Monday, September 16, 2013

muak dengan makanan cap beli.


patotlah mak ak selalu pesan bila dah kawen nanti kena rajin masak untuk suami.
suami mana mampu tahan kalau dah hari2 asyik mengadap makanan cap beli?
memang ak mengakulah, agak mual bila tetiap hari asyik makan kat kedai.
kadang2 tengok nasi pun tak lalu.
ak lagi rela dinner makan fries je.

bukan ak taknak masak tapi rasa macam penat memasak tu tak berbaloi kalau setakat untuk perut ak sorang baik tak payah masak.
baik ak tapau je senang.

dan untuk kaum hawa yg tak pandai memasak, jangan risau.
sebab benda ni boleh belajar.
korang ingat ak dulu terer ke memasak?
nama pun budak hostel.
balik rumah, qadha tidur lah jawabnya.
setakat tanak nasi, goreng telur boleh lah.

err tapi kalau yg jenis tanak nasi pun tak pandai tu memang dah tahap bahaya.
benda paling basic kot. adoiii.
ak kalau tanak nasi pun tak reti, memang dah kena tarik telinga dengan mak ak.

bila dah masuk u, baru ak ada perasaan teringin nak memasak.
*err lagi tepat bila dah ada catalyst sebenarnya. ehemmmmmmm
jujur ak kata, once korang dah pandai masak, korang memang akan jadi manusia yg suka mencuba segala jenis masakan.
ak paling suka buat sambal nasi lemak.
tak tahu kenapa tapi kalau breakfast dengan family ak, ak memang suka buat sambal nasi lemak cicah lempeng.
pehh mantap!

ak pun tak tahu hantu rajin memasak mana yg masuk dalam diri ak sekarang ni.
semua jenis masakan ak dah cuba dan semuanya lulus.
even first time buat. alhamdulillah.
kunci dia, korang kena RAJIN dan berani mencuba.
kalau jenis takut2, sampai bila nak maju? hailaa

tapi kalau ak balik kelantan lah, baru teruja sikit nak masak.
duduk sorang macam ni, kau pergi je lah tapau pape yg nampak berselera sikit di mata kau. sobsob.


*sampai satu tahap, korang akan rasa gian nak memasak bila dah lama sangat tak masuk dapur.


No comments: