Monday, September 23, 2013

perempuan jangan murah sangat.


ak cukup tak paham dengan perempuan yg suka bertepuk tampar dengan kawan lelaki dia.
memang kalau nak bergurau senda dengan kawan lelaki tu nak kena bertepuk tampar dulu ke beb?
tapi yelah kadang2 benda ni unconscious. tiba2 je tangan dah bertindak dulu.
tapi kalau dah tetiap hari kau buat macam tu, bukan nama unconscious dah tu.
tapi koma terus.

"eleh kolot betul minah ni. bukan kena kulit dia pun. yg kau nak kecoh kenapa?"
ak memang kolot sikit kalau bab macam ni.
sejak sekolah menengah sampai masuk zaman u, ak memang kurang mesra dengan lelaki.
apa lagi nak bertepuk tampar dengan dorang. 
tengok wayang dengan dorang? jauh sekali.
karaoke dengan dorang? mimpi je lah.
bukan ak sombong. malu tu satu hal.
tapi ak rasa macam takde sebab kot ak nak rapat dengan lelaki.
macam dah takde kawan perempuan lain je.

tapi tipulah kalau ak takde langsung kawan lelaki.
ada tu memang ada.
tapi boleh bilang dengan jari je lah.
betul. ini serius.
sebenarnya tak salah nak kawan dengan dorang.
cuma... kena pandai jaga batas.
macam ada border line gittewwhh antara perempuan dengan lelaki.
itu je.

ramai yg cakap kawan dengan lelaki ni lagi bagus dari kawan perempuan sebab lelaki tak sensitif macam perempuan.
"yg perempuan ni asyik nak terasa je memanjang. rimas ak. pastu lelaki ni jenis open. easy-going orang kata"
eleh kau. kalau dah gatal tu gatal lah jugak.
konon hot stuff lah bila lelaki senang nak kawan dengan kau? easy goingggggg lah sangat.

FirmanNya: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab:53)

nampak tak betapa Allah suruh kita jaga batas kita dengan lelaki ajnabi, tapi kau siap tepuk tampar lagi haaa.
kelas kau jah!

alhamdulillah BFF ak semuanya jenis macam ak jugak.
even housemate ak yg dekat pantai permai dulu pun sangat jaga batas pergaulan dengan lelaki.
housemate ak yg rusia pun sama!
nak ajak keluar jenjalan pun ajak kami. haha.
cuba bayang orang rusia pun perangai macam kami.
walaupun dia bukan Islam tapi perempuan ni kalau masih ada perasaan malu dia, insyaAllah dia akan jaga batas pergaulan dia sebaik mungkin.

betullah kata prof dr muhaya, kalau kita jenis manusia yg sentiasa positif, insyaAllah kita akan tarik orang sekeliling kita yg jenis positif jugak ^^





walau moden macam mana pun dunia kita, tapi still kena berpandukan Al-Quran.
supaya jalan yg kita lalui adalah jalan yg lurus. insyaAllah.
dan perempuan, walau moden macam mana pun gaya hidup kita, selagi lelaki itu adalah lelaki ajnabi, tolonglah jaga batas pergaulan kita. plus maruah diri.


*ak sekadar nak bagi pendapat ak. tapi kalau korang ada nak share pendapat korang, boleh share kat sini. mungkin kita punya persepsi yg berbeza :)


12 comments:

Nurin Farhanah said...

dan kadang-kadang aku rasa sekarang tak berbatas sangat dah

budak kecik said...

taw takpe. agak menyedihkan. kdg2 ak plk yg malu. huhu

koehzzz said...

besa la.stiap bnde ade yg mhal..ade yg murah..yg murah brsepah n anytime bole jmpe.tp yg mhal xkompem n jarang2 bleh jmpe..so..keep ur price high!

budak kecik said...

ak nak jadi yg limited edition, boleh? insyaAllah ^^

koehzzz said...

limited edition pn susah jugak..rmai org brebut nnti..haha

budak kecik said...

erk yeke? aiseh kalau mcm tu ibarat mcm buah epal lah, duduk dediam atas pokok, menyorok di sebalik dedaun. so sape yg nmpk dulu, dia lah yg boleh ambik epal tu. paham tak analogi ak ni? haha

koehzzz said...

ish2..kau ni da ke lain ni..haha xpela aku smbung sket analogi kau tu ek.xkisah spe yg nmpak dlu.sbb da dtakdirkan spe yg akn amek epal tu

budak kecik said...

pandai! ak mmg sengaja biarkan analogi ak ni tergantung sbb nk tgk respon kau mcm mana. haha. yeah, semestinya sbb Allah yg gerakkan hati dia utk nampak epal tu dulu. hehe

dan ak tertarik dgn ayat ni:
"Cintaku kepada Tuhan kerana ak adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang adalah kerana perasaan yg diciptaNya" @SantapanMinda

dan ini mungkin jwpn yg pernah ditanya oleh cik nurin farhanah ^^

Nisa said...

We're alike. Saya juga tiada rakan lelaki yang ramai, boleh bilang dengan jari saja. Malu sungguh bila berdepan dengan kaum Adam ini... Bagi orang sekitar saya, perkara macam itu agak negatif; kata mereka tak berkembang minda/sosial antara manusia. Tapi buat saya, saya amat bersyukur dan saya lebih selesa dengan kehidupan macam ini.

budak kecik said...

ye betul. saya tak kisah kalau lelaki nak cop saya sbg budak sombong. at least, dgn cara saya yg begini, saya rasa mereka tahu untuk hormat saya sebagai perempuan yg bertatasusila.

Nurin Farhanah said...

baru perasan komen ko pasal cinta tu

memang, perasaan tu anugerah

budak kecik said...

Deep ^^