Sunday, November 10, 2013

peranan manusia.


masa raya haji hari tu, bila dah berkumpul ramai2, semua dok tanya "bila nak kerja?"
amboi mentang2 anak2 dorang semua senang nak dapat kerja, nak compare dengan ak pulak.

lepas tu, bila tanya adik ak, zura, dia pun dah boleh jawab dengan mudah sebab syarikat tempat dia intern dah berminat nak ambik dia kerja terus hujung bulan november ni.
bila tanya ak, tergagap jugak nak jawab sebab dah bermacam jenis kerja dah apply tapi still takde respon masa tu.

agak stress lah masa tu sebab adik ak dah memang konpem ada syarikat yang berminat nak hire dia.
tapi ak yg si kakak ni masih terkapai-kapai.

nasib baik mak ayah ak jenis tak kisah pun kalau ak nak sambung belajar atau nak kerja dulu.
so ak pun malas lah nak layan perasaan stress ak ni. kerja syaitonirojim je semua ni.
so dalam masa sebulan ak dok rumah tu, adalah jugak ak kongsi ilmu matematik level spm ak dengan budak2 calon spm tahun ni.
semoga dorang boleh applikasi ilmu yg ak ajar tu untuk paper matematik nanti. amin.
seronok taw bila nampak dorang boleh buat bab yg kita dah ajar. alhamdulillah.
at least ak dah buat something yg berguna dari ak dok buang masa tak tentu pasal.
*tapi bergurau senda dgn kucing tu aktiviti riadah yg wajib. haha.

alhamdulillah sekarang ak yg dapat start kerja lagi awal dari adik ak.
padahal zura dapat tawaran kerja lagi awal dari ak.
dan akhirnya ak dulu yg start kerja. alhamdulillah.

memang lah sama2 stay kat kl, tapi susahnya nak jumpa zura.
tetiap minggu ada je aktiviti dengan ofismate dia.
siap lah nanti bila ak dah bawak kereta datang kl tahun depan, setiap hari petang jumaat kena jemput dia kat kepong. paksa dia tidur umah ak je.
mak ak cakap ada hikmah jugak ak dapat kerja kat kl, at least boleh tengokkan zura sekali.
housemate ak cakap, kl ni kan kampung ak. haha.
"kampung" lah sangat.
sampai sekarang area pj, lebih spesifik sg way susah nak khatam.
jalan bersimpang siur oii.

ak rasa kerja ak ni macam boleh sambung master terus je.
sebab kerja ak ni still kena buat research.
siap kena pergi meeting dengan kementerian bagai.
sekejap kat putrayaja. sekejap kat cyberjaya.
doakan ak cepat dan mudah dapat lesen kereta.
tak sanggup dah tumpang2 kereta orang ni.
at least, hujung bulan 1 tahun depan dah boleh bawak kereta sendiri. insyaAllah.
(check list pertama untuk tahun 2014).

dulu ak pernah terfikir, kenapa Allah cipta ak? kenapa Allah cipta manusia?
supaya kita boleh berkongsi ilmu yg kita dapat.
dan sama2 mengaplikasikannya demi kebaikan manusia sejagat.
bukan untuk kepentingan diri. bukan untuk kepentingan kroni. bukan!
tolong manusia. tolong jangan jadi manusia yg pentingkan diri.

tak dapat medik. tapi ak dapat yg ini.
dan ak rasa, di sinilah platform ak.
Allahu. Dia memang dah aturkan yg terbaik untuk kita.
cuma kita lambat pick up.
lepas tu nak meroyan tak tentu pasal.
hailaaa.

kita cuba berlagak tenang je, follow the flow.
tapi yg penting doa ye  ^^


*apabila kebergantungan kepada Allah SWT sangat kuat serta menjaga urusanNya, maka Allah SWT akan menjaga urusan dunia kita. Deep.




No comments: