Sunday, September 29, 2013

nantikan rekaan tudung terbaru- tudung blossom.



tudung blossom. terdapat dlm pelbagai kaler blok yg menarik. sekali pakai, pasti tertarik :)

setakat ni, tudung blossom masih dijual secara ekslusif di 1Borneo Hypermall bersempena Promosi Kraf Malaysia 2013.
tapi tudung blossom juga boleh dibeli secara online tidak lama lagi.
jadi, nantikan jualan tudung blossom online kami :)
 #ElHumaira



Saturday, September 28, 2013

ubat ak adalah tidur.


hari ni ak buat janji melayu.
dari mana kau belajar syikin?
senggugut. fullstop.

kak ally, dayah sorry :'(

siapa suka janji melayu?
ak tak suka orang yg buat janji melayu.
tapi ak terpaksa sebab sakit yg amat. takde mood.
kawan perempuan mungkin paham.

ubat untuk senggugut?
tidur. bukan painkillers.
ak bukan tak suka makan ubat cuma tak nak biasakan diri dengan dadah.
tak kira migrain ke, senggugut ke, ak tak akan makan ubat.
ak cuba lawan dengan tidur je.

memang lah susah nak tidur bila terasa dinding uterus macam kena rentap.
sakit dia sampai bahagian peha sampai ke kaki rasa lenguh.
badan pun rasa sejuk macam nak demam.
ak dah jarang2 kena senggugut tapi sekali kena memang parah.
tapi ak cuba untuk tidur sambil berzikir.
ternyata ak boleh tidur dengan nyenyak- feeling awesome!
alhamdulillah.
tapi bila bangun, rasa lapar!

mana mahu makan ye malam ni?


teka lokasi.



cuba teka ak snap gambar ni kat mana?
yg pasti bukan um!





Wednesday, September 25, 2013

hikmah.


bila dah dapat jubah konvo tadi, tetiba rasa sebak.
betul ke ak bakal graduan um?

dulu antara nak taknak je masuk um sebab dapat kos yg menyimpang terus daripada cita2 ak.
dah malas ak nak kenang cerita lama.
tu macam ak tak redha je dengan qada dan qadar Allah.
mungkin ada hikmah ak dapat um.
mungkin 2,3 tahun kemudian baru ak nampak hikmah dia.





*hei hari ini ada rama2 datang singgah kat jari ak. orang tua2 kata, ada petanda orang nak masuk meminang. apa kaitan entah rama2 dengan perkara meminang. haha. nak masuk kereta pun, dia terbang singgah kat lengak ak pulak. adeyh apa hal dengan rama2 sesat ni entah. ak syak sebab ak pakai body butter yg bau oren. bau oren tu yg menyebabkan rama2 berminat dengan ak gamaknya.

Tuesday, September 24, 2013

motivasi diri yg terbaik: air mata kerana Allah.





nana cakap: "Selalunya org yg baik2 ni akan diuji dulu. Pasti ada yg terbaik"

hati ak dah mula tersentap.
mata ak dah panas.
akhirnya kolam air mata terpecah dengan sendirinya.
"ikin baik ke nana?"



*ak yakin Allah akan bantu ak. janji Allah itu pasti! insyaAllah.



Monday, September 23, 2013

perempuan jangan murah sangat.


ak cukup tak paham dengan perempuan yg suka bertepuk tampar dengan kawan lelaki dia.
memang kalau nak bergurau senda dengan kawan lelaki tu nak kena bertepuk tampar dulu ke beb?
tapi yelah kadang2 benda ni unconscious. tiba2 je tangan dah bertindak dulu.
tapi kalau dah tetiap hari kau buat macam tu, bukan nama unconscious dah tu.
tapi koma terus.

