Monday, September 2, 2013

ayat cinta Allah sangat berguna utk migrain.


bila dah duduk sensorang macam ni, sakit pening ak pun kena tanggung sensorang.
sedihnya :'(
sejak ak menyewa kat danau kota ni, ak tak pernah kena lagi migrain yg teruk.

tapi petang semalam, lepas balik teman adik ak pergi masjid jamek, kepala ak dah mula rasa berdenyut.
mungkin sebab, kena hujan jugak kot.
ingatkan lepas mandi, sakit dah berkurangan tapi ak silap.
makin teruk!

disebabkan migrain yg sangat teruk sampai rasa nak termuntah, pukul 8 lebih ak dah mula tarik selimut.
kalau boleh ak nak elak dari muntah.
penat kot lepas muntah. huhu.

tapi agak susah nak tidur sebab kepala dah berdenyut sampai ke dahi.
selalunya kalau dah macam ni, ak mintak tolong mak ak picitkan.
ma.. haaa mulalah masa ni ak rasa ak sangat perlukan mak ak :'(

selalunya sebelum tidur, ak akan baca al-fatihah, 3 Qul dan ayat qursi.
semalam serius ak rasa dah lembik.
*mungkin sebab ak period. hari ke-2 pulak tu.
ak cuba jugak habiskan bacaan sebelum tidur.

alhamdulillah. bermula dari al-fatihah, kepala ak dah mula rasa kurang sakit.
tapi kaki agak sejuk masa tu.
ak teruskan jugak bacaan.
dan alhamdulillah sangat berkesan!
kepala ak dah tak berdenyut!
ya Allah hebatnya ayat-ayat cinta mu ya Allah.
Allahu..

alhamdulillah dapat tidur dengan tenang.
tapi pukul 4.30 pagi dah terjaga.
dah tak boleh tidur.

*tapi serius pelik. start dari al-fatihah, sakit kepala dah mula reda. mungkin sebab period, tubuh pun lemah. syaitan senang nak kacau. petang tu, ak pergi masjid jamek pulak. kan Rasululullah s.a.w. pernah kata, tempat yg paling Dia tak suka ialah pasar. wallahualam..



2 comments:

koehzzz said...

alhamdulilah..untung org mcm kau.org2 yg dekat ngan Tuhan ni mmg slalu dpt direct on the spot..

budak kecik said...

mmg ajaib betul smlm. serius sakit berdenyut mcm tak nak berhenti. tp bila ak start baca al-fatihah tu, makin lama makin reda sakit kepala. alhamdulillah..