Tuesday, February 18, 2014

busted.



balik dari meeting pun dah pukul 12.30 tengahari. 
tetiba terasa macam nak tengok fon.
tuptup dapat mesej dari bos ak pukul 11, dia nak ak buat research pasal kandungan ammonia dalam air minuman.
dia nak ak emel kat dia pukul 2 petang!! 

alamak bos ak ni.
time ak nak makan luar ni lah dia nak bagi ak task. hukhuk.
ak kalau ada meeting, ak malas nak bawak bekal dari rumah.

bila dah kena buat research mengejut ni, takde mood lah pulak nak pergi lunch.
tapi ak memang lapar gila tengahari tadi sebab ak breakfast karipap dengan old town white coffee je.
disebabkan perut lapar menggila, ak pergi lah jugak tapau nasi.
tapi bila dah sampai ofis, ak tak terus makan pun tapi pc dulu yang ak terjah.
nasi ak letak tepi.

bila dah dapat idea yang mencurah-curah tu, ak terpandang jam pc.
tengok jam dah pukul 1.50.
tetiba ak teringat petikan dari satu majalah mengenai solat di awal waktu.
katanya, "ramai orang suka melambat-lambatkan solat demi urusan kerja. kenapa perlu kita mengagung-agungkan pujian daripada orang atasan sedangkan tugas kita sebagai hamba Allah pun kita sanggup abaikan? urusan duniawi sentiasa didahulukan ke?"
sebenarnya redha siapa yang kita cari?
redha manusia ke redha Allah?
tepuk dada tanya iman.


alhamdulillah masih ada rasa perasaan itu.
perasaan bersalah melambatkan waktu solat.




kerja memang tak pernah habis.
siap satu, sepuluh yang datang.
konklusinya jagalah waktu solatmu.
renung-renungkan. peace ^^

*lepas solat zohor, rupanya baru ak tahu, bos ak pun tolong cari bahan research sebab meeting dia postpone pukul 3.30 petang. sebelum bos ak keluar meeting, bos ak pesan suruh budak intern yang buat research tu. dia suruh ak bagi artikel2 yang ak dapat kat budak intern. nampak tak Allah sedang tolong ak? tak mungkin ak boleh siapkan research tu dalam masa sejam lebih. hukhuk. bos ak bagi masa seminggu untuk dorang siapkan. terus ak makan nasi dengan riang-ria. nasib tak gastrik je hari ni. syukur ya Allah :)


No comments: