Wednesday, February 5, 2014

roadblock.



pergi berarak kenduri kawen sepupu kat tumpat minggu lepas, ada satu benda yang ak tak puas hati.
kampung tu ada satu jalan short cut boleh terus keluar main road.
jalan tu kena lalu bawah jambatan kereta api.

kalau tempat ak tanah merah pun ada jugak short cut kena lalu bawah jambatan kereta api.
tapi yang ni lori pun boleh lalu.
kampung ni, paling tinggi pun mpv grand livina.
honda crv pakcik ak pun sikit je lagi nak tersangkut bawah jambatan tu.
kau bayang van serena ayah ak nak lalu bawah jambatan tu, mana lepas oii.
bumbung serena tinggi kot.
ayah ak degil nak cuba jugak.
ak memang dah nampak bumbung serena tak lepas dengan ketinggian jambatan tu.
pastu pakcik ak suruh ayah ak slow2 ke depan jugak.
bila dah ke depan tu memang tak lepas dengan rel jambatan tu.
pehhh masa tu ak risau kereta api lalu je.
unser sepupu ak pun tak lepas.

dua buah kereta stuck kat situ.
masa tu kenduri kawen pulak, semua kereta nak ikut jalan short cut sebab nak elak jem.
serena dengan unser nak undur balik memang susah lah sebab jalan tu jalan kecik je, lepas tu betul2 lepas selekoh jalan. dengan sebelah kanan semak samun, sebelah kiri tempat pembuangan sampah.
kalau nak tunggu kereta lain undur memang sampai ke malam lah.
last sekali ayah ak park serena kat tepi semak tu, sepupu ak park unser kat sebelah sampah tu nak bagi kereta belakang lalu.
kalau tak, memang jem jalan short cut tu ak rasa.

ak memang dah geram gila masa tu.
at least kau taruk lah papan kat simpang jalan, had ketinggian kenderaan yang boleh lalu bawah jambatan tu. 
kalau dah kedekut sangat nak keluar duit, kau sembur je lah spray kat papan recycle, pastu pacak kat simpang jalan tu. 
nak tunggu kemalangan dulu baru nak bertindak ke??
dah terhantuk baru nak tengadah. pfttt.

lepas tu ak dapat idea, kena block dulu kereta kat belakang2 tu sebab nak bagi space untuk serena dengan unser buat u-turn.
masa tu, adik2 laki ak tak ikut pergi kenduri.
sepupu ak pun anak2 dia semua perempuan.
so siapa lagi yang nak block kereta tu kalau bukan ak?

dengan baju kurungnya, dengan heels nya, ak pun jalan pergi ke belakang.
semua tengok ak pelik.
apehal pulak budak baju kurung ni jalan dari arah semak kan.
ak peduli apa.
ni kalau ak tak block kereta belakang memang sampai ke malam stuck kat bawah jambatan tu.

lepas tu, ada lah budak kampung naik motor gelak2 tengok ak.
masa tu nak je ak hempuk dengan kasut tumit tinggi ak.
masalah ketidakprihatinan kampung kau, kau boleh gelak pulak kan.
bukan nak tolong ak block kereta yang dah makin banyak bersusun.

bila ak dah rasa space jalan muat2 untuk serena dengan unser buat u-turn, terus ak berdiri tengah2 jalan tu.
tak pepasal buat roadblock tengah2 tu. 
nasib engkorang lah.
tapi lepas tu ada sorang pakcik tolong ak pergi inform orang kampung yang kat hujung simpang suruh dia block jalan dari sana. 
nasib baik ada jugak pakcik yang tolong ak. 
kalau tak, sampai hujung simpang ak nak kena jalan. huuu


my lovely cousins. semuanya nak buat iklan colgate. hekhek


No comments: