Thursday, November 28, 2013

bukan penutup tapi baru permulaan.


tak cukup yg ini, yg lain pulak dia tambah.
mana ak nak jaga website lagi, mana ak nak edit majalah lagi.
lepas tu, tambah dengan program jelajah sekolah seluruh negeri.
meeting asia bulan april jangan lupa.
pening ak nak request quotation dengan hotel.

dan spss!
walaweh last ak guna spss masa final year project kot.
tapi takpe.
inilah masanya nak aplikasikan balik apa yg kita dah belajar dulu.
untung2 boleh jadi expert in statistic.
ilmu baru lagi tu! insyaAllah.
takde benda yg mustahil ;)

ni tak masuk tahun 2014 pun dah memang betul2 kick off 2014.
minggu ni memang banyak kali ak skip lunch.

balik rumah, memang ak nak rilek je.
tak nak laptop, tak nak fail. tak nak pegang pen pun.
makan pun rasa macam malas je. boleh tak?
tapi lepas tu, bangun pagi macam dinosor je lapar dia.

bulan depan memang ak tengok je jam tu pukul 6.
takdenya ak nak balik on time.


*and roses are red, i'm going to bed. nite!






Friday, November 22, 2013

adaptation.


dulu kemain kan ak mengadu rumah sewa ak ni bersepah lah apa lah.
tapi sebenarnya tak bersepah mana pun.
cuma barang banyak sangat.

tapi bila dah main susun2, ok je rumah ni.
housemates alhamdulillah semua ok.
nak dekat 2 minggu lebih ak stay sini, dah boleh klik habis dengan akak housemates ak.
ye ahkak. kebanyakannya umur dalam lingkungan 25 tahun ke atas.
tunggu masa nak kawen je ahkak2 ni.

dorang baik.
perangai gila macam ak jugak.
selalunya malam lah time kami tercongok sama2 depan tv.
dalam rumah ni, ak je yg selalu balik lambat.
punch out dah pukul 6 petang.
pastu tunggu bas lagi nak pergi stesen lrt, memang lah ambik masa.
sebab tu kadang2 ofismate hantar ak terus kat stesen lrt.

paling best kalau ak ada meeting atau talk kat luar.
selalunya pukul 5 petang dah habis.
so masa tu tak payah balik ofis pun, terus balik rumah.
eh ni bukan ak sesaje yg buat rules ek.
bos dah bagi green light, memang laju lah ak balik. hehe.

tapi ak rasa ak perlukan bilik tidur ak sendiri.
maksudnya ak tak nak berkongsi.
at least, bila ak sorang je, ak boleh sesuka hati ak nak tidur pukul berapa, bangun pukul berapa.
sebab kadang2 ada kerja yg ak nak kena bawak balik rumah.
kadang2 ak bangun pepagi buta nak siapkan keje ak tapi ada ahkak yg suka tidur kat ruang tamu.
adoii kang ak bukak lampu kacau dorang tidur pulak.
terus terbantut niat ak nak buat keje.
last2 ak pergi sambung tidur sebelah ahkak tu. haha.

nak pindah ke tak?
kang ak pindah cyberjaya terus kang.
sebab tahun depan ak banyak meeting kat cyberjaya T____T

takpe yg ni tahun depan lah pikir.
tapi sebenarnya ak dah selesa tinggal dengan ahkak2 ni.


*asyik nama ak je yg naik minggu ni. tapi nasib baik minggu depan, bos ak yg nak pergi seminar tu. kalau tak, jawabnya minggu depan, hari jumaat je yg ak masuk ofis.


Saturday, November 16, 2013

ak gayat ke?


petang semalam, sampai2 je rumah terus tidur.
pening kepala oii lepas naik cabel car kat genting.
ingatkan dah tidur, pening dah ok.
tapi makin blur kot rasa.

lepas bukak puasa apa semua, pukul 8 malam ak gerak pergi kl central, teman adik ak zura pergi hentian putra.
jeles tengok dia naik bas balik kelantan semalam.
rasa macam nak beli tiket bas on the spot , balik kelantan sekali. huuu
tapi malas lah pulak nak ulang-alik, penat genting pun tak hilang lagi.
kang ak balik kelantan, ada jugak ak ambik mc hari isnin.
apa barang budak newbie baru kerja 2 minggu dah nak ambik mc?
habis rosak performance ak nanti.
mintak simpang.

anyway, stay 2 hari 1 malam dengan budak2 ofis ak kat genting tu memang dah boleh nampak perangai dorang.
bukan program skema apa pun.
lebih kurang macam ice breaking je.
kami pergi jalan2 taman orkid, ladang strawberry, main paint ball (ak tak main, takut kena hentam dengan dorang. haha), naik cable car, pergi swimming pool (ak tak join sebab ak puasa dan ak tak berapa gemar aktiviti air), dan bbq.

kami memang satu malaysia habis.
melayu, cina, india dah macam family.
dorang macam kakak dengan abang ak.
sebab ak staf paling muda.
sikit2 "syikin, you dah makan? syikin, you ok tak?"
hadoii penat jugak bila dapat orang yg caring sangat.
tapi alhamdulillah dorang semua baik dan happy go lucky!
secara tak langsung, aura happy go lucky dah transfer ke ak sekali. hihi.
pakcik kwsp pun cakap ak ni jenis ceria dan suka senyum. wah, terima kasih. haha.
dia siap bagi ak motivasi lagi.
amboi pakcik, macam taw2 je minggu lepas saya ada masalah dengan ic saya. huhu.

alhamdulillah hari ni ak dapat settle kwsp dengan akaun bank sekaligus.
nasib baik blur dah hilang.
penangan cable car punya pasal.
semalam lepas hantar adik ak hentian putra, ak boleh terlajak stesen sampai ke plaza rakyat. haha.
nasib baik 1 stesen je dari masjid jamek.
takut jugak keluar sensorang semalam, pukul 10 malam pulak tu.
memang lah pukul 10 tu malam masih muda, tapi bagi ak dah tak muda sangat dah haaa.
selalunya pukul 10 lebih2 tu, ak dah kat rumah duduk2 tengok tv je dengan housemate ak.

konon nak tunjuk hero, beranikan diri tengok jurang yg dalam kat bawah.
turun2 pening kepala. haha. ak ada masalah gayat ke apa?
tapi naik gunung ok je. huhu.







Tuesday, November 12, 2013

Lesen kereta ganti ic.


nak dekat seminggu ak kat kl, baru hari ni perasan ic ak takde dalam purse!
kenapa tak tunggu tahun depan je kan.
walaweh nak menangis ak tadi. depan officer bank pulak tuh.
nasib baik encik tu baik, suruh ak cari slow2.
tapi konpem.
semua poket ak dah seluk. takde!

keluar dari bank kat kl central tu rasa macam semua orang ak nak langgar.
lemah betul ak bila ic hilang ni.
macam2 dah ak pikir.
pagi khamis dah nak kena bertolak pergi genting.
memang tak boleh excuse sebab bos pun join.
macam family day company lah.

tapi tiba2 ak teringat, ke dok dalam handbag mak ak?
sebab masa ak pergi interview minggu lepas, ak pinjam handbag mak ak.
ak kol mak ak tanya.
kena bebel sebakul dulu lah tapi. haha.
dan alhamdulillah memang ada dalam handbag mak ak.
maknanya tak hilang. fuhh lega.
ya Allah syukur alhamdulillah masih wujud rupanya ic ak.

sekarang kena pikir macam mana nak dapatkan ic ak ye?
ayah ak nak try bagi kat driver bas yg on the way ke kl.
tapi dorang takut hilang.
nak pos laju alamat umah sewa ak konpem memang tak lah.
semua keje kot.
nak dekat maghrib baru balik rumah.
sape nak ambiknya?

pikir punya pikir.
nurin!
fine. pos laju ke alamat lab nurin lah nampaknya.
nak buat alamat ofis ak tak boleh sebab semua kat genting khamis jumaat.

maksudnya hari khamis baru sampai ic ak.
maksudnya lagi, ak pergi genting bawak lesen kereta je lah. itu pun lesen L. haha.

*masa pergi event launching kat sme corp petang tadi, dia tulis PUAN NUR ASYIKIN AMINUDDIN dalam list name attendance. macam pelik je. macam pelik je. haha. suka suki je bagi title puan kat ak.


Sunday, November 10, 2013

peranan manusia.


masa raya haji hari tu, bila dah berkumpul ramai2, semua dok tanya "bila nak kerja?"
amboi mentang2 anak2 dorang semua senang nak dapat kerja, nak compare dengan ak pulak.

lepas tu, bila tanya adik ak, zura, dia pun dah boleh jawab dengan mudah sebab syarikat tempat dia intern dah berminat nak ambik dia kerja terus hujung bulan november ni.
bila tanya ak, tergagap jugak nak jawab sebab dah bermacam jenis kerja dah apply tapi still takde respon masa tu.

agak stress lah masa tu sebab adik ak dah memang konpem ada syarikat yang berminat nak hire dia.
tapi ak yg si kakak ni masih terkapai-kapai.

