Friday, November 22, 2013

adaptation.


dulu kemain kan ak mengadu rumah sewa ak ni bersepah lah apa lah.
tapi sebenarnya tak bersepah mana pun.
cuma barang banyak sangat.

tapi bila dah main susun2, ok je rumah ni.
housemates alhamdulillah semua ok.
nak dekat 2 minggu lebih ak stay sini, dah boleh klik habis dengan akak housemates ak.
ye ahkak. kebanyakannya umur dalam lingkungan 25 tahun ke atas.
tunggu masa nak kawen je ahkak2 ni.

dorang baik.
perangai gila macam ak jugak.
selalunya malam lah time kami tercongok sama2 depan tv.
dalam rumah ni, ak je yg selalu balik lambat.
punch out dah pukul 6 petang.
pastu tunggu bas lagi nak pergi stesen lrt, memang lah ambik masa.
sebab tu kadang2 ofismate hantar ak terus kat stesen lrt.

paling best kalau ak ada meeting atau talk kat luar.
selalunya pukul 5 petang dah habis.
so masa tu tak payah balik ofis pun, terus balik rumah.
eh ni bukan ak sesaje yg buat rules ek.
bos dah bagi green light, memang laju lah ak balik. hehe.

tapi ak rasa ak perlukan bilik tidur ak sendiri.
maksudnya ak tak nak berkongsi.
at least, bila ak sorang je, ak boleh sesuka hati ak nak tidur pukul berapa, bangun pukul berapa.
sebab kadang2 ada kerja yg ak nak kena bawak balik rumah.
kadang2 ak bangun pepagi buta nak siapkan keje ak tapi ada ahkak yg suka tidur kat ruang tamu.
adoii kang ak bukak lampu kacau dorang tidur pulak.
terus terbantut niat ak nak buat keje.
last2 ak pergi sambung tidur sebelah ahkak tu. haha.

nak pindah ke tak?
kang ak pindah cyberjaya terus kang.
sebab tahun depan ak banyak meeting kat cyberjaya T____T

takpe yg ni tahun depan lah pikir.
tapi sebenarnya ak dah selesa tinggal dengan ahkak2 ni.


*asyik nama ak je yg naik minggu ni. tapi nasib baik minggu depan, bos ak yg nak pergi seminar tu. kalau tak, jawabnya minggu depan, hari jumaat je yg ak masuk ofis.


2 comments:

Nurin Farhanah said...

dah kahwin kena kongsi bilik..hahahah

budak kecik said...

hampeh ko nurin. hahaha. yg tu kisah lain plk :P