Saturday, May 3, 2014

Kepentingan komunikasi.



Minggu lepas, masa ak naik kereta dengan super senior ak nak pergi meeting.
Tetiba dia keluarkan soalan yg ak tak pernah jangka akan keluar dari mulut dia,
"Syikin, bila you nak kawen?"

Oh my.. fengsannn.
Apehal boleh keluar soalan peribadi macam ni?
Ak memang tak rapat langsung dengan dia. 
Setakat nak borak dengan dia pasal kerja boleh lah.
Tapi kalau nak tunjuk perangai gila ak dengan dia, memang tak lah.
Lagipun dia bukan dalam lingkungan umur ak.
Satgi kalau dia kata a, ak akan kata b. And so on.
So, we have to make a distance for each other. I guess so.

Mungkin dia nampak ak dok main mesej masa tu kot.
Sebab tu terkeluar soalan peribadi cenggitu.
Ak mesej mak ak kot masa tu. Haha.
Ak kalau nampak ak pegang fon tu, sama ada ak mesej mak ak atau pun nurin, atau pun baca wasap group.
Tu je. 
Kalau mesej dengan mr virus tak main lah sms ke wasap ke. 
Terus inbox fb je. Haha.

Then, ak sengih je.
Pastu dia nampak ak macam tak selesa kot dengan soalan peribadi macam tu.
Kemudian, baru dia explain.
Dia cakap, selalunya kawan2 melayu dia akan kawen awal. 
Selalunya dalam lingkungan umur macam ak lah, kawan2 melayu dia akan kawen.

Ak sengih lagi.
Lepas tu, dia ulang lagi soalan tu.
Dia tambah pulak soalan yg makin mencekik leher ak, "Awak dah ada pakwe ke?"
Tak puas hati gamaknya ak asyik sengih tanpa jawapan. Hahah.
Kawan ak yg duduk depan, seat sebelah dia dah gelak2 dah. 
Hamboi sakan gelakkan ak nampak. 

Ok lepas tu ak jawab, " Planning dah ada. Cuma rasanya tak perlu lagi nak heboh. Tunggu je lah kad kami"
Lepas tu, dia cerita lah masa mula2 dia kawen dulu, dia dgn wife dia gila bercuti.
Dorang memang dah buat family planning tak nak ada anak untuk 2 tahun awal perkahwinan.
Senang nak bercuti. Gituh perancangannya.

Lepas tu, sekarang dah ada anak sorang.
Katanya, bila dah ada anak ni masing2 kena banyak berkorban lah. Jangan harapkan satu pihak je untuk jaga baby. Nanti tengah2 malam baby menangis nak susu, pandai2 lah bergilir bangun bagi baby minum susu.
Komunikasi sangat penting dalam perkahwinan.
Ok ak highlight, "KOMUNIKASI"
Yg ni ak memang setuju 100%

Untung betul dapat nasihat percuma dari orang yang dah ada pengalaman.
Kadang2 kita boleh belajar dari pengalaman orang lain jugak.
Tak gitu?




2 comments:

koehzzz said...

aku pn org yg brpengalaman gak.nk nasihat dari aku?haha

budak kecik said...

amboi. pengalaman apa yg kau ada ni? kalo pengalaman jge anak buah, ak pun pernah. siap tidur dgn dorang, pastu pg2 buta kena bangun buat susu. dah merasa dah haa. hehe