Monday, October 28, 2013

meh nak share pengalaman berharga.



atas permintaan cik nurin farhanah, meh ak share pengalaman sebagai backpacker dengan train.

first sekali, kita cerita pasal harga tiket.
untuk seat, harga dia rm41.
untuk katil pulak, jenis yg double decker. so harga katil atas bawah ada beza sikit.
katil bawah, rm51. katil atas, rm47.
setiap katil akan ada langsir.
katil bawah dan katil atas guna rel langsir yg berbeza.
so takdelah nanti bila orang bawah tarik langsir, otomatik langsir atas pun tertarik sama sampai nampaklah gaya tidur korang yg ala2 otomen ke apa kan. haha.
ak pun cuak jugak bila nak beli yg katil sebab yelah ak naik tren sorang2.
lepas tu bukannya ak taw pun katil bawah ak tu laki ke pompuan.
sebab beli tiket tu memang random habis.
satu coach tu memang campur laki pompuan.
nasib baik, katil bawah ak sorang nenek.

tapi at least, dengan langsir tu ada lah sikit ruang privasi korang.
dan ak nak nasihatkan untuk korang yg berbadan besar dan tinggi macam galah tu, better beli katil bawah.
sebab ruang nak panjat tangga untuk katil atas punyalah comel.
ak yg kecik ni pun punyalah susah nak panjat tangga dia.
tapi pape pun katil atas paling best sebab tak rasa lemas macam katil bawah.
beg pun better bawak yg jenis backpack, senang nak simpan atas katil je.
taruk je lah kat hujung kaki pun.

lagi satu, pastikan korang pakai baju tebal2 dan bawak sokin.
mula2 naik memang lah tak rasa sejuk.
tapi pukul 1 pagi tu, korang akan rasa sejuk dia macam nak cecah tahap beku.

soal makanan pun jangan bimbang.
sebab akan ada orang yg menjual kat dalam tu dengan troli makanan.
korang hanya perlu tarik langsir dan beli directly dengan dorang.
mudah kan?
bangun tidur je, dah ada makanan depan mata.
tapi ak tak beli lah sebab ak dah tapau mcd kat kl central sesiap.
sebab ak pikir, kalau nak makan kena pergi kantin dia.
tapi rupanya ada je orang menjaja setiap coach tu.

dan nanti akan ada tukang kejut korang. haha.
yelah bila dah dapat katil tu, memang tidur tak hengat dunia lah kau.
maksudnya, kalau korang nak turun stesen gua musang, lepas tu nanti, pekerja dia akan datang kejut korang.
so nanti takdelah kes terlepas stesen ke apa.

masa nak naik train tu, korang kena get ready 30 minit sebelum berlepas.
macam ak.
ak sampai depan gate pelepasan tu dalam pukul 7.50 malam.
tiket ak pukul 8.30 malam.
tapi ak tengok dah ada yg check in.
ak pun pergi lah konon nak check in sama kan.
sekali dorang cakap, yg tu nak pergi ipoh.
ak nak balik tanah merah. balik ipoh buat apa. balik umah mertua? ehh?
haha punyalah gelojoh nak naik tren kan.
orang takde pengalaman naik tren macam ni lah kisahnya.
meraban tak tentu hala.
at least ak berdiri dengan kaki ak sendiri lah.
jenis yg lone ranger ni memang kena pandai survive.
dan berdoalah semoga diri kita sentiasa dilindungi Allah. amin.


*so nurin. lepas ni, takde masalah kalau nak backpacking dengan train. beli katil atas eh. sebab tak rasa lemas. dan boleh baring sambil menikmati suasana pagi yg sangat tenang. selamat mencuba :)

2 comments:

Anonymous said...

i'm so sorry for everything...

Opal Priya Wening said...

pengalaman yang menarik

http://opalpriyawening.student.ipb.ac.id