Sunday, May 18, 2014

saya baru nak tengok dunia!



nampak tak mulut baby tengah ternganga?
kesian dia. mintak susu 24 jam.
kalau ak pangku dia, mesti dia akan hala mulut dia ke dada ak.
haha. silap orang ni baby.

baru hari ke-4 dia keluar dari perut.
mula2 ni memang kena banyak bagi susu badan kalau tak baby senang nak kena penyakit kuning ataupun jaundice.
orang kata kalau mak ayah dari jenis darah yang sama, nanti baby senang nak kena jaundice.
tak taw lah betul ke tak.

pape pun, susu mak paling terbaik.
bukan susu tepung ye.
patutlah kebanyakan perempuan susah hati kalau susu badan tak banyak.
yg ak taw, produk shaklee esp paling bagus untuk golongan mak2 yang kurang susu badan.

tapi paling penting cubalah jaga pemakanan kita.
kalau boleh kurangkan makan makanan segera contohnya kfc, mcdonalds, domino, pizza hut, a&w, fish&manhattan, nandos dan banyak lagi.
sekarang ni, macam2 jenis restoran makanan segera yg timbul kot.
ingat sihat ke makan benda2 macam tu?
nak makan boleh tapi jangan sampai tiap2 hari.
2 bulan sekali boleh lah.
tak pun setahun sekali. haha boleh ke?

pastu kalau boleh, kurangkan ajinomoto dalam masakan.
masa zaman dulu, mana ada ajinomoto bagai tu.
sebab tu orang zaman dulu boleh hidup lama, pastu tua2 pun tapi kudrat masih ada lagi.
takpelah kalau masakan tak sedap pun, janji makanan tu mengenyangkan dan sihat.
kalau tanya ak, stok ajinomoto memang ak takde ye.
sorilah. tapi gula ak ada. haha.
sebenarnya secubit gula pun boleh ganti ajinomoto.
kiranya secubit gula tu boleh bagi perasa sikit untuk masakan.
tapi jangan terlebih pulak, nanti masalah kencing manis pulak.

pemakanan tu ataupun lifestyle kita kena mula jaga dari sekarang.
jangan nanti dah ada masalah ataupun dah sakit baru terkial-kial nak jaga makan.

jujur ak cakap, ak tak berapa suka makan kat luar.
sebab kita tak taw cara dorang masak macam mana.
kebanyakannya memang ada ajinomoto.
kalau kat kl ni, mahal je lebih, tapi rasa dia hancur.
ada sesetengah tempat tu, ak memang dah cop pengotor.
mintak maap lah kalau nak suruh ak beli lagi kat situ.
silap hari bulan, berulang ke toilet lagi lah ak nanti.

baik masak sendiri je lah.
biaq pi lah tak sedap pun.
perut kita, bukan perut orang lain pun.



No comments: