Sunday, February 23, 2014

Bukan taste ak.


lelaki lembut pun boleh cair tengok ak pakai baju kurung cotton.
maksudnya dia masih boleh pergi ke jalan yang benar.
mohon Allah bagi hidayah kat dia.

sayang betul.
muka dah hensem tapi lembut pulak.
epic fail.
atau mungkin dia buat2 lembut kot.

*tapi muka jambu cenggitu bukan taste ak lah. kalau ak kenalkan dia dengan kawan ak yang gila korea mungkin boleh tersangkut lah kot. mungkin.





Tuesday, February 18, 2014

busted.



balik dari meeting pun dah pukul 12.30 tengahari. 
tetiba terasa macam nak tengok fon.
tuptup dapat mesej dari bos ak pukul 11, dia nak ak buat research pasal kandungan ammonia dalam air minuman.
dia nak ak emel kat dia pukul 2 petang!! 

alamak bos ak ni.
time ak nak makan luar ni lah dia nak bagi ak task. hukhuk.
ak kalau ada meeting, ak malas nak bawak bekal dari rumah.

bila dah kena buat research mengejut ni, takde mood lah pulak nak pergi lunch.
tapi ak memang lapar gila tengahari tadi sebab ak breakfast karipap dengan old town white coffee je.
disebabkan perut lapar menggila, ak pergi lah jugak tapau nasi.
tapi bila dah sampai ofis, ak tak terus makan pun tapi pc dulu yang ak terjah.
nasi ak letak tepi.

bila dah dapat idea yang mencurah-curah tu, ak terpandang jam pc.
tengok jam dah pukul 1.50.
tetiba ak teringat petikan dari satu majalah mengenai solat di awal waktu.
katanya, "ramai orang suka melambat-lambatkan solat demi urusan kerja. kenapa perlu kita mengagung-agungkan pujian daripada orang atasan sedangkan tugas kita sebagai hamba Allah pun kita sanggup abaikan? urusan duniawi sentiasa didahulukan ke?"
sebenarnya redha siapa yang kita cari?
redha manusia ke redha Allah?
tepuk dada tanya iman.


alhamdulillah masih ada rasa perasaan itu.
perasaan bersalah melambatkan waktu solat.




kerja memang tak pernah habis.
siap satu, sepuluh yang datang.
konklusinya jagalah waktu solatmu.
renung-renungkan. peace ^^

*lepas solat zohor, rupanya baru ak tahu, bos ak pun tolong cari bahan research sebab meeting dia postpone pukul 3.30 petang. sebelum bos ak keluar meeting, bos ak pesan suruh budak intern yang buat research tu. dia suruh ak bagi artikel2 yang ak dapat kat budak intern. nampak tak Allah sedang tolong ak? tak mungkin ak boleh siapkan research tu dalam masa sejam lebih. hukhuk. bos ak bagi masa seminggu untuk dorang siapkan. terus ak makan nasi dengan riang-ria. nasib tak gastrik je hari ni. syukur ya Allah :)


Sunday, February 16, 2014

Pakcik FBI.



Dua hari berturut-turut ak jogging sorang kat taman jaya.
Malam tu bukan main semangat lagi nak jogging ahkak umah ak ni.
Tapi setiap kali kejut bangun pagi, semua ke laut. Haha.
Tapi ak ok je jogging sorang. Tadehal lohh.
Lagi best kot. Hihi.
*Tenang je hati tengok langit Allah pepagi.

Sabtu memang ramai gila orang.
So ak kuar pukul 6.40 pagi camtu pun dah ada yang start jalan2 ke taman jaya.
Takdelah takut sangat nak jalan sorang2 kat lrt tu.

Cuma hari ahad macam ni tak ramai sangat orang.
Ak aim nak aerobik sebenarnya tapi malangnya hari ni takde aerobik.
So ak jogging je lah alang2 dah sampai taman jaya.
Masa ak mula2 sampai kat taman jaya tu ak perasan lah ada pakcik melayu dalam lingkungan 50an kot (tapi pakai short pants uolls), dok usha2 ak. Nampak muka macam educated.
Tapi ak buat dek je lah.
Mungkin dia ingat ak ni anak dia ke apa kan.

Tapi lepas tu, masa ak nak start jogging tu tetiba dia tegur ak tanya ak dah berapa round lari?
Pastu tetiba terus tanya ak tinggal kat mana.
Aik ak macam pelik lah kan.
Sebab soalan dia tu macam nak sangat taw ak tinggal area mana.
Ak cakap ak tinggal area pj.
Pastu terus ak diam, malas nak cakap pape.
Pakcik tu pun terus lari ke depan.
Fuhh selamat ak.
Risau jugak kang soalan pelik apa pulak yang dia tanya.
Manusia sekarang bukan boleh percaya sangat.
Lagi2 kalau kau jalan sorang.
So berhati-hati ye korang.





Berhujung minggu dengan segala dokumen yang berkaitan dengan standards.
Esok,17hb February 2014 ada lawatan daripada pihak NSB sebelum mengakreditasi company kami jadi SIRIM kedua.
Diharap semuanya berjalan dengan lancar dan mudah. Amin.



