Monday, March 24, 2014

crack.



crack day. huuu

bangun pukul 3.30 pagi pun takde air lagi.
ok husnuzon. subuh nanti adalah kot air.

tuptup subuh pun takde air jugak. rasa nak menjerit je pagi tadi. huwaaaaaaaaaaa.
ak sebenarnya penat yang minggu lepas tak habis lagi kot.
lepas melaka-johor-pd-kl, pastu terus kena buat kerja-kerja sekretariat untuk event running lagi.
memang gigih betul ak minggu lepas.
ak rasa weekend yang ini baru ak rasa betul2 weekend.
nak kena synchronize balik waktu tidur ak yang kucar-kacir.

lepas subuh tadi, terus tergolek atas sofa.
berkira-kira nak ambik cuti sebab ak memang ada replacement leave untuk yang minggu lepas.
memang dah nak terlelap balik dah pagi tadi tapi lepas tu baru teringat ak ada meeting, ada appointment dengan datuk lagi.
waaa mana boleh cuti.
banyak benda penting nak buat hari ni. hukhuk.

last sekali, ak mandi kat tandas lrt je.
memang selesa habis mandi situ sebab tandas lrt yang tu je yang ak rasa bersih.
so nak mandi 15 minit pun tak kisah. haha.

tadi memang dah rasa malas gils nak mandi.
buat macam orang tu kan, tak mandi pagi pun takpe katanya. haha.
tapi ak memang tak boleh lah.
mesti nak jugak mandi.
badan kena jugak ada bau sabun mandi. baru rasa fresh je pagi2.
ak memang jenis bangun je pagi, mesti kena mandi.
takdenya ak nak peram sampai petang baru nak mandi.
kalau weekend, paling lambat pun pukul 10 pagi ak dah mandi.
paling kurang pun 2x kali ak kena mandi dalam sehari.

tapi kalau musim sejuk, lagi2 kalau kat kelantan boleh consider lah nak mandi tengahari sikit. haha.
air kat kampung sejuk dia lain macam sikit. macam mandi ais kot.
ak ni jenis tak tahan sejuk. sampai mak ak kata, nasib baik tak dapat sambung belajar obersee.
gituh kata mak ak. haha.

pape pun, alhamdulillah balik kerja maghrib tadi dah air.
yeayy! terus mandi sejam. ok ak tipu.



*syikin, kalau dia tak puas hati, satgi dia cakap direct je. takde dah nak simpan2 dalam hati- ofismate. waaa sejak bila ak jadi sarkastik nih? tapi sampai bila ak nak main angguk je. sekali-sekala kena jugak bersuara. tak semua benda kita boleh pendam dalam hati. 


Wednesday, March 12, 2014

Kerja sendiri ke kerja makan gaji?


Balik kelantan hari tu sempat lah jumpa sepupu ak konon bincang pasal bisnes.
Ombohh bisnes teruih. Hahha.

Tipu lah kalau ak kata ak tak minat bisnes.
Memang dah keturunan suka berniaga kot.
Tapi politik ak memang tak minat.
Tak macam anak sepupu ak, siap jadi mpp lagi kat utem.
Dia lah yg paling ketara, semangat politik arwah atuk ak jatuh kat dia.

Ak selalu pikir kalau ak buat bisnes, tak payah susah2 nak kerja makan gaji dengan orang.
Pastu anak2 ak nanti pun ak boleh jaga sendiri.
Tak payah pening2 pikir nak hantar taska mana.
Last sekali, terpaksa menyusahkan mak ayah kita jugak.
Mungkin lah mak ayah kita tak kisah kalau jaga cucu dia.
Lagi2 kalau dapat cucu first. Eksaited terlebih pulak kan mak ayah kita.
Tapi kesian jugak mak ayah kita.
Kalau dulu susah payah besarkan kita, bila dah tua pun kena susah payah jaga cucu pulak ke?
Bagilah peluang mak ayah kita rehat.
*sekarang pun, kalau ak balik cuti, mak ak goyang kaki je depan tv. ak yg masuk dapur, masak. haha.
*pastu kadang2 jadi drebar ayah ak. haha. sebenarnya ak yg gatal nak drive. lesen P fresh dari ladang katanya. kihkih.

Tapi sepupu ak selalu pesan, bisnes ni banyak risiko.
Paling penting, kena kuat dan banyak bersabar.

Persoalannya, sampai sekarang ak tak sempat lagi nak buat. Hukhuk.
Tapi sebenarnya ak cuma suka2 je nak tolong bisnes online sepupu ak.

Dan kebanyakan punca rezeki datang dari sumber perniagaan.
Wallahualam.


New catalyst. Mula2 tengok, macam tak lawa. Bila dah sarung kat kaki, chantekk lah pulak. Terus rembat. Hosmate semua puji. Alhamdulillah.





#prayforrain
#prayformh370

Saturday, March 1, 2014

Makanan jiwa.



Ak kalau masuk kedai buku, first sekali yang ak terjah ialah rak buku agama atau buku motivasi.
Kadang2 jiwa kita pun perlukan "makanan".
Manusia biasa macam kita ni, lumrah hidup lah tu kadang2 rasa down, stress, jiwa kacau.

Tapi bila dah rasa semangat macam hilang tu, cubalah baca something yang positif atau dengar ceramah motivasi ke.
Jujur ak kata, nanti korang akan rasa nak senyum je memanjang bila dah bagi "makanan" kat jiwa kita.
Macam dah jumpa semangat yang baru orang kata.

Minggu lepas minggu kritikal ak, dengan bulan mengambang lagi.
Perasaan down tu jadi double.
Bos ak siap bagi pujian top ten dengan hasil kerja team work ak, tapi entah. Ak macam takde perasaan je.
Jenis tak makan saman. Takde pun rasa nak berbunga.
Serius rasa lemau je nak buat kerja.

Tapi bila ak dah dapat "makanan" jiwa ak, diri ak ni macam attract molekul positif.
Betul lah kot apa yang ak baca tu.
Kadang2 kita selalu ucap syukur alhamdulillah, sentiasa berterima kasih.
Tapi kadang2 ak tak rasa benda tu datang dari lubuk hati ak.
Once kita dah belajar untuk bersyukur secara ikhlas, insyaAllah kita akan sentiasa positif.
Dan kita akan sentiasa dikelilingi dengan orang yang positif.

*Alhamdulillah walaupun first time pergi pudu sentral, dengan perasaan seperti alien di situ tapi banyak lah benda yang Allah mudahkan urusan ak hari ni. Ak nak pergi jpj kat utc, tapi pudu sentral tu takde rupa pusat transformasi negara pun. Semua orang pun pelik tengok ak mungkin sebab ak blur, sampai terberhenti tengah jalan, keliru nak pergi arah mana. Haha. Ak nak tanya pun takut sebab ramai sangat orang asing kat situ. Anyway, pudu sentral lagi besar dari hentian putra bak hang! Ak rasa utc tu memang tip top lah. Perkhidmatan yang bagus untuk rakyat yang takde masa nak settle urusan penting disebabkan kekangan waktu kerja. Ni baru betul, "berkhidmat untuk rakyat". 


Gambar pasport zaman sekarang dah takde gambar biru tu, gituh katanya.