Saturday, September 21, 2013

Segmen 1st Mama.



inilah nama dia Segmen 1st Mama.
nak join?
dipersilakan klik di sini :)




kemain ak join segmen mama. hehe.
ak bujang lagi tapi pernah jaga budak yg bernama mohd harith iskandar, 2tahun (sekarang dah masuk 3tahun).
ak jaga dia macam ak jaga anak ak.

tahun lepas, hari nuzul al-Quran, family harith terlibat dengan kemalangan.
papa harith iaitu sepupu ak, meninggal di tempat kejadian.
al-fatihah untuk arwah mohd azua.
dan mama harith agak kritikal masa tu.



hati mana yg tak keruan bila tengok anak kecik ni keseorangan?
korang mampu?
sebagai saudara yg terdekat masa tu, memang rasa bertanggungjawab untuk jaga makan minum dia masa tu.
besar pahala jaga anak yatim. insyaAllah.

masa tu harith still breastfeed mama dia.
tapi bila mama dia pun dalam keadaan tak sedar, dia macam paham.
dia langsung tak mintak susu mama dia.
kita orang hanya bagi dia minum susu soya.
sampai sekarang, soya tu jadi feveret dia.
tengok. Allah dah mudahkan kami untuk jaga harith.

ak ingat lagi masa ak terpaksa berpisah sekejap dengan harith sebab mama dia kena transfer ke hospital selayang, dari husm kubang kerian.
ak pergi kl keesokan harinya.
so masa tu makcik ak yg tolong jaga dia sekejap tapi tu pun siang hari harith kena duduk dengan jiran makcik ak sebab dia kerja.

bila ak sampai je kl, ak terus ajak mak ayah ak jemput harith kat rumah jiran makcik ak.
ya Allah, masa ni memang sebak sikit.
sebab bila ak dah sampai je depan pintu rumah tu, lepas tu ak panggil harith.
bila harith dengar je suara ak, dia terus berlari ke arah ak sambil menangis mintak dipeluk.
ak pun tak pasti kenapa dia menangis teresak-esak macam tu. serius rasa macam drama masa tu.
dia rindu ak gamaknya. 
ak tak tahu macam mana nak ungkapkan perasaan tu.
tapi ak macam dah dapat rasa sifat keibuan.
rasa macam dia memang anak ak :'(

kepada mama harith,
ikin bukan nak mengungkit.
tapi ikin memang sayang harith.
walaupun sekarang semuanya dah kembali normal, satu je ikin nak pesan: jangan lupakan kami.
dan jangan pisahkan harith dengan kami.
walaupun dapat jumpa dia sekali setahun pun dah cukup baik untuk ikin.
sekiangg



4 comments:

Puan Ezy said...

sedihnye.. cian harith.. huhu..

Sya Mimie said...

datang dari segmen yang sama.. :)

Segmen 1st Mama

AyuInsYiraH said...

salam..ayu dtg dari segmen yg sama..ada masa nanti singgah la ke blog ayu..ayu ada buat segmen bloglist..ada masa boleh la join nanti.tq

http://www.ayuinsyirah.my/2013/09/segmen-1st-mama.html

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Singgah bw dari segmen mama.. Gud Luck yer..Done follow kat sini..
Jemputlah singgah dan follow i jugak.. =D
http://farahwahyda.blogspot.com/2013/09/segmen-1st-mama.html