Thursday, October 24, 2013

we grew stronger because of Him.


semalam, sebelum maghrib ak ada singgah masjid klcc. sorang diri.
ye ak tahu kat situ ada construction area besar-besaran.
memang agak seram lah kau nak jalan sensorang time senja pulak tu.

tapi alhamdulillah.
mungkin disebabkan ak percaya Allah ada dengan ak.
tup tup masa ak berjalan tu, ada ramai sangat manusia tengah berjalan guna jalan tu jugak.
pekerja klcc kot.
siap ada 2 orang lagi orang arab berjalan depan ak. 
ala-ala bodyguard gitu. haha.
rasa selamat lah sikit.

ok selesai perjalanan sebelum maghrib.
nah lepas tu, ak risau perjalanan selepas maghrib.
masa tu kan langit dah gelap.
lepas tu, lorong2 kat situ pun bukannya banyak lampu pun.
tambah dengan pekerja buruh yg pandangannya meliar semacam.
dan ak serah kepada Allah je.

maka berjalanlah ak menuju jalan keluar.
dan sekali lagi alhamdulillah.
sepanjang perjalanan tu pun ramai orang yg guna jalan tu jugak.
padahal masa ak pergi dengan kawan ak dulu, sunyi kot jalan tu lepas maghrib.

kesimpulannya, jangan lah pikir benda yg menyerabutkan otak korang.
buat tambah masalah je.
bukan makin tenang, makin berserabut dan makin berselirat.
Allah kan ada.
kalau kita selalu ada dengan Dia masa susah dan senang, insyaAllah Allah akan selalu melindungi kita.



No comments: