Friday, September 13, 2013

contengan jalanan: realiti hidup.


one step closer.
tapi ingatlah rezeki kita terletak di tangan Allah. bukan di tangan manusia.
mari kita berdoa.
dan percaya hanya pada Dia yang satu (:

ak tak tahu kenapa sejak dua menjak ni, ak selalu terserempak dengan golongan tua.
Allah bagi ak peluang untuk buat pahala mungkin.
and yet everything happens for a reason.

banyak langkah ak maka banyak lah jugak benda yg ak dapat.
sebab tu kadang2 ak suka guna public transport (even dalam hati meronta-ronta nak beli kereta sebijik!)
bila ak dah turut bersesak dengan orang yg nak pergi keje, ak dalam hati "oo macam ni rupanya gelagat ciptaan tuhan. macam2 pesen hado"
dari pagi stesen universiti--> kl central--> ktm klang--> klang central--> setia avenue (demi interview).

sampai ktm klang, ak dah terkulat-kulat depan tu.
"alamak mana ak nak pergi ni?"
okay fine sepupu ak kata kalau nak jimat naik bas pergi klang central.
fineee ak pun cuba tanya pakcik teksi tambang nak pergi klang central berapa? 
pakcik tu jawab 30 hengget. hambik kau!

baik ak naik bas je kalau macam ni.
lagipun ak sampai awal kat sana.
takdelah rushing mana.
sambil2 tu boleh lah jugak usha bandar klang. yedak?
banyak makanan jowo oii.
pehhh ak memang suka makanan jawa ni.
paling suka kalau ada tempe.
pastu masak sambal taruk ikan bilis sekali.
wahhh sedap hingga menjilat jari!
*tp bdk jawa tu tak suka tempe lah pulak. baru berangan nak hidang tempe je kat dia tetiap hari. haha.

pastu ak cuba tanya pakcik tu lagi, stesen bas kat mana?
takde nampak bayang bas punnn.
pakcik tu kata jauh lah jugak, kena naik jejantas depan tu.
"alamak macam jauh je"

pakcik tu pancing ak lagi, katanya boleh nak naik teksi, tujuh hengget je.
"takpe pakcik. saya rasa nak buat aktiviti sihat pepagi. jom jalan!"

masa ak dok jenjalan tu, ak dah nampak sorang uncle india ni kat depan sana.
dia bawak plastik berisi makanan kot.
jalan macam terhencut sikit. macam ada gaya orang sakit kaki.
kesian lah jugak tengok uncle tu.

ak biasalah kan.
jalan macam flashman.
sedar2 dah jalan belakang uncle tu.

pastu ak tanya uncle tu stesen bas kat mana.
pastu dia kasi lah direction jalan tu.
okay fine ak pun jalan je lah.
sekali nampak dia ikut ak.
pastu ak tanya lah uncle tu nak pergi mana.
dia kata dia kerja kat klinik depan sana tu.
yg ak peliknya dia tunjuk depan sana tapi jalan ikut ak.

sampai kat stesen bas tu, ak nampak uncle tu berjalan masuk ikut lorong orang jual barangan basah, macam pasar tani lah tapi kecik sikit.
pelik jugak ak. uncle ni nak pergi mana?
rasanya dia cakap dia kerja kat klinik yg simpang kanan tu tapi apesal dia jalan masuk ikut lorong tu?
fine ak pun dah nampak kelibat bas kat situ.
terus ak tanya orang kat situ, bas pergi klang central nombor berapa?
sekali dia jawab, nak naik bas klang central kena jalan ikut lorong tu.

okay sekarang ak paham kenapa uncle tu jalan ikut lorong sana.
rupanya dia nak hantar ak sampai kat stesen bas menuju ke klang central!
haiyyo. cepat2 ak jalan ikut lorong tu, sekali memang dah tak nampak kelibat dia.
serius takde. huwaaa.
agak terkilan sebab ak tak sempat nak ucap terima kasih!
ya Allah kesiannya uncle tu.
dah lah kaki sakit tapi still nak tolong ak :'(



pantai ODEC UMS- 2010


sampai kat klang central, terkulat lagi kat depan tu.
lepas tu, nampak pakcik teksi dok berkumpul kat pondok situ.
terus ak tanya macam mana nak pergi setia avenue?
pastu pakcik tu kata setia avenue belakang tesco ni je.
okay lega. boleh jalan kaki je lah kot.
pastu ak tanya lah boleh jalan kaki kan?
pakcik tu kata, "jalan kaki apa, awak tu dah lah perempuan, bawak beg lagi, pegang fon lagi. bahaya!"
"ok saya naik teksi pakcik je!"

bila naik teksi pakcik tu, siap kena lalu ikut highway lagi kau.
hahah patotlah tak bagi ak jalan kaki.
dah tu jawab macam dekat je.
tp sebenarnya memang dekat pun dari klang central tu nak ke setia avenue.
tak sampai 15 minit pun.
cuma agak bahaya sebab kena guna highway nak masuk simpang setia avenue.
tapi dekat2 pun 15 hengget kena!
teksi kat sini tak pakai meter yg macam kat kl.
so suka hati dorang je lah nak taruk berapa pun. hailaa.
tak kisah lah pakcik janji sampai on time untuk interview.

tapi nasib baik jugak ak ambik nombor telefon pakcik teksi tu.
sebab kat situ memang susah nak dapat teksi atau bas.
lepas siap interview, punya lah ak sabar menunggu bas kat bus stop sebelah tesco.
*setia avenue bersebelahan dengan bangunan tesco.
sejam ak tunggu!
nampak tak betapa sabarnya ak tunggu bas kat situ. dah lah hujan lagi. padahal nombor pakcik teksi tu ada je tapi saja degil taknak kol.
rela menyusahkan diri sendiri.
lagipun masa tu, kat bus stop tu ada budak2 uitm puncak alam. freshie kot!
teringat zaman hingusan dolu2. haha.
*dah nak masuk alam kerja rupanya ak  t-___-t

kesian jugak bebudak tu.
dah lah tak berapa biasa lagi dengan bandar setia alam tu. ak kan kakak *tuanya ak!*
kelantanese pulak tu.
*kelantan lagi? dah lah calon interview pun ramai kelantan. mana2 pun mesti terselit. haha.

tapi last sekali ak memang dah tak tahan menunggu.
ak kol je lah pakcik teksi tu.
lagipun budak2 tu dah taw bas nombor berapa yg nak balik puncak alam.
baik ak naik teksi je.
takut jugak ak menunggu sensorang kat bus stop tu.
dah lah setia alam tu memang isolated habis.
depan bus stop tu ada hutan yg dah kena gondol.
projek apa entah dorang nak buat kat situ.
pastu kereta yg lalu lalang asyik dok hon je memanjang.
yg lelaki gatal tak payah cakap lah.
siap toleh kepala sampai 360 darjah. haaa macam mana tu? hahha.

seriously, korang kalau dapat tawaran kerja kat kawasan bandar setia alam ataupun meru tolonglah simpan duit buat beli kereta especially yg perempuan.
public transport sangat susah kat sini. huhu.
kalau yg jenis lone ranger macam ak ni, memang tak kisah langsung kalau dapat tempat yg macam tu.
lagi2 kalau dah ada kereta. ehem!


*rezeki Allah ada dalam pelbagai bentuk. percayalah pada kehendak Dia. contengan jalanan hari ni memang buat ak sebak. sebab Allah sentiasa tolong ak tapi ak je yg tak reti bersyukur. Astaghfirullah..

-contengan jalanan. bukan novel. bukan rekaan. tapi realiti hidup-





2 comments:

koehzzz said...

penat bace contengan kau ni..haha

ape yg dpat aku simpulkan drpd contengan kau ni..cpat2 la beli kereta ek..hehe

budak kecik said...

haha. nama pun contengan. byk lah yg ak conteng. ngeee

kereta? dlm planning. insyaAllah