Monday, October 28, 2013

meh nak share pengalaman berharga.



atas permintaan cik nurin farhanah, meh ak share pengalaman sebagai backpacker dengan train.

first sekali, kita cerita pasal harga tiket.
untuk seat, harga dia rm41.
untuk katil pulak, jenis yg double decker. so harga katil atas bawah ada beza sikit.
katil bawah, rm51. katil atas, rm47.
setiap katil akan ada langsir.
katil bawah dan katil atas guna rel langsir yg berbeza.
so takdelah nanti bila orang bawah tarik langsir, otomatik langsir atas pun tertarik sama sampai nampaklah gaya tidur korang yg ala2 otomen ke apa kan. haha.
ak pun cuak jugak bila nak beli yg katil sebab yelah ak naik tren sorang2.
lepas tu bukannya ak taw pun katil bawah ak tu laki ke pompuan.
sebab beli tiket tu memang random habis.
satu coach tu memang campur laki pompuan.
nasib baik, katil bawah ak sorang nenek.

tapi at least, dengan langsir tu ada lah sikit ruang privasi korang.
dan ak nak nasihatkan untuk korang yg berbadan besar dan tinggi macam galah tu, better beli katil bawah.
sebab ruang nak panjat tangga untuk katil atas punyalah comel.
ak yg kecik ni pun punyalah susah nak panjat tangga dia.
tapi pape pun katil atas paling best sebab tak rasa lemas macam katil bawah.
beg pun better bawak yg jenis backpack, senang nak simpan atas katil je.
taruk je lah kat hujung kaki pun.

lagi satu, pastikan korang pakai baju tebal2 dan bawak sokin.
mula2 naik memang lah tak rasa sejuk.
tapi pukul 1 pagi tu, korang akan rasa sejuk dia macam nak cecah tahap beku.

soal makanan pun jangan bimbang.
sebab akan ada orang yg menjual kat dalam tu dengan troli makanan.
korang hanya perlu tarik langsir dan beli directly dengan dorang.
mudah kan?
bangun tidur je, dah ada makanan depan mata.
tapi ak tak beli lah sebab ak dah tapau mcd kat kl central sesiap.
sebab ak pikir, kalau nak makan kena pergi kantin dia.
tapi rupanya ada je orang menjaja setiap coach tu.

dan nanti akan ada tukang kejut korang. haha.
yelah bila dah dapat katil tu, memang tidur tak hengat dunia lah kau.
maksudnya, kalau korang nak turun stesen gua musang, lepas tu nanti, pekerja dia akan datang kejut korang.
so nanti takdelah kes terlepas stesen ke apa.

masa nak naik train tu, korang kena get ready 30 minit sebelum berlepas.
macam ak.
ak sampai depan gate pelepasan tu dalam pukul 7.50 malam.
tiket ak pukul 8.30 malam.
tapi ak tengok dah ada yg check in.
ak pun pergi lah konon nak check in sama kan.
sekali dorang cakap, yg tu nak pergi ipoh.
ak nak balik tanah merah. balik ipoh buat apa. balik umah mertua? ehh?
haha punyalah gelojoh nak naik tren kan.
orang takde pengalaman naik tren macam ni lah kisahnya.
meraban tak tentu hala.
at least ak berdiri dengan kaki ak sendiri lah.
jenis yg lone ranger ni memang kena pandai survive.
dan berdoalah semoga diri kita sentiasa dilindungi Allah. amin.


*so nurin. lepas ni, takde masalah kalau nak backpacking dengan train. beli katil atas eh. sebab tak rasa lemas. dan boleh baring sambil menikmati suasana pagi yg sangat tenang. selamat mencuba :)

Thursday, October 24, 2013

we grew stronger because of Him.


semalam, sebelum maghrib ak ada singgah masjid klcc. sorang diri.
ye ak tahu kat situ ada construction area besar-besaran.
memang agak seram lah kau nak jalan sensorang time senja pulak tu.

tapi alhamdulillah.
mungkin disebabkan ak percaya Allah ada dengan ak.
tup tup masa ak berjalan tu, ada ramai sangat manusia tengah berjalan guna jalan tu jugak.
pekerja klcc kot.
siap ada 2 orang lagi orang arab berjalan depan ak. 
ala-ala bodyguard gitu. haha.
rasa selamat lah sikit.

