Sunday, October 13, 2013

my baby.


bukan manusia je yg ada masalah sakit saraf.
kucing pun ada.

kesian kucing kesayangan ak, xixi :'(
sakit saraf dia tak kira waktu.
kalau sekali kena mahu sampai 2,3 hari.
setiap kali dia kena, hilang habis catwalk dia.
gaya jalan macam kucing mabuk.
nak lompat pun tak larat.
jalan tepi longkang pun boleh jatuh.

ayah ak dah bawak dia pergi jumpa doktor.
doktor pun tak boleh buat apa.
bagi injection pastu bagi ubat tahan sakit.
itu je.

pernah satu hari, masa tu ak nak masak untuk makan tengahari.
ak nampak xixi dah jalan tak betul.
sebelum ak masuk dapur, ak riba xixi.
gosok2 dia sampai dia tidur.
lepas dia dah tidur, ak letak dia atas kerusi.

ak masuk dapur nak start masak, dia dah mengiau.
pastu ak riba dia balik.
gosok2 dia sampai tidur.
walaweyh rasa macam baby pulak kucing ak nih.
tinggal kejap je, dah memanggil.
hahaha.

tapi masa dia sakit, dia macam mintak perhatian sikit.
selagi orang tak pegang dia, selagi itulah dia akan mengiau.
bila ak dah riba dia, terus senyap sampai tertidur.
serius macam baby yg merengek.
adoi mek xixi ak nih.
manja overload!
that's my baby!

keesokan harinya, terus dah boleh berlari dengan anak2 dia yg 5 ekor tu.
haaa itu petanda dia dah sihat.
lepas dah sihat, mana dah nak datang dekat ak.
sibuk melayan anak2 nakal dia pulak.
lepas tu, sambung rutin harian dia: aktiviti memanjat.
lepas beranak, makin aktif pulak dia.


*rumah ak tak pernah sunyi dengan karenah nakal kucing2 ak.
mereka penyeri hidup keluarga ak :)




No comments: