Tuesday, July 22, 2014

Ramadhan 1435H.


wah dah lama betul ak tak membebel kat sini. haha.
ak sebenarnya tak sabar nak balik kelate jumaat pagi ni. sobsob.
nak cium bau kereta baru lagi. hihi.

okay meh nak cerita kisah mc ak masa bulan ramadhan tahun ni.
rasanya dah lama tak kena senggugut teruk sampai dah tahap cramp paha ak.
selalunya senggugut yang biasa2 tu memang dah alah bisa tegal biasa dah pun.

hari jumaat hari tu, ak mc (hari tragedi MH17. takziah untuk ahli keluarga mangsa)
memang ak suka kalau cuti hari jumaat.
sebab apa? sebab ak boleh follow segala program agama kat tv9.
tapi masa ak mc tu, ak tidur je memanjang sampai tengahari kot. ish3.
bangun2 perut dah ok sikit, pastu lapar.
alang2 tak puasa, kita pergi lah bukak tudung periuk je, ye dak? haha.

bila perut dah ok sikit, ak pergi lah klinik petang tu.
niat nak ambik mc je pun.
bukan teringin sangat nak ambik ubat tu.
taw dah doktor akan bagi ubat tahan sakit.
ubat tahan sakit lah ak paling nak elak.
selagi ak boleh tahan sakit, ak sanggup tahan je sampai tertidur.

masuk2 jumpa doktor, ak hanya cakap "saya senggugut je. datang nak ambik mc"
lepas tu, doktor tu cakap "dik, ubat paling mujarab untuk senggugut ni satu je, iaitu kawen"
ni mitos ke fakta weh? haha.
dah banyak kali jugak ak dengar ubat senggugut tu kawen je. 
ye doktor. esok2 saya kawen lah. insyaAllah.

balik umah, ak campak je ubat tu atas meja.
sampai sekarang, ak pun tak taw ubat tu masih wujud ke ataupun dah ada orang buang. haha.
setakat ubat tahan sakit macam tu, baik ak tidur je.
sihat sikit badan ak dari telan ubat tahan sakit tetiap bulan. kan?

*selamat hari raya aidilfitri uolls. semoga dikurniakan kesihatan yg baik dan kerajinan yg berlipatkali ganda untuk mengejar malam lailatulqadar. siapa tahu, ini mungkin ramadhan kita yg terakhir ke. wallahualam