ok selesai perjalanan sebelum maghrib.
nah lepas tu, ak risau perjalanan selepas maghrib.
masa tu kan langit dah gelap.
lepas tu, lorong2 kat situ pun bukannya banyak lampu pun.
tambah dengan pekerja buruh yg pandangannya meliar semacam.
dan ak serah kepada Allah je.

maka berjalanlah ak menuju jalan keluar.
dan sekali lagi alhamdulillah.
sepanjang perjalanan tu pun ramai orang yg guna jalan tu jugak.
padahal masa ak pergi dengan kawan ak dulu, sunyi kot jalan tu lepas maghrib.

kesimpulannya, jangan lah pikir benda yg menyerabutkan otak korang.
buat tambah masalah je.
bukan makin tenang, makin berserabut dan makin berselirat.
Allah kan ada.
kalau kita selalu ada dengan Dia masa susah dan senang, insyaAllah Allah akan selalu melindungi kita.



Saturday, October 19, 2013

always with me.


Bring Quran everywhere,
In your heart.
In your hand.
InsyaAllah He is always with you.

*thanks for the tafsir al-Quran. hadiah paling bermakna (:
alhamdulillah.





Thursday, October 17, 2013

kucing pun mampu selfie.


raya haji sepatutnya penuh dengan gambar lembu.
tapi lain yg jadinya.
penuh dengan gambar kucing selfie. haha


disebabkan adik ak ni si zura suka bergambar selfie, maka ak dengan dengan kucing ak xixi pun menyibok sekali.
hambek kau. dia bagi pose maut tuh, terlentok habis kepala dia. kalah zura. hahaha


anak xixi yg ni memang super duper aktif. susah nak pegang dia.
tapi sekali dapat pegang dia, akhirnya dia kalah dengan kuasa ala-gosok-lampu-aladdin.
terlena terus dia. haha. gosok jangan tak gosok.


jangan ingat uolls je yg boleh ambik gambar selfie, iolls pun mampu lah.


lena betul dia dapat tidur atas riba ak. alololo



nampak tak sifat kebayian kucing ak? manja tahap giga!


berdiri sebelah adik ak ni menampakkan saiz ak yg sedia comel. haha.
adib ni adik bongsu ak dan dia paling besar dan tinggi dalam family ak.
dia ikut baka belah ayah ak.
pakcik2 ak semuanya tinggi2 dan besar.
cuma ayah ak dengan makcik ak je yg kecik2.
kadang2 bila berkumpul dengan sepupu sepapat ak, ak dengan adik ak zura agak tenggelam lah. hehe.



*pagi petang siang malam mengadap kucing. orang kata muka pun dah macam kucing. ehh?




Sunday, October 13, 2013

my baby.


bukan manusia je yg ada masalah sakit saraf.
kucing pun ada.

kesian kucing kesayangan ak, xixi :'(
sakit saraf dia tak kira waktu.
kalau sekali kena mahu sampai 2,3 hari.
setiap kali dia kena, hilang habis catwalk dia.
gaya jalan macam kucing mabuk.
nak lompat pun tak larat.
jalan tepi longkang pun boleh jatuh.

ayah ak dah bawak dia pergi jumpa doktor.
doktor pun tak boleh buat apa.
bagi injection pastu bagi ubat tahan sakit.
itu je.

pernah satu hari, masa tu ak nak masak untuk makan tengahari.
ak nampak xixi dah jalan tak betul.
sebelum ak masuk dapur, ak riba xixi.
gosok2 dia sampai dia tidur.
lepas dia dah tidur, ak letak dia atas kerusi.

ak masuk dapur nak start masak, dia dah mengiau.
pastu ak riba dia balik.
gosok2 dia sampai tidur.
walaweyh rasa macam baby pulak kucing ak nih.
tinggal kejap je, dah memanggil.
hahaha.

tapi masa dia sakit, dia macam mintak perhatian sikit.
selagi orang tak pegang dia, selagi itulah dia akan mengiau.
bila ak dah riba dia, terus senyap sampai tertidur.
serius macam baby yg merengek.
adoi mek xixi ak nih.
manja overload!
that's my baby!

keesokan harinya, terus dah boleh berlari dengan anak2 dia yg 5 ekor tu.
haaa itu petanda dia dah sihat.
lepas dah sihat, mana dah nak datang dekat ak.
sibuk melayan anak2 nakal dia pulak.
lepas tu, sambung rutin harian dia: aktiviti memanjat.
lepas beranak, makin aktif pulak dia.


