Sunday, September 28, 2014

hikmah tawakal.


setiap hari rabu ada pasar malam kat kawasan flat ak.
dan setiap hari rabu, ak gelisah sebab pikir mana nak cari parking bila dah sampai rumah.

hari rabu hari tu, ak tak taw kenapa ak penat yang amat.
mula2 ak pikir macam nak redah je jem tapi hujan.
memang konpem lah jem kan.

pastu pikir2 balik, baik ak stay je lah kat masjid daripada ak redah jem yang tak tentu hala.
cuba bayang, ak keluar dari ofis pukul 6.30petang, sampai rumah dalam 7.45 camtu.
lagi bagus ak terus menyimpang ke jalan masjid after keluar ofis.
at least, lepas solat, kau nak jem sampai pukul 9malam pun takpe. janji solat maghrib dah settle. ye dak?

lepas keluar dari majid masa hari rabu hari tu, ak memang tawakal je lah dapat parking ke tak bila dah sampai rumah.
ak pikir ak nak balik tenangkan minda dan badan je.

sampai je dalam kawasan flat tu, ak terus masuk dalam pusing2 cari parking.
sampai depan blok ak, ak nampak ada kosong!
walaweh cun2 depan pintu masuk blok ak pulak tu.
mula2 ak was2 jugak kot lah tu tempat parking oku ke sebab selalunya depan tu memang awal2 dah full kot.
dengan hujan lagi, gelap lagi, lama jugak ak dok tengah jalan tu. haha. nasib takde kereta lalu.

lepas dah yakin tu memang parking bukan oku, ak nak pusing lah stereng nak masuk park, sekali aiseh teksi yang double park kat tepi tu makan sikit ruang parking kosong tu.
garu kepala lah pulak ak acane nak masuk ni?
mula2 memang ak nak give up dah, memang ak nak terus cari parking yang lain je.

tapi bila ak dah maju ke depan, ak pikir balik maybe boleh kot kalau ak masuk park ikut bontot kereta dulu tapi kena masuk senget dulu lah sebab teksi tu makan ruang parking tu. huhu
*err ak ni sebenarnya tak pernah2 masuk parking ikut bontot kot.
memang cabaran betul untuk ak masa tu.

ok then, ak cabar jugak diri ak supaya masuk je parking ikut bontot.
masa tu ramai kot budak2 muda dok melepak kat depan tu.
bukannya nak tolong ak tolak teksi tu ke belakang sikit.
semuanya berpeluk tubuh nak tengok ak masuk parking.
korang ingat ni perlumbaan masuk parking ke apa? adoii

lepas tu, alhamdulillah berjaya jugak ak masuk parking sempit tu walaupun kena masuk senget dulu.
yang bagusnya ak takde pun nak ke depan pastu ke belakang lagi betulkan sudut kereta ke apa.
kali ni, memang ak terus masuk pastu kawal stereng je. fuhh lega hati bila dah berjaya masuk parking bontot camtu. haha.

ya Allah, betul lah bila kita dah betul2 tawakal, insyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita.
ak bersyukur sangat malam tu ak dapat parking yang paling dekat dengan blok ak.
tap payah ak nak pusing 2,3x cari parking. huhu.

lepas tu, malam tu encik bakal suami bagi bihun pulak.
rasa sejuk je hati bila tengok dia datang dengan baju melayu putih.
orang baru balik dari masjid kan. terus hilang rasa penat. hihi.


*minggu depan straight berkampung kat cyberjaya. semoga ak dapat pengetahuan yang baru dari sana. amin.