Saturday, September 7, 2013

dua dalam satu.


satu malam, lepas ak kecewa dinner planning dengan kawan ak terpaksa cancel disebabkan kesibukan-kalah-menteri, ak pun makan lah sensorang kat kedai mamak kondo ak ni.

yg tak tahannya, ada 2 orang aney berebut nak ambik order ak. 
nampak sangat malam tu tak berapa ramai kat kedai dia, sampai berebut nak ambik order ak.
tapi yg salah sorang tu memang gatal habis lah.
setiap kali ak pergi kedai dia, adalah nampak gaya flirty dia.
tapi maap ler. ak ni bukan jenis suka melayan. 
kadang2 ak kesian tengok perempuan yg jenis melayan lelaki gatal ni, nampak macam errr murah mungkin?

tapi malam tu kemain romantik haaa suara dia.
eee geli ak.
terus putus selera makan ak malam tu.
nak menangis ak makan main sumbat je. haha.

tapi aney tu boleh tahan educated kot.
lepak dengan budak2 student k.l.m.u. amboii kemain. haha.
setiap kali ak singgah kedai tu, mesti nampak dia duduk semeja dengan student2 k.l.m.u.
tangan asyik dengan fon je kau.
ak syak dia online fesbuk atau twitter.
takkan main game boleh sengih2 kot.
ngahaha.

nasib dia tak pernah mintak fesbuk ak.
kalau dia mintak, ak bagi fesbuk mr.virus je terus.
kihkih.

ok habis cerita si gatal.
masuk cerita si pelik pulak.

lepas makan, masa kat lobi lif tu hanya ada ak dengan sorang laki cina.
masa ak naik lif pun berdua je dengan dia.
yg ak musykil, dia ni level mana?
rumah ak level 22, so ak dah memang tekan butang 22.
yg laki cina ni bila dia tengok ak tekan butang 22, dia buat rilek sambil sambung tengok surat2 yg dia baru ambik kat peti surat.

setahu ak lah, level ak ni banyak pak tam dengan mak tam je (baca: orang kulit hitam).
pastu perempuan cina. melayu pun adalah sikit.
ak saja sedapkan hati, dia pergi rumah makwe dia kot.

tapi bila sampai level 22, dia tengok je ak keluar dari lif.
bila ak dah jalan depan sikit, ak saja toleh nak tengok dia keluar ke tak.
sekali dia tak keluar pun. 
dia stay je dalam lif tu sampai pintu lif tertutup.

aik??
lelaki cina ni dah kenapa?
dia nak turun level mana sebenarnya?
dah lah dia pakai baju t-shirt hitam yg tight dengan jeans.
sekali tengok dah memang ada gaya bodyguard.
muka dia ak tak perasan lah pulak sebab ak ni jenis yg jaga pandangan. ehh? haha.

sampai sekarang ak tertanya-tanya.
siapa lelaki cina tu sebenarnya?
muka dia memang langsung ak tak pandang, so macam mana ak nak ingat muka dia?

tapi nasib baik jugak dia tak ikut ak sampai depan pintu rumah ak.
fuh legaaa. tapi lepas ak tengok si pelik ni, berpeluh lah jugak ak nak bukak pintu rumah ak.
cuak punya pasal.

*errr siapa yg tolong upah bodyguard utk ak ni?
hahahah




ada makna di sebalik gambar.
permulaan untuk si kecik ;)



2 comments:

koehzzz said...

haa bleh gak..bya aku anta virus sket kat fb die tu..haha

die lupe la tu nk tkan..ralit tgok surat.aku pn slalu gak..da nek stgah,luope nk tkan,trun blik..haha

budak kecik said...

hahaha kesian dpt virus. kih3

tp masa ak tekan butang 22, tgn dia pun mmg nk tekan butang jgk. tp lps nmpk ak tekan 22. dia smbung baca surat blk. pelik ak.