Saturday, March 1, 2014

Makanan jiwa.



Ak kalau masuk kedai buku, first sekali yang ak terjah ialah rak buku agama atau buku motivasi.
Kadang2 jiwa kita pun perlukan "makanan".
Manusia biasa macam kita ni, lumrah hidup lah tu kadang2 rasa down, stress, jiwa kacau.

Tapi bila dah rasa semangat macam hilang tu, cubalah baca something yang positif atau dengar ceramah motivasi ke.
Jujur ak kata, nanti korang akan rasa nak senyum je memanjang bila dah bagi "makanan" kat jiwa kita.
Macam dah jumpa semangat yang baru orang kata.

Minggu lepas minggu kritikal ak, dengan bulan mengambang lagi.
Perasaan down tu jadi double.
Bos ak siap bagi pujian top ten dengan hasil kerja team work ak, tapi entah. Ak macam takde perasaan je.
Jenis tak makan saman. Takde pun rasa nak berbunga.
Serius rasa lemau je nak buat kerja.

Tapi bila ak dah dapat "makanan" jiwa ak, diri ak ni macam attract molekul positif.
Betul lah kot apa yang ak baca tu.
Kadang2 kita selalu ucap syukur alhamdulillah, sentiasa berterima kasih.
Tapi kadang2 ak tak rasa benda tu datang dari lubuk hati ak.
Once kita dah belajar untuk bersyukur secara ikhlas, insyaAllah kita akan sentiasa positif.
Dan kita akan sentiasa dikelilingi dengan orang yang positif.

*Alhamdulillah walaupun first time pergi pudu sentral, dengan perasaan seperti alien di situ tapi banyak lah benda yang Allah mudahkan urusan ak hari ni. Ak nak pergi jpj kat utc, tapi pudu sentral tu takde rupa pusat transformasi negara pun. Semua orang pun pelik tengok ak mungkin sebab ak blur, sampai terberhenti tengah jalan, keliru nak pergi arah mana. Haha. Ak nak tanya pun takut sebab ramai sangat orang asing kat situ. Anyway, pudu sentral lagi besar dari hentian putra bak hang! Ak rasa utc tu memang tip top lah. Perkhidmatan yang bagus untuk rakyat yang takde masa nak settle urusan penting disebabkan kekangan waktu kerja. Ni baru betul, "berkhidmat untuk rakyat". 


Gambar pasport zaman sekarang dah takde gambar biru tu, gituh katanya. 



4 comments:

Nurin Farhanah said...

kau nampak macam.....budak-budak..

hehehhe..

no offense

budak kecik said...

ofismate ak pun kata ak babyface gicuhh. hahaha. takpe lah. at least anak ak nanti, orang kata adik ak je :P

dayu_myself said...

Ehem3...makin berseri2 ekin...
Ad seri ppe ke ni??hihi

budak kecik said...

berseri lah sangattt. hahah

takdelah. seri tahajud kot :')