*rumah ak tak pernah sunyi dengan karenah nakal kucing2 ak.
mereka penyeri hidup keluarga ak :)




Friday, October 11, 2013

dekat sini ak banyak belajar erti hidup- um.

111013
updated-pics


officially graduated! alhamdulillah.
semoga Allah aturkan yg terbaik untuk ak dalam segala hal. amin.


terima kasih pa, ma sebab sentiasa paham dengan diri kakak :')
terima kasih untuk segalanya.



kami berdua je. wonder girls yg lain semua dah grad tahun lepas.
keep in touch girls!



one of my bff.
embryologist-to-be.
-nurin-
yg ini pun salah sorang ahli wonder girls. hihi.
dia sebenarnya sanggup lari dari lab kejap untuk datang konvo ak.
thanx nurin. terharu :')



kak farhani pun datang sama dengan nurin! thanx kak farhani :)



err bakal suami mungkin. hehe.
thanx mr virus sebab sudi datang, jumpa mak ayah ak sekali.
dan terima kasih untuk minion. dengan cokelat!
*sangat tak sangka dia boleh buat ayah ak interested untuk borak dengan dia. gaya macam dah lama kenal. haha.
dia memang agak pendiam tapi dia pandai ambik hati orang tua.
kiranya pendiam bertempat.
yg ini paling ak respek.


terima kasih untuk yg sudi datang. 
yg tak sempat jumpa tu terutama kak ally. mintak maaf sangat2.
hari tu dah macam lautan manusia.
tak larat nak berenang dah.
lepas keluar dari dewan, semua dah berterabur ke mana-mana.
anyway, photoshoot untuk wedding pun boleh kan kak ally? :P
insyaAllah.



mari panjat tangga kejayaan :)
insyaAllah.





Friday, October 4, 2013

standing in the eyes of the world.




syukur ya Allah.
berjaya jugak ak jadi graduan um. alhamdulillah.
alhamdulillah. alhamdulillah...




lepas majlis konvo, sempat lagi singgah i-city. hehe.
kesian nana kempunan nak jumpa dia. 
sabo ye nana  :P



mak ak dah penat.
ayah ak je yg semangat lagi nak bergambar.
tapi itu pun mata dah tertutup sikit dah haaa. hihi.



sempat upload sikit je dulu.
*clear version kena tunggu ahmed syahril upload.
sekiang!




Tuesday, October 1, 2013

cara ak.


sebab tu ak malas nak mulakan conversation dengan orang yg takde kepentingan dalam hidup ak terutama lelaki.
kejap lagi memang sah kau akan berdepan dengan soalan penyiasatan dorang.
hal peribadi ak tolong jangan masuk campur boleh?

ak malas nak layan, terus ak potong cakap dia,
"encik, saya dah lambat ni. saya nak jemput anak saya kat taska"
terus dia diam seribu bahasa sambil jeling ak atas bawah.

apa?
ingat perempuan kecik macam ak tak layak jadi mak budak ke?
tapi setiap kali ak dukung anak buah ak memang boleh mengundang pelbagai persoalan. kihkih.
sampaikan ada salesman kat giant batu caves sanggup datang dekat ak.
ingatkan nak promote barang dia ke apa, sekali dia datang tanya "ni anak ke adik?"
haha.

tapi mudah je cara ak.
kalau dah ada petanda macam nak menyimpang ke arah soalan peribadi, laju je ak cakap "saya dah kawen!"
kan senang. tak payah nak main tarik tali lagi dah.
terus diam seribu bahasa.
tapi air muka tu nampak lah berkerut seribu sebab macam tak logik kot.
ada ak kisah?


tengahari tadi lepas habis kelas memandu, ak terus pergi ambik anak buah ak zafran, zahra kat taska.
*fefeeling jemput anak sendiri kat taska. hiksss.