"eleh kolot betul minah ni. bukan kena kulit dia pun. yg kau nak kecoh kenapa?"
ak memang kolot sikit kalau bab macam ni.
sejak sekolah menengah sampai masuk zaman u, ak memang kurang mesra dengan lelaki.
apa lagi nak bertepuk tampar dengan dorang. 
tengok wayang dengan dorang? jauh sekali.
karaoke dengan dorang? mimpi je lah.
bukan ak sombong. malu tu satu hal.
tapi ak rasa macam takde sebab kot ak nak rapat dengan lelaki.
macam dah takde kawan perempuan lain je.

tapi tipulah kalau ak takde langsung kawan lelaki.
ada tu memang ada.
tapi boleh bilang dengan jari je lah.
betul. ini serius.
sebenarnya tak salah nak kawan dengan dorang.
cuma... kena pandai jaga batas.
macam ada border line gittewwhh antara perempuan dengan lelaki.
itu je.

ramai yg cakap kawan dengan lelaki ni lagi bagus dari kawan perempuan sebab lelaki tak sensitif macam perempuan.
"yg perempuan ni asyik nak terasa je memanjang. rimas ak. pastu lelaki ni jenis open. easy-going orang kata"
eleh kau. kalau dah gatal tu gatal lah jugak.
konon hot stuff lah bila lelaki senang nak kawan dengan kau? easy goingggggg lah sangat.

FirmanNya: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab:53)

nampak tak betapa Allah suruh kita jaga batas kita dengan lelaki ajnabi, tapi kau siap tepuk tampar lagi haaa.
kelas kau jah!

alhamdulillah BFF ak semuanya jenis macam ak jugak.
even housemate ak yg dekat pantai permai dulu pun sangat jaga batas pergaulan dengan lelaki.
housemate ak yg rusia pun sama!
nak ajak keluar jenjalan pun ajak kami. haha.
cuba bayang orang rusia pun perangai macam kami.
walaupun dia bukan Islam tapi perempuan ni kalau masih ada perasaan malu dia, insyaAllah dia akan jaga batas pergaulan dia sebaik mungkin.

betullah kata prof dr muhaya, kalau kita jenis manusia yg sentiasa positif, insyaAllah kita akan tarik orang sekeliling kita yg jenis positif jugak ^^





walau moden macam mana pun dunia kita, tapi still kena berpandukan Al-Quran.
supaya jalan yg kita lalui adalah jalan yg lurus. insyaAllah.
dan perempuan, walau moden macam mana pun gaya hidup kita, selagi lelaki itu adalah lelaki ajnabi, tolonglah jaga batas pergaulan kita. plus maruah diri.


*ak sekadar nak bagi pendapat ak. tapi kalau korang ada nak share pendapat korang, boleh share kat sini. mungkin kita punya persepsi yg berbeza :)


Saturday, September 21, 2013

Segmen 1st Mama.



inilah nama dia Segmen 1st Mama.
nak join?
dipersilakan klik di sini :)




kemain ak join segmen mama. hehe.
ak bujang lagi tapi pernah jaga budak yg bernama mohd harith iskandar, 2tahun (sekarang dah masuk 3tahun).
ak jaga dia macam ak jaga anak ak.

tahun lepas, hari nuzul al-Quran, family harith terlibat dengan kemalangan.
papa harith iaitu sepupu ak, meninggal di tempat kejadian.
al-fatihah untuk arwah mohd azua.
dan mama harith agak kritikal masa tu.



hati mana yg tak keruan bila tengok anak kecik ni keseorangan?
korang mampu?
sebagai saudara yg terdekat masa tu, memang rasa bertanggungjawab untuk jaga makan minum dia masa tu.
besar pahala jaga anak yatim. insyaAllah.

masa tu harith still breastfeed mama dia.
tapi bila mama dia pun dalam keadaan tak sedar, dia macam paham.
dia langsung tak mintak susu mama dia.
kita orang hanya bagi dia minum susu soya.
sampai sekarang, soya tu jadi feveret dia.
tengok. Allah dah mudahkan kami untuk jaga harith.

ak ingat lagi masa ak terpaksa berpisah sekejap dengan harith sebab mama dia kena transfer ke hospital selayang, dari husm kubang kerian.
ak pergi kl keesokan harinya.
so masa tu makcik ak yg tolong jaga dia sekejap tapi tu pun siang hari harith kena duduk dengan jiran makcik ak sebab dia kerja.

bila ak sampai je kl, ak terus ajak mak ayah ak jemput harith kat rumah jiran makcik ak.
ya Allah, masa ni memang sebak sikit.
sebab bila ak dah sampai je depan pintu rumah tu, lepas tu ak panggil harith.
bila harith dengar je suara ak, dia terus berlari ke arah ak sambil menangis mintak dipeluk.
ak pun tak pasti kenapa dia menangis teresak-esak macam tu. serius rasa macam drama masa tu.
dia rindu ak gamaknya. 
ak tak tahu macam mana nak ungkapkan perasaan tu.
tapi ak macam dah dapat rasa sifat keibuan.
rasa macam dia memang anak ak :'(

kepada mama harith,
ikin bukan nak mengungkit.
tapi ikin memang sayang harith.
walaupun sekarang semuanya dah kembali normal, satu je ikin nak pesan: jangan lupakan kami.
dan jangan pisahkan harith dengan kami.
walaupun dapat jumpa dia sekali setahun pun dah cukup baik untuk ikin.
sekiangg



gigih bersebab.


adik bongsu ak si adib ni dah memang rindu tahap meroyan ke dengan kek coklat kukus ak?
sampai sanggup dia buat sendiri kot.
adib buat kek? biar betik! hahhaha.

mulanya mak ak memang tak percaya tapi lepas tu dia beli semua barang2 nak buat kek.
mak ak biarkan je dia kat dapur sebab mak ak nak tengok hasil tangan dia sendiri.
haha kejam betul mak ak.

tapi mak ak cakap, kek dia kerah kekung (baca: keras).
rasa pahit pulak tu.
wakakak. adeyh adik ak ni.
kot ye pun nak sangat makan kek coklat tu, tunggu lah ak balik nanti.

insyaAllah after konvo, ak balik kelantan.
sabar naaa adib.
nanti kakak buat lah kek-coklat-kukus-feveret-adib-forever.

alamak mulut ni rasa nak makan macam2.
balik nanti kita buat lontong nak?
lets.


*konpem sudah nama ak tak tercalon. putus asa? hadoii hidup ni tak gempak lah beb kalau semua benda dapat dalam sekelip mata. putus asa jangan sekali :)




Thursday, September 19, 2013

comel kuasa infiniti.


kenapa comel sangat?
siapa tak geram hoii bila ada kucing buat muka cenggini?

kucing ak ada lah yg jenis nakal tak ingat dunia.
jenis nak merungkas (baca: memanjat) pokok je kerja dia.
tak pun datang sergah ak secara mengejut. 
memang lah nak kena jentik dengan ak.
tapi bila nampak dia buat muka comel macam ni, terus rasa sejuk je hati. 
pandai jugak ek kau kucing nak sejukkan hati orang. hahaha.

tapi kenapa sampai ada yg sanggup bagi racun kat kucing?
apa masalah dorang sebenarnya?
apa salah makhluk Allah yg comel ni? T____T




*senarai nama utk calon top 5 keluar esok bak hang. berdebar tak terhingga! nama ak tercalon ke tak, ak terima seadanya. kerana ak tahu Allah dah aturkan yg terbaik utk ak :)
Wallahualam.




Monday, September 16, 2013

muak dengan makanan cap beli.


patotlah mak ak selalu pesan bila dah kawen nanti kena rajin masak untuk suami.
suami mana mampu tahan kalau dah hari2 asyik mengadap makanan cap beli?
memang ak mengakulah, agak mual bila tetiap hari asyik makan kat kedai.
kadang2 tengok nasi pun tak lalu.
ak lagi rela dinner makan fries je.

bukan ak taknak masak tapi rasa macam penat memasak tu tak berbaloi kalau setakat untuk perut ak sorang baik tak payah masak.
baik ak tapau je senang.

dan untuk kaum hawa yg tak pandai memasak, jangan risau.
sebab benda ni boleh belajar.
korang ingat ak dulu terer ke memasak?
nama pun budak hostel.
balik rumah, qadha tidur lah jawabnya.
setakat tanak nasi, goreng telur boleh lah.

err tapi kalau yg jenis tanak nasi pun tak pandai tu memang dah tahap bahaya.
benda paling basic kot. adoiii.
ak kalau tanak nasi pun tak reti, memang dah kena tarik telinga dengan mak ak.

