Wednesday, October 22, 2014

macam lauk kat kedai.


hari tu pergi lunch dengan bebudak ofis, ak bawak bekal ak sekali.
tujuan ak bawak bekal sebab malas nak menghabiskan masa lunch kat luar plus nak jimat tapi dah dorang ni beria ajak, ok lah fine, i ikut uolls.

pastu masa makan, mula lah dorang dok mengomel makanan ak.
"syikin ni masak macam lauk kat kedai"

err habis tu korang masak lauk yg bagaimana?
macam lauk kat rumah?
lauk kat rumah tu macam mana? haha.


*happy diwali guys!! mohon bos tak merajuk kami tak pergi makan2 kat tepi kolam around sunway club katanyaa


Saturday, October 18, 2014

Rendang versi Kelantan.


Meh nak share resipi rendang dari kelatee. Tapi ni yg minggu lepas punya juadah, baru sempat nak update sini. ish3.
Buat pertama kalinya ak buat sendiri kot. 
Alhamdulillah rasa dia sama dengan air tangan mak ak. hehe.
Selalunya kena mak ak yang bimbing untuk buat rendang terutama masa raya. hihi.

Disebabkan teringinnnnnnnn nak makan rendang, pastu teringat besday boyy pulak, ok meh lah ak masak benda yang susah sikit.
Sebenarnya tak susah pun nak buat rendang, cuma kena ambik masa yang lama nak tunggu rendang tu kering. Itu sajoo. 
Dari segi preparation untuk bahan2 tu sangat mudah hokayyy.

Bahan2 tumbuk/blender:

1. 11 biji bawang merah
2. 4 biji bawang putih
3. halia (dalam 3 inci kot- hentam kromo sajo. jangan ambik yang gedabak besar tu pulak)
4. 21 tangkai cili padi (kalau nak yang betul2 pedas ala2 n9, taruk lah dalam 37 tangkai kot. depends)

*selalunya ak blender je bahan2 ni, tapi disebabkan rumah sewa takde mesin blender, maka ak gagahkan diri untuk tumbuk je semua bahan2 tu. haha. tapi orang kata, yang tumbuk lagi sedap. cuma ambik masa lah sikit sebab banyak benda nak kena tumbuk. dan ak ni kalau nak guna bawang ke cili padi ke, ak suka ambik dalam kuantiti yang ganjil sebab orang kata, kuantiti ganjil ni boleh menyedapkan masakan. tak taw lah betul ke idok. tapi ak selalunya kalau masak kena ada cili padi, so selalunya cili padi ni sama ada ak ambik 7 tangkai atau pun 11 tangkai. antara dua nombor ni je yg ak suka. tak taw lah kenapa, sebab nombor feveret Rasulullah s.a.w. jgk kot. hehe.

Bahan2 lain:

1. 1 ekor ayam 
2. Setengah kotak santan paket besar (yg ni pun ak hentam kromo je. haha. nasib baik jadi jgk rendang ak)
3. Kerisik
4. 4 helai daun kunyit (hiris nipis)
5. 7 keping daun limau purut (hiris nipis)
6. 2 batang serai (tumbuk hujung)
7. Rempah rendang

Cara masakan:

1. Masukkan bahan2 yang ditumbuk beserta dengan 2 batang serai yang telah ditumbuk ke dalam kuali.Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing. Kemudian, masukkan rempah rendang.
2. Masukkan ayam ke dalam bahan yang ditumis. Biarkan selama beberapa minit dengan api kecik supaya ayam tu diperap elok dengan bahan2 tumisan dan rempah rendang.
3. Masukkan santan ke dalam ayam yang telah diperap dengan bahan2 tumisan tadi.

Sebelum kerisik dimasukkan.
4. Kacau sehingga warna santan tersebut kelihatan sedikit berubah, kemudian baru masukkan kerisik. Kemudian, kacau lagi.
5. Bila kuah rendang dah nampak berubah warna kehitaman (disebabkan kerisik), masukkan hirisan daun kunyit dan juga daun limau purut. Kacau sehingga kuah rendang kering.
6. Siap!! Sedia dimakan bersama dengan nasi panas atau pun nasi impit.


Selamat mencuba! ;)


*hari ni, makan roti cicah air kopi sajo. ak ni kalau dah betul2 malas, memang malas betul. haha. lagipun, malam ni ada dinner kat hotel, makin bertambah2 kemalasannyaaa. tadi kemas peti, baru perasan, tempe yang ak beli minggu lepas dah expired. hukhuk. minggu lepas, ak tak masak langsung, sampai tempe dalam peti pun ak dah lupa. huuu.