Saturday, November 16, 2013

ak gayat ke?


petang semalam, sampai2 je rumah terus tidur.
pening kepala oii lepas naik cabel car kat genting.
ingatkan dah tidur, pening dah ok.
tapi makin blur kot rasa.

lepas bukak puasa apa semua, pukul 8 malam ak gerak pergi kl central, teman adik ak zura pergi hentian putra.
jeles tengok dia naik bas balik kelantan semalam.
rasa macam nak beli tiket bas on the spot , balik kelantan sekali. huuu
tapi malas lah pulak nak ulang-alik, penat genting pun tak hilang lagi.
kang ak balik kelantan, ada jugak ak ambik mc hari isnin.
apa barang budak newbie baru kerja 2 minggu dah nak ambik mc?
habis rosak performance ak nanti.
mintak simpang.

anyway, stay 2 hari 1 malam dengan budak2 ofis ak kat genting tu memang dah boleh nampak perangai dorang.
bukan program skema apa pun.
lebih kurang macam ice breaking je.
kami pergi jalan2 taman orkid, ladang strawberry, main paint ball (ak tak main, takut kena hentam dengan dorang. haha), naik cable car, pergi swimming pool (ak tak join sebab ak puasa dan ak tak berapa gemar aktiviti air), dan bbq.

kami memang satu malaysia habis.
melayu, cina, india dah macam family.
dorang macam kakak dengan abang ak.
sebab ak staf paling muda.
sikit2 "syikin, you dah makan? syikin, you ok tak?"
hadoii penat jugak bila dapat orang yg caring sangat.
tapi alhamdulillah dorang semua baik dan happy go lucky!
secara tak langsung, aura happy go lucky dah transfer ke ak sekali. hihi.
pakcik kwsp pun cakap ak ni jenis ceria dan suka senyum. wah, terima kasih. haha.
dia siap bagi ak motivasi lagi.
amboi pakcik, macam taw2 je minggu lepas saya ada masalah dengan ic saya. huhu.

alhamdulillah hari ni ak dapat settle kwsp dengan akaun bank sekaligus.
nasib baik blur dah hilang.
penangan cable car punya pasal.
semalam lepas hantar adik ak hentian putra, ak boleh terlajak stesen sampai ke plaza rakyat. haha.
nasib baik 1 stesen je dari masjid jamek.
takut jugak keluar sensorang semalam, pukul 10 malam pulak tu.
memang lah pukul 10 tu malam masih muda, tapi bagi ak dah tak muda sangat dah haaa.
selalunya pukul 10 lebih2 tu, ak dah kat rumah duduk2 tengok tv je dengan housemate ak.

konon nak tunjuk hero, beranikan diri tengok jurang yg dalam kat bawah.
turun2 pening kepala. haha. ak ada masalah gayat ke apa?
tapi naik gunung ok je. huhu.







2 comments:

Puan Ezy said...

xbrni nk naik cable car..
huhu.. takotttttt

budak kecik said...

haha. yg tetiba berenti tengah2 jurang tu paling takut. semalam memang hanging tengah2 tu dalam 3 minit jgk lah. nasib baik 3 minit je, kalo 3 jam? aiyakkk!

tp best sebenarnya. try je. hhehe