Sunday, January 26, 2014

macam tak percaya.


semalam lepas balik makan, sambung buat kerja sikit sampai pukul 1 pagi.
lepas tu, bila dapat arrange playlist lagu feveret ak, tetiba terbukak hati nak jogging kat taman jaya.
dah setahun kot tak jogging.
habis lemak terkumpul sana sini. hadoiii.

pukul 6.45 pagi, ak keluar rumah dengan sorang roomate ak,kak amy.
yang lain semua terbongkang lagi.

lepas lari 3 pusingan, baru perasan ak tak pancit langsung.
selalunya satu pusingan dah macam semput kot.
wahh hebat betul stamina badan ak. padahalnya dalam masa setahun ni kerja asyik ternak lemak je.
nak buat senamannya memang ke laut.

lepas habis 3 pusingan tu, ak ternampak orang tengah aerobik.
ak apa lagi terus join sekaki.
benda free beb, siapa taknak. hihi.
mula-mula sikit je yang join, lepas tu makin lama makin ramai yang join.

aerobik ni korang kena pandai ikut rentak muzik dia.
kadang2 memang lah nampak susah gerakan instructor tu, tapi lepas dapat catch up gerakan dia, pastu korang just ikut rentak muzik dia je.
kalau korang malas jogging tapi korang suka muzik dan lenggok tari menari tu, aerobik memang solution yang terbaik untuk keluarkan peluh.

kiranya ak hari ni dapat buat aktiviti dua dalam satu.
lepas setahun tak beriadah, pagi ni memang lencun habis baju ak.
balik rumah memang tergolek depan tv dulu dengan towel sebelum mandi.
konon nak guling2 je, tapi lepas tu terlelap lah sekejap. hahah.

so bagi sesiapa yang nak join aerobik kat taman jaya tu, bolehlah datang setiap hari ahad pukul 7.50 pagi ye. instructor dia memang sporting habis bak hang.

*senior ak whatsapp ak nak terus pergi perlis lepas raya cina nanti. alamak banyak lagi benda yang tak settle. mana mungkin lepas raya cina nak terus kick off projek jelajah. dengan dua meeting besar kat putrajaya lagi. draft invitation letter pun baru siap jumaat lepas. tu pun, nasib baik ak check balik dalam minit mesyuarat yang lepas. macam nak gila buat draft tu dalam masa 3 jam. kalau macam ni gayanya, ak memang kena breakfast like a queen. lepas tu, nak skip lunch pun dah tak kisah langsung. position paper pun macam kena hold dulu je. nampak tak work load ak macam mana? syukur alhamdulillah ^^



1 comment:

koehzzz said...

ape yg mcm x prcaye nye?