Saturday, May 10, 2014

No last episode for water.



hari tu, kawan ak dah bagi warning management apartment ak tak bayar bil air.
tapi ak macam tak percaya, so ak abaikan je lah warning dia.

tapi bila ak terjaga pagi2 buta nak masuk toilet, tengok2 takde air!
ak ni kalau bab air jangan main2 dengan ak.

ak memang dah tak senang duduk.
ok takpe. sabar dulu. tunggu subuh tengok ada air ke tak.

bila dah subuh, air langsung tak menitik.
ak terus kol hotline puspel.
mengikut kata operator puspel, pihak dia takde terima apa2 amaran pasal paip bocor ke apa kat area rumah ak.
then dia suruh ak kol management apartment ak, dia kata mungkin ada masalah teknikal.

ok fine. nasib baik air simpanan dalam tong ada lagi.
kiranya pergi kerje pun boleh mandi lagi.
ok takpe. mood ak stabil lagi.

tepat pukul 9 pagi, ak cuba kol management apartment ak tapi langsung tak berjawab.
ok cool. 
kol lagi sekali. tapi kali ni talian busy pulak dah.
ok takpe. cool kejap.
buat kerja sikit.
lepas tu kol lagi, nasib berjawab.
katanya, "maaf puan. kami ada errr sedikit masalah teknikal. errr petang ni akan kembali pulih"

gagap rupanya dia. 
memang lah gagap sebab tak bayar bil air.
tak bayar bil pun kira masalah teknikal jugak kan? *asah pisau*

masa tu ak rasa macam nak berasap je bila dia cakap "masalah teknikal".
ak nak tanya dia lagi. tapi tuptup dia dah letak telefon.
mengucap panjang ak dengan orang macam ni.

lepas tu, ak saje je pergi mengadu dengan ofismate bahagian legal.
cakap dengan budak law ni memang semua akta dia keluarkan.
ak dah pening. haha.

ak mintak dia cakap dengan management apartment ak tu.
tapi bila dia kol, memang takde orang jawab.
panas pulak hati kita.
lepas tu, dia tolong ak buat surat.
then, dia emelkan kepada pihak management. dia forward emel tu untuk pihak berkuasa jugak.
baru puas hati ak.

kepada pihak yang berkenaan,
jangan nak makan duit sorang2.
sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jugak.
hidup nak mewah aje. tapi orang sekeliling awak menderita pun takpe.
ada ak kisah? kataaaaaaaanya.

orang lain mungkin tak kisah.
tapi ak kisah.
bila dah banyak terlibat dengan mesyuarat pihak industri, pihak berkuasa, sikit2 ak dah taw bahagian mana ak nak menyelit untuk aduan.

kalau kita tak buat aduan, sampai bila2 orang bermasalah macam ni akan hidup dalam dunia dia sendiri.
konon orang lain tak nampak dia buat kerja jahat.
tapi lama2 terbongkar jugak.

kepada yang terasa, baguslah.
siapa yang makan cili, dia lah yang akan terasa pedasnya.
takkan makan durian boleh rasa cili pulak *angkat kening*

selamat meningkatkan prestasi kerja anda. peace yaww


*anyway, balik kerja petang semalam dah ada air. syukur.


No comments: