Thursday, May 22, 2014

susah ke nak buat kerja cara profesional?


orang hantar emel atas urusan kerja, boleh dia ajak ak keluar dating?
buat cara profesional sikit boleh tak?

mula2 memang ak buat emel carbon copy (Cc) untuk bos ak masa ak reply emel dia.
sekali masa dia ajak ak keluar dating, dia dah buang nama bos ak.
konon tak nak bos ak taw lah.

lepas tu, bila ak reply emel dia cakap ak akan hantar senior ak pergi jumpa dia, terus tak reply emel ak sampai sekarang.
dia ni memang nak kenakan ak ke?
konon nak buat yang ak ni memang terhegeh sangat nak cari dia?
konon sebab company dia je yang paling gah dalam malaysia ni, ak memang kena deal dengan dia sorang je lah?

orang macam ni tak payah lah layan.
dorang saja nak test market je.

tapi tak sangka pulak dia guna emel ofis untuk benda2 personal.
berani betul dia.
dia kerja kat company paling famous kot kat malaysia.


*ak wasap senior ak, cakap meeting dengan dia tak payah pergi. biar je dia tunggu. haha. sape suruh tak reply emel ak. rasanya lepas ni, ak mintak tolong senior ak je kot untuk deal dengan company dia. tak hingin ak nak deal dengan orang macam ni. sebab tu, nombor henfon jangan bagi sebarangan kat orang. bagi je nombor ofis. kalau dapat kat orang yg jenis suka test market macam ni, habis hilang privacy. tapi kadang2 ada jugak yang tetiba kol direct nombor henfon ak. celah mana entah dapat nombor ak. main tekan2 je kot. hahah.



Sunday, May 18, 2014

saya baru nak tengok dunia!



nampak tak mulut baby tengah ternganga?
kesian dia. mintak susu 24 jam.
kalau ak pangku dia, mesti dia akan hala mulut dia ke dada ak.
haha. silap orang ni baby.

baru hari ke-4 dia keluar dari perut.
mula2 ni memang kena banyak bagi susu badan kalau tak baby senang nak kena penyakit kuning ataupun jaundice.
orang kata kalau mak ayah dari jenis darah yang sama, nanti baby senang nak kena jaundice.
tak taw lah betul ke tak.

pape pun, susu mak paling terbaik.
bukan susu tepung ye.
patutlah kebanyakan perempuan susah hati kalau susu badan tak banyak.
yg ak taw, produk shaklee esp paling bagus untuk golongan mak2 yang kurang susu badan.

tapi paling penting cubalah jaga pemakanan kita.
kalau boleh kurangkan makan makanan segera contohnya kfc, mcdonalds, domino, pizza hut, a&w, fish&manhattan, nandos dan banyak lagi.
sekarang ni, macam2 jenis restoran makanan segera yg timbul kot.
ingat sihat ke makan benda2 macam tu?
nak makan boleh tapi jangan sampai tiap2 hari.
2 bulan sekali boleh lah.
tak pun setahun sekali. haha boleh ke?

pastu kalau boleh, kurangkan ajinomoto dalam masakan.
masa zaman dulu, mana ada ajinomoto bagai tu.
sebab tu orang zaman dulu boleh hidup lama, pastu tua2 pun tapi kudrat masih ada lagi.
takpelah kalau masakan tak sedap pun, janji makanan tu mengenyangkan dan sihat.
kalau tanya ak, stok ajinomoto memang ak takde ye.
sorilah. tapi gula ak ada. haha.
sebenarnya secubit gula pun boleh ganti ajinomoto.
kiranya secubit gula tu boleh bagi perasa sikit untuk masakan.
tapi jangan terlebih pulak, nanti masalah kencing manis pulak.

pemakanan tu ataupun lifestyle kita kena mula jaga dari sekarang.
jangan nanti dah ada masalah ataupun dah sakit baru terkial-kial nak jaga makan.

jujur ak cakap, ak tak berapa suka makan kat luar.
sebab kita tak taw cara dorang masak macam mana.
kebanyakannya memang ada ajinomoto.
kalau kat kl ni, mahal je lebih, tapi rasa dia hancur.
ada sesetengah tempat tu, ak memang dah cop pengotor.
mintak maap lah kalau nak suruh ak beli lagi kat situ.
silap hari bulan, berulang ke toilet lagi lah ak nanti.

baik masak sendiri je lah.
biaq pi lah tak sedap pun.
perut kita, bukan perut orang lain pun.



Friday, May 16, 2014

zombi dalam kenangan.





orang kata, kucing kita kalau nak mati, dia mesti akan mati tempat lain.
konon taknak bagi tuan dia sedih.

tapi zombi ak, dia mati belakang pokok depan rumah ak.
masih jugak tersorok dari pandangan mata keluarga ak.
mak ak cakap dah 2 hari dia hilang.

kebetulan pagi hari tu, jiran sebelah datang nak mintak limau purut kat rumah ak.
dia yang ternampak macam ada benda kat belakang pokok.
bila adik ak yang si abe tu pergi check, rupanya zombi...

zombi ni kucing jantan yang penakut. tapi pemalu pun ada.
kalau sedara mara ak datang, dia akan menyorok.
langsung taknak tunjuk muka.
dari kecik asyik kena manjakan dengan ak tak pun ayah ak.
dia akan biasakan diri dia dengan orang yang selalu bermanja dengan dia je.
dengan ayah ak dia paling manja.
dari jauh dia boleh detect bunyi serena ayah ak.
lepas tu mula lah tercongok depan pagar tunggu tuan dia balik.
nampak tak manja dia macam mana?

masa dia kecik, dia manja sangat.
nak tidur atas riba orang je.
ak sanggup bangun pagi2 sebab nak tengok dia berlari sampai panjat pokok, panjat bumbung.
pagi2 kucing memang terlampau aktif.
masa ni lah paling seronok nak menyakat kucing.
satgi dengan kau sekali dia kejar. haha.

lepas tu ak perasan lah jadual zombi, dalam pukul 8 pagi macam tu, dia akan berjemur siap guling2 gituh.
kadang2 kalau ak tengah jemur kain ke, dia datang bergolek kat kaki ak.
kalau ak pakai baju kelawar, lagi dia suka main tarik2 hujung kain tu.
haihh pantang betul ak kucing yg suka main kaki.
gelilah! kucing. kalau dia tahu kelemahan kita, lagi dia nak buat.
tu yg sampai ada yg kena kejar dgn kucing. haha.
tak puas hati gamaknya tak dapat geletek kaki ak.

zombi sentiasa dalam kenangan :'(



Saturday, May 10, 2014

No last episode for water.



hari tu, kawan ak dah bagi warning management apartment ak tak bayar bil air.
tapi ak macam tak percaya, so ak abaikan je lah warning dia.

tapi bila ak terjaga pagi2 buta nak masuk toilet, tengok2 takde air!
ak ni kalau bab air jangan main2 dengan ak.

ak memang dah tak senang duduk.
ok takpe. sabar dulu. tunggu subuh tengok ada air ke tak.

bila dah subuh, air langsung tak menitik.
ak terus kol hotline puspel.
mengikut kata operator puspel, pihak dia takde terima apa2 amaran pasal paip bocor ke apa kat area rumah ak.
then dia suruh ak kol management apartment ak, dia kata mungkin ada masalah teknikal.

ok fine. nasib baik air simpanan dalam tong ada lagi.
kiranya pergi kerje pun boleh mandi lagi.
ok takpe. mood ak stabil lagi.

tepat pukul 9 pagi, ak cuba kol management apartment ak tapi langsung tak berjawab.
ok cool. 
kol lagi sekali. tapi kali ni talian busy pulak dah.
ok takpe. cool kejap.
buat kerja sikit.
lepas tu kol lagi, nasib berjawab.
katanya, "maaf puan. kami ada errr sedikit masalah teknikal. errr petang ni akan kembali pulih"

gagap rupanya dia. 
memang lah gagap sebab tak bayar bil air.
tak bayar bil pun kira masalah teknikal jugak kan? *asah pisau*

masa tu ak rasa macam nak berasap je bila dia cakap "masalah teknikal".
ak nak tanya dia lagi. tapi tuptup dia dah letak telefon.
mengucap panjang ak dengan orang macam ni.

lepas tu, ak saje je pergi mengadu dengan ofismate bahagian legal.
cakap dengan budak law ni memang semua akta dia keluarkan.
ak dah pening. haha.

ak mintak dia cakap dengan management apartment ak tu.
tapi bila dia kol, memang takde orang jawab.
panas pulak hati kita.
lepas tu, dia tolong ak buat surat.
then, dia emelkan kepada pihak management. dia forward emel tu untuk pihak berkuasa jugak.
baru puas hati ak.

kepada pihak yang berkenaan,
jangan nak makan duit sorang2.
sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jugak.
hidup nak mewah aje. tapi orang sekeliling awak menderita pun takpe.
ada ak kisah? kataaaaaaaanya.

orang lain mungkin tak kisah.
tapi ak kisah.
bila dah banyak terlibat dengan mesyuarat pihak industri, pihak berkuasa, sikit2 ak dah taw bahagian mana ak nak menyelit untuk aduan.

kalau kita tak buat aduan, sampai bila2 orang bermasalah macam ni akan hidup dalam dunia dia sendiri.
konon orang lain tak nampak dia buat kerja jahat.
tapi lama2 terbongkar jugak.

kepada yang terasa, baguslah.
siapa yang makan cili, dia lah yang akan terasa pedasnya.
takkan makan durian boleh rasa cili pulak *angkat kening*

selamat meningkatkan prestasi kerja anda. peace yaww


*anyway, balik kerja petang semalam dah ada air. syukur.


Saturday, May 3, 2014

Kepentingan komunikasi.



Minggu lepas, masa ak naik kereta dengan super senior ak nak pergi meeting.
Tetiba dia keluarkan soalan yg ak tak pernah jangka akan keluar dari mulut dia,
"Syikin, bila you nak kawen?"

Oh my.. fengsannn.
Apehal boleh keluar soalan peribadi macam ni?
Ak memang tak rapat langsung dengan dia. 
Setakat nak borak dengan dia pasal kerja boleh lah.
Tapi kalau nak tunjuk perangai gila ak dengan dia, memang tak lah.
Lagipun dia bukan dalam lingkungan umur ak.
Satgi kalau dia kata a, ak akan kata b. And so on.
So, we have to make a distance for each other. I guess so.

Mungkin dia nampak ak dok main mesej masa tu kot.
Sebab tu terkeluar soalan peribadi cenggitu.
Ak mesej mak ak kot masa tu. Haha.
Ak kalau nampak ak pegang fon tu, sama ada ak mesej mak ak atau pun nurin, atau pun baca wasap group.
Tu je. 
Kalau mesej dengan mr virus tak main lah sms ke wasap ke. 
Terus inbox fb je. Haha.

Then, ak sengih je.
Pastu dia nampak ak macam tak selesa kot dengan soalan peribadi macam tu.
Kemudian, baru dia explain.
Dia cakap, selalunya kawan2 melayu dia akan kawen awal. 
Selalunya dalam lingkungan umur macam ak lah, kawan2 melayu dia akan kawen.

Ak sengih lagi.
Lepas tu, dia ulang lagi soalan tu.
Dia tambah pulak soalan yg makin mencekik leher ak, "Awak dah ada pakwe ke?"
Tak puas hati gamaknya ak asyik sengih tanpa jawapan. Hahah.
Kawan ak yg duduk depan, seat sebelah dia dah gelak2 dah. 
Hamboi sakan gelakkan ak nampak. 

Ok lepas tu ak jawab, " Planning dah ada. Cuma rasanya tak perlu lagi nak heboh. Tunggu je lah kad kami"
Lepas tu, dia cerita lah masa mula2 dia kawen dulu, dia dgn wife dia gila bercuti.
Dorang memang dah buat family planning tak nak ada anak untuk 2 tahun awal perkahwinan.
Senang nak bercuti. Gituh perancangannya.

Lepas tu, sekarang dah ada anak sorang.
Katanya, bila dah ada anak ni masing2 kena banyak berkorban lah. Jangan harapkan satu pihak je untuk jaga baby. Nanti tengah2 malam baby menangis nak susu, pandai2 lah bergilir bangun bagi baby minum susu.
Komunikasi sangat penting dalam perkahwinan.
Ok ak highlight, "KOMUNIKASI"
Yg ni ak memang setuju 100%

Untung betul dapat nasihat percuma dari orang yang dah ada pengalaman.
Kadang2 kita boleh belajar dari pengalaman orang lain jugak.
Tak gitu?




Thursday, May 1, 2014

Feel fresh.


Semalam penat yg amat. 
Banyak benda kena buat.
Bila dah stress, inilah hasilnya:


Chicken dum briyani!
Mula2 bila tengok nasi tu macam nak pengsan sebab banyak sangat.
Tapi lepas tu abes kot ak makan. 
Bila dah stress, selera makan pun macam dinosor kot. Haha.
Paling suka yang kuah yogurt tu. Slurppp


Pastu bila badan dah penat, otak dah penat, mulalah ak nak cari benda yg boleh menyegarkan badan.
Pusing2 kat bahagian mandian tu, terus nampak yg ini:


Setakat ni ak memang stick dengan mandian shurah.
Wangi kot bau dia.
Satu hari pun badan still bau mandian tu.
Saje je nak try in shower conditioner pulak.
In shower conditioner ni tambahan untuk kulit je.
Sama lah macam hair conditioner.

Sekali pakai terus jatuh cinta.
Badan rasa makin rileks sebab kulit rasa segar kot.
Lepas mandi terus tidur.
Hilang semua rasa penat.

This is how I pamper myself (: