Friday, May 16, 2014

zombi dalam kenangan.





orang kata, kucing kita kalau nak mati, dia mesti akan mati tempat lain.
konon taknak bagi tuan dia sedih.

tapi zombi ak, dia mati belakang pokok depan rumah ak.
masih jugak tersorok dari pandangan mata keluarga ak.
mak ak cakap dah 2 hari dia hilang.

kebetulan pagi hari tu, jiran sebelah datang nak mintak limau purut kat rumah ak.
dia yang ternampak macam ada benda kat belakang pokok.
bila adik ak yang si abe tu pergi check, rupanya zombi...

zombi ni kucing jantan yang penakut. tapi pemalu pun ada.
kalau sedara mara ak datang, dia akan menyorok.
langsung taknak tunjuk muka.
dari kecik asyik kena manjakan dengan ak tak pun ayah ak.
dia akan biasakan diri dia dengan orang yang selalu bermanja dengan dia je.
dengan ayah ak dia paling manja.
dari jauh dia boleh detect bunyi serena ayah ak.
lepas tu mula lah tercongok depan pagar tunggu tuan dia balik.
nampak tak manja dia macam mana?

masa dia kecik, dia manja sangat.
nak tidur atas riba orang je.
ak sanggup bangun pagi2 sebab nak tengok dia berlari sampai panjat pokok, panjat bumbung.
pagi2 kucing memang terlampau aktif.
masa ni lah paling seronok nak menyakat kucing.
satgi dengan kau sekali dia kejar. haha.

lepas tu ak perasan lah jadual zombi, dalam pukul 8 pagi macam tu, dia akan berjemur siap guling2 gituh.
kadang2 kalau ak tengah jemur kain ke, dia datang bergolek kat kaki ak.
kalau ak pakai baju kelawar, lagi dia suka main tarik2 hujung kain tu.
haihh pantang betul ak kucing yg suka main kaki.
gelilah! kucing. kalau dia tahu kelemahan kita, lagi dia nak buat.
tu yg sampai ada yg kena kejar dgn kucing. haha.
tak puas hati gamaknya tak dapat geletek kaki ak.

zombi sentiasa dalam kenangan :'(



2 comments:

koehzzz said...

aiyyakk..xsempat nk jumpe zombi kg pisang..

budak kecik said...

amboii org tgh sedih ni, dia buat lawak plk. hukhuk

tp smlm bru lps tgk zombi kilang biskut. lg lawak dri kg pisang. hahah