang menguji kami kerana Allah sayangkan kami :')

Balik KL dengan perasaan berat hati tapi tak sangka ofis ada buat buat tabung khas untuk keluarga ak.
Alhamdulillah dapat jugak meringankan beban keluarga ak sedikit sebanyak.

*doakan keadilan buat kami, terutama mangsa banjir di Kuala Krai. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amin.