nasib baik mak ayah ak jenis tak kisah pun kalau ak nak sambung belajar atau nak kerja dulu.
so ak pun malas lah nak layan perasaan stress ak ni. kerja syaitonirojim je semua ni.
so dalam masa sebulan ak dok rumah tu, adalah jugak ak kongsi ilmu matematik level spm ak dengan budak2 calon spm tahun ni.
semoga dorang boleh applikasi ilmu yg ak ajar tu untuk paper matematik nanti. amin.
seronok taw bila nampak dorang boleh buat bab yg kita dah ajar. alhamdulillah.
at least ak dah buat something yg berguna dari ak dok buang masa tak tentu pasal.
*tapi bergurau senda dgn kucing tu aktiviti riadah yg wajib. haha.

alhamdulillah sekarang ak yg dapat start kerja lagi awal dari adik ak.
padahal zura dapat tawaran kerja lagi awal dari ak.
dan akhirnya ak dulu yg start kerja. alhamdulillah.

memang lah sama2 stay kat kl, tapi susahnya nak jumpa zura.
tetiap minggu ada je aktiviti dengan ofismate dia.
siap lah nanti bila ak dah bawak kereta datang kl tahun depan, setiap hari petang jumaat kena jemput dia kat kepong. paksa dia tidur umah ak je.
mak ak cakap ada hikmah jugak ak dapat kerja kat kl, at least boleh tengokkan zura sekali.
housemate ak cakap, kl ni kan kampung ak. haha.
"kampung" lah sangat.
sampai sekarang area pj, lebih spesifik sg way susah nak khatam.
jalan bersimpang siur oii.

ak rasa kerja ak ni macam boleh sambung master terus je.
sebab kerja ak ni still kena buat research.
siap kena pergi meeting dengan kementerian bagai.
sekejap kat putrayaja. sekejap kat cyberjaya.
doakan ak cepat dan mudah dapat lesen kereta.
tak sanggup dah tumpang2 kereta orang ni.
at least, hujung bulan 1 tahun depan dah boleh bawak kereta sendiri. insyaAllah.
(check list pertama untuk tahun 2014).

dulu ak pernah terfikir, kenapa Allah cipta ak? kenapa Allah cipta manusia?
supaya kita boleh berkongsi ilmu yg kita dapat.
dan sama2 mengaplikasikannya demi kebaikan manusia sejagat.
bukan untuk kepentingan diri. bukan untuk kepentingan kroni. bukan!
tolong manusia. tolong jangan jadi manusia yg pentingkan diri.

tak dapat medik. tapi ak dapat yg ini.
dan ak rasa, di sinilah platform ak.
Allahu. Dia memang dah aturkan yg terbaik untuk kita.
cuma kita lambat pick up.
lepas tu nak meroyan tak tentu pasal.
hailaaa.

kita cuba berlagak tenang je, follow the flow.
tapi yg penting doa ye  ^^


*apabila kebergantungan kepada Allah SWT sangat kuat serta menjaga urusanNya, maka Allah SWT akan menjaga urusan dunia kita. Deep.




Friday, November 8, 2013

bukan degil tapi tegas.


mak ak kata ak degil?
macam tak kena je dengan diri ak.

ak bukan degil.
tapi kalau bab nak menyusahkan orang ni ak tak berapa suka.
ak memang selalu bertegas dengan diri ak, selagi ak boleh buat benda tu by myself, ak akan buat tanpa bantuan dari sesape.
independent tu memang kena dengan ak.
nama pun anak sulung.
ofismate ak pun dah boleh teka ak ni anak sulung.
*masa zaman u, ramai yg kata ak ni anak bongsu. haha. apa benda lah yg menyebabkan dorang pikir ak anak bongsu?

mungkin bila dah masuk zaman bekerjaya ni (ecehh), sifat anak sulung dah makin terserlah. kot?
kalau tak mak ak, mesti kawan ak yg bebel. haha.
hidup kat kl ni kena berani.
sebab akan ada masa kau kena berdiri atas kaki kau sendiri.
tapi betul jugak kata mak ak; berani pun kena berpada.
baik mom! 



*kerja tak sampai sebulan, dah kena ikut trip pergi genting minggu depan. katanya ofis club punya event. ak ni nak berjimba pun ada cara ak. dan genting bukan tempat kegemaran ak. so how? tarik diri. maybe.




Sunday, November 3, 2013

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.




alhamdulillah memang dah tertulis rezeki ak kat situ.
tak payah nak tanam anggur lama2 kat umah.

orang kata rezeki after konvo.
syukur ya Allah.





sekarang tengah menghabiskan sisa cuti yg masih berbaki sebelum mula kerja 6 hari bulan.
malasnya nak packing barang. haihhh


*thanks nurin sebab sudi  bagi ak bermalam rumah kau .

**thanks mr virus sebab tolong carikan rumah untuk ak dan tengokkan rumah untuk ak sekali.