**Dapat jugak merasa golden wrap chicken kepsi hari ni. Nampak tak betapa kunonya ak. Kesian. Haha. Terima kasih awak :))


Wednesday, February 12, 2014

anjak lagi?


katanya tahun ni tahun penjimatan kerajaan.
ak mampu sedekah senyum sinis je dalam meeting tadi.
dah funder kata gitu, kena redha je lah.
tapi yang tak syioknya banyak planning dah kena anjak ke depan lagi.
dari februari ke mac. pastu dari mac ke april.

adoii ingat kami ni takde keje lain ke nak buat?
kalau projek tu nanti tak cukup berkualiti jangan saling tuding menuding pulak.
dah banyak benda kami sacrifice demi projek tujuh digit ni.
nasib baik ada budak intern dua orang.
logo, slide after effect, poster semua kami pass kat dorang je.
sorry lah dik.
kalau bagi ahkak memang tak terdaya nak dapat idea buat benda alah ni.

hai lelaki, havoc betul idea korang.
cantik pulak ak tengok benda2 yang dorang design.
lepas ni, terus apply keje kat company kami lah senang.
ambik position program designer ke.
lari teruihh dari background sains.
tapi kalau dah minat punya pasal, ada korang kisah ke?
at least, banyak benda korang boleh belajar kan?
tak semestinya nak kena stick dengan background study korang kan?
tak gitu uollss?


*ak pantang betul bila lelaki bangla berdiri belakang ak masa beratur nak naik lrt. sebab dorang suka berdiri rapat2 belakang perempuan. motif kau buat gitu dah kenapa? kang ada jugak makan penyepak ak ni nanti. sekarang dah lah memang panas membahang, memang panas je hati kita ni tadi. tapi ak senang je bila dah nampak geng bangla ni makin rapat dengan ak, ak pergi menyelit sana sini, tup2 dah berdiri belakang lelaki yang gagah perkasa. haha. bajet bodyguard gituhh.




Wednesday, February 5, 2014

roadblock.



pergi berarak kenduri kawen sepupu kat tumpat minggu lepas, ada satu benda yang ak tak puas hati.
kampung tu ada satu jalan short cut boleh terus keluar main road.
jalan tu kena lalu bawah jambatan kereta api.

kalau tempat ak tanah merah pun ada jugak short cut kena lalu bawah jambatan kereta api.
tapi yang ni lori pun boleh lalu.
kampung ni, paling tinggi pun mpv grand livina.
honda crv pakcik ak pun sikit je lagi nak tersangkut bawah jambatan tu.
kau bayang van serena ayah ak nak lalu bawah jambatan tu, mana lepas oii.
bumbung serena tinggi kot.
ayah ak degil nak cuba jugak.
ak memang dah nampak bumbung serena tak lepas dengan ketinggian jambatan tu.
pastu pakcik ak suruh ayah ak slow2 ke depan jugak.
bila dah ke depan tu memang tak lepas dengan rel jambatan tu.
pehhh masa tu ak risau kereta api lalu je.
unser sepupu ak pun tak lepas.

dua buah kereta stuck kat situ.
masa tu kenduri kawen pulak, semua kereta nak ikut jalan short cut sebab nak elak jem.
serena dengan unser nak undur balik memang susah lah sebab jalan tu jalan kecik je, lepas tu betul2 lepas selekoh jalan. dengan sebelah kanan semak samun, sebelah kiri tempat pembuangan sampah.
kalau nak tunggu kereta lain undur memang sampai ke malam lah.
last sekali ayah ak park serena kat tepi semak tu, sepupu ak park unser kat sebelah sampah tu nak bagi kereta belakang lalu.
kalau tak, memang jem jalan short cut tu ak rasa.

ak memang dah geram gila masa tu.
at least kau taruk lah papan kat simpang jalan, had ketinggian kenderaan yang boleh lalu bawah jambatan tu. 
kalau dah kedekut sangat nak keluar duit, kau sembur je lah spray kat papan recycle, pastu pacak kat simpang jalan tu. 
nak tunggu kemalangan dulu baru nak bertindak ke??
dah terhantuk baru nak tengadah. pfttt.

lepas tu ak dapat idea, kena block dulu kereta kat belakang2 tu sebab nak bagi space untuk serena dengan unser buat u-turn.
masa tu, adik2 laki ak tak ikut pergi kenduri.
sepupu ak pun anak2 dia semua perempuan.
so siapa lagi yang nak block kereta tu kalau bukan ak?

dengan baju kurungnya, dengan heels nya, ak pun jalan pergi ke belakang.
semua tengok ak pelik.
apehal pulak budak baju kurung ni jalan dari arah semak kan.
ak peduli apa.
ni kalau ak tak block kereta belakang memang sampai ke malam stuck kat bawah jambatan tu.

lepas tu, ada lah budak kampung naik motor gelak2 tengok ak.
masa tu nak je ak hempuk dengan kasut tumit tinggi ak.
masalah ketidakprihatinan kampung kau, kau boleh gelak pulak kan.
bukan nak tolong ak block kereta yang dah makin banyak bersusun.

bila ak dah rasa space jalan muat2 untuk serena dengan unser buat u-turn, terus ak berdiri tengah2 jalan tu.
tak pepasal buat roadblock tengah2 tu. 
nasib engkorang lah.
tapi lepas tu ada sorang pakcik tolong ak pergi inform orang kampung yang kat hujung simpang suruh dia block jalan dari sana. 
nasib baik ada jugak pakcik yang tolong ak. 
kalau tak, sampai hujung simpang ak nak kena jalan. huuu


my lovely cousins. semuanya nak buat iklan colgate. hekhek