bila dah masuk u, baru ak ada perasaan teringin nak memasak.
*err lagi tepat bila dah ada catalyst sebenarnya. ehemmmmmmm
jujur ak kata, once korang dah pandai masak, korang memang akan jadi manusia yg suka mencuba segala jenis masakan.
ak paling suka buat sambal nasi lemak.
tak tahu kenapa tapi kalau breakfast dengan family ak, ak memang suka buat sambal nasi lemak cicah lempeng.
pehh mantap!

ak pun tak tahu hantu rajin memasak mana yg masuk dalam diri ak sekarang ni.
semua jenis masakan ak dah cuba dan semuanya lulus.
even first time buat. alhamdulillah.
kunci dia, korang kena RAJIN dan berani mencuba.
kalau jenis takut2, sampai bila nak maju? hailaa

tapi kalau ak balik kelantan lah, baru teruja sikit nak masak.
duduk sorang macam ni, kau pergi je lah tapau pape yg nampak berselera sikit di mata kau. sobsob.


*sampai satu tahap, korang akan rasa gian nak memasak bila dah lama sangat tak masuk dapur.


Sunday, September 15, 2013

supo ghima (baca: suprima)



"nak tidur tak jeneral, duk main klip pas klip pas"
#KelateKecekKL.
selok ko'o ak suko. ngahahha.

kalau di"kelantan"kan, bunyinya:
"nok tido tok jenegho, dok main klip pah klip pah"
maksudnya: tak boleh nak tidur sampai tak taw nak buat apa.

banyak sebenarnya dialek kelantan yg ak tak berapa reti nak guna.
so bila dengar orang cakap kelantan yg jenis pekat tahap dewa, memang ak gelak.
sebab cara penyampaian dia lucu kot.

tapi kalau lelaki kelantan serius pekat woi dialek kelantan dorang. haha.
tengok adik ak lah si abe.
pastu sepupu sepapat ak yg lelaki.
kalau berkumpul dengan dorang memang boleh pecah perut ak.



ni lah abe kito. jange saloh pehe. abe tu panggilan manja adik ak. 


pernah masa kawen sepupu ak kat gombak tahun 2008.
family ak semua turun kl cuma ak je yg terlepas sebab masa tu ak dah nak final exam kat matrik kuala nerang.

masa tu, hidangan makanan semuanya pakai orang catering je.
alkisahnya adik ak si abe ni nak makan tembikai tapi dia tengok kat meja makan tetamu dah habis.
so dia pergi kat orang catering tu, kononnya nak mintak tambah tembikai.
"bang, saya nak timun boleh?"
sekali orang tu bagi dia timun batang yg panjang tu.
hahahahahahhaahahha.
nak terguling ak bila teringat balik kisah ni.

kelantan, terengganu, kedah memang panggil buah tembikai tu "timun".
atau nak panjang lagi, "timun cina".
so kalau kita orang cakap nak timun cina tu maksudnya buah tembikai.
tapi kalau kita orang cakap nak timun batang tu maksudnya timun yg makan dengan nasi lemak tu lah.

sekian saja kelas bahasa kelantan kita untuk hari ni.
nak tahu lebih lanjut, kawen lah dengan ore kelate.
katanya ore kelate ni comeyy2 belako.
ehh? hahaha


*hari ni tak jadi lone ranger sebab adik ak, zura tidur rumah ak. wahh, memang laju je ak masuk dapur buat bihun tomyam sebab dah ada tukang peghabih makanan. nampak tak betapa excited nya ak masak untuk adik ak? T____T





Friday, September 13, 2013

contengan jalanan: realiti hidup.


one step closer.
tapi ingatlah rezeki kita terletak di tangan Allah. bukan di tangan manusia.
mari kita berdoa.
dan percaya hanya pada Dia yang satu (:

ak tak tahu kenapa sejak dua menjak ni, ak selalu terserempak dengan golongan tua.
Allah bagi ak peluang untuk buat pahala mungkin.
and yet everything happens for a reason.

banyak langkah ak maka banyak lah jugak benda yg ak dapat.
sebab tu kadang2 ak suka guna public transport (even dalam hati meronta-ronta nak beli kereta sebijik!)
bila ak dah turut bersesak dengan orang yg nak pergi keje, ak dalam hati "oo macam ni rupanya gelagat ciptaan tuhan. macam2 pesen hado"
dari pagi stesen universiti--> kl central--> ktm klang--> klang central--> setia avenue (demi interview).

sampai ktm klang, ak dah terkulat-kulat depan tu.
"alamak mana ak nak pergi ni?"
okay fine sepupu ak kata kalau nak jimat naik bas pergi klang central.
fineee ak pun cuba tanya pakcik teksi tambang nak pergi klang central berapa? 
pakcik tu jawab 30 hengget. hambik kau!

baik ak naik bas je kalau macam ni.
lagipun ak sampai awal kat sana.
takdelah rushing mana.
sambil2 tu boleh lah jugak usha bandar klang. yedak?
banyak makanan jowo oii.
pehhh ak memang suka makanan jawa ni.
paling suka kalau ada tempe.
pastu masak sambal taruk ikan bilis sekali.
wahhh sedap hingga menjilat jari!
*tp bdk jawa tu tak suka tempe lah pulak. baru berangan nak hidang tempe je kat dia tetiap hari. haha.

pastu ak cuba tanya pakcik tu lagi, stesen bas kat mana?
takde nampak bayang bas punnn.
pakcik tu kata jauh lah jugak, kena naik jejantas depan tu.
"alamak macam jauh je"

pakcik tu pancing ak lagi, katanya boleh nak naik teksi, tujuh hengget je.
"takpe pakcik. saya rasa nak buat aktiviti sihat pepagi. jom jalan!"

masa ak dok jenjalan tu, ak dah nampak sorang uncle india ni kat depan sana.
dia bawak plastik berisi makanan kot.
jalan macam terhencut sikit. macam ada gaya orang sakit kaki.
kesian lah jugak tengok uncle tu.

ak biasalah kan.
jalan macam flashman.
sedar2 dah jalan belakang uncle tu.

pastu ak tanya uncle tu stesen bas kat mana.
pastu dia kasi lah direction jalan tu.
okay fine ak pun jalan je lah.
sekali nampak dia ikut ak.
pastu ak tanya lah uncle tu nak pergi mana.
dia kata dia kerja kat klinik depan sana tu.
yg ak peliknya dia tunjuk depan sana tapi jalan ikut ak.

sampai kat stesen bas tu, ak nampak uncle tu berjalan masuk ikut lorong orang jual barangan basah, macam pasar tani lah tapi kecik sikit.
pelik jugak ak. uncle ni nak pergi mana?
rasanya dia cakap dia kerja kat klinik yg simpang kanan tu tapi apesal dia jalan masuk ikut lorong tu?
fine ak pun dah nampak kelibat bas kat situ.
terus ak tanya orang kat situ, bas pergi klang central nombor berapa?
sekali dia jawab, nak naik bas klang central kena jalan ikut lorong tu.

okay sekarang ak paham kenapa uncle tu jalan ikut lorong sana.
rupanya dia nak hantar ak sampai kat stesen bas menuju ke klang central!
haiyyo. cepat2 ak jalan ikut lorong tu, sekali memang dah tak nampak kelibat dia.
serius takde. huwaaa.
agak terkilan sebab ak tak sempat nak ucap terima kasih!
ya Allah kesiannya uncle tu.
dah lah kaki sakit tapi still nak tolong ak :'(



pantai ODEC UMS- 2010


sampai kat klang central, terkulat lagi kat depan tu.
lepas tu, nampak pakcik teksi dok berkumpul kat pondok situ.
terus ak tanya macam mana nak pergi setia avenue?
pastu pakcik tu kata setia avenue belakang tesco ni je.
okay lega. boleh jalan kaki je lah kot.
pastu ak tanya lah boleh jalan kaki kan?
pakcik tu kata, "jalan kaki apa, awak tu dah lah perempuan, bawak beg lagi, pegang fon lagi. bahaya!"
"ok saya naik teksi pakcik je!"

bila naik teksi pakcik tu, siap kena lalu ikut highway lagi kau.
hahah patotlah tak bagi ak jalan kaki.
dah tu jawab macam dekat je.
tp sebenarnya memang dekat pun dari klang central tu nak ke setia avenue.
tak sampai 15 minit pun.
cuma agak bahaya sebab kena guna highway nak masuk simpang setia avenue.
tapi dekat2 pun 15 hengget kena!
teksi kat sini tak pakai meter yg macam kat kl.
so suka hati dorang je lah nak taruk berapa pun. hailaa.
tak kisah lah pakcik janji sampai on time untuk interview.

tapi nasib baik jugak ak ambik nombor telefon pakcik teksi tu.
sebab kat situ memang susah nak dapat teksi atau bas.
lepas siap interview, punya lah ak sabar menunggu bas kat bus stop sebelah tesco.
*setia avenue bersebelahan dengan bangunan tesco.
sejam ak tunggu!
nampak tak betapa sabarnya ak tunggu bas kat situ. dah lah hujan lagi. padahal nombor pakcik teksi tu ada je tapi saja degil taknak kol.
rela menyusahkan diri sendiri.
lagipun masa tu, kat bus stop tu ada budak2 uitm puncak alam. freshie kot!
teringat zaman hingusan dolu2. haha.
*dah nak masuk alam kerja rupanya ak  t-___-t

kesian jugak bebudak tu.
dah lah tak berapa biasa lagi dengan bandar setia alam tu. ak kan kakak *tuanya ak!*
kelantanese pulak tu.
*kelantan lagi? dah lah calon interview pun ramai kelantan. mana2 pun mesti terselit. haha.

tapi last sekali ak memang dah tak tahan menunggu.
ak kol je lah pakcik teksi tu.
lagipun budak2 tu dah taw bas nombor berapa yg nak balik puncak alam.
baik ak naik teksi je.
takut jugak ak menunggu sensorang kat bus stop tu.
dah lah setia alam tu memang isolated habis.
depan bus stop tu ada hutan yg dah kena gondol.
projek apa entah dorang nak buat kat situ.
pastu kereta yg lalu lalang asyik dok hon je memanjang.
yg lelaki gatal tak payah cakap lah.
siap toleh kepala sampai 360 darjah. haaa macam mana tu? hahha.

seriously, korang kalau dapat tawaran kerja kat kawasan bandar setia alam ataupun meru tolonglah simpan duit buat beli kereta especially yg perempuan.
public transport sangat susah kat sini. huhu.
kalau yg jenis lone ranger macam ak ni, memang tak kisah langsung kalau dapat tempat yg macam tu.
lagi2 kalau dah ada kereta. ehem!


*rezeki Allah ada dalam pelbagai bentuk. percayalah pada kehendak Dia. contengan jalanan hari ni memang buat ak sebak. sebab Allah sentiasa tolong ak tapi ak je yg tak reti bersyukur. Astaghfirullah..

-contengan jalanan. bukan novel. bukan rekaan. tapi realiti hidup-





Tuesday, September 10, 2013

kecik2 cili padi.



budak perempuan paling nakal zaman mrsm ak dah kawen oii! 
pehhh dia punya tahap nakal sampai cikgu pun surrender. haha.
tapi tak sangka pulak dia kawen awal.
tercabar pulak ak  =,='

dia ni kecik je, lagi kecik dari ak kot sebab dia versi keding.
ak versi tembam. so ak takdelah nampak kecik mana pun. haha.
tapi kalau kawan ak ni memang nampak kecik sebab dia kurus.

dan paling excited bila dapat tahu dia dah pregnant!
subur betul minah nih. bunting pelamin gamaknya.
macam mak ak, kawen tak sampai sebulan dah mengandungkan ak. hihi.
disebabkan majlis sanding mak ayah ak kena tangguh sebab ayah ak busy sangat dengan kerja dia sampai tak boleh cuti, so dorang bersanding sebulan lepas nikah.
maknanya masa mak ayah ak bersanding, ak pun bersanding sama lah masa tu. 
untung dapat merasa pengalaman bersanding. ehh?

tak sabar nak tunggu kandungan dia sampai 6 bulan.
macam mana lah ghope kawan ak yg kecik ni bawak perut dia?
mesti super duper comel!
jaga diri dan jaga kandungan sekali ye wak.
jangan lupa mengaji.
supaya baby kat dalam sana tu tenang bila dengar ayat2 cinta Allah :)


geram pulak ak nengok muka kucing bertiga nih. rasa macam nak buat bantal golek pun ada
.

Saturday, September 7, 2013

dua dalam satu.


satu malam, lepas ak kecewa dinner planning dengan kawan ak terpaksa cancel disebabkan kesibukan-kalah-menteri, ak pun makan lah sensorang kat kedai mamak kondo ak ni.

yg tak tahannya, ada 2 orang aney berebut nak ambik order ak. 
nampak sangat malam tu tak berapa ramai kat kedai dia, sampai berebut nak ambik order ak.
tapi yg salah sorang tu memang gatal habis lah.
setiap kali ak pergi kedai dia, adalah nampak gaya flirty dia.
tapi maap ler. ak ni bukan jenis suka melayan. 
kadang2 ak kesian tengok perempuan yg jenis melayan lelaki gatal ni, nampak macam errr murah mungkin?

tapi malam tu kemain romantik haaa suara dia.
eee geli ak.
terus putus selera makan ak malam tu.
nak menangis ak makan main sumbat je. haha.

tapi aney tu boleh tahan educated kot.
lepak dengan budak2 student k.l.m.u. amboii kemain. haha.
setiap kali ak singgah kedai tu, mesti nampak dia duduk semeja dengan student2 k.l.m.u.
tangan asyik dengan fon je kau.
ak syak dia online fesbuk atau twitter.
takkan main game boleh sengih2 kot.
ngahaha.

nasib dia tak pernah mintak fesbuk ak.
kalau dia mintak, ak bagi fesbuk mr.virus je terus.
kihkih.

ok habis cerita si gatal.
masuk cerita si pelik pulak.

lepas makan, masa kat lobi lif tu hanya ada ak dengan sorang laki cina.
masa ak naik lif pun berdua je dengan dia.
yg ak musykil, dia ni level mana?
rumah ak level 22, so ak dah memang tekan butang 22.
yg laki cina ni bila dia tengok ak tekan butang 22, dia buat rilek sambil sambung tengok surat2 yg dia baru ambik kat peti surat.

setahu ak lah, level ak ni banyak pak tam dengan mak tam je (baca: orang kulit hitam).
pastu perempuan cina. melayu pun adalah sikit.
ak saja sedapkan hati, dia pergi rumah makwe dia kot.

tapi bila sampai level 22, dia tengok je ak keluar dari lif.
bila ak dah jalan depan sikit, ak saja toleh nak tengok dia keluar ke tak.
sekali dia tak keluar pun. 
dia stay je dalam lif tu sampai pintu lif tertutup.

aik??
lelaki cina ni dah kenapa?
dia nak turun level mana sebenarnya?
dah lah dia pakai baju t-shirt hitam yg tight dengan jeans.
sekali tengok dah memang ada gaya bodyguard.
muka dia ak tak perasan lah pulak sebab ak ni jenis yg jaga pandangan. ehh? haha.

sampai sekarang ak tertanya-tanya.
siapa lelaki cina tu sebenarnya?
muka dia memang langsung ak tak pandang, so macam mana ak nak ingat muka dia?

tapi nasib baik jugak dia tak ikut ak sampai depan pintu rumah ak.
fuh legaaa. tapi lepas ak tengok si pelik ni, berpeluh lah jugak ak nak bukak pintu rumah ak.
cuak punya pasal.

*errr siapa yg tolong upah bodyguard utk ak ni?
hahahah




ada makna di sebalik gambar.
permulaan untuk si kecik ;)



Friday, September 6, 2013

it's all about tribal! ;)





tribal blouse giveaway? yeayy i love tribal's pattern. it doesn't matter either for the blouse or maxi skirt. and even tudung! hehe.

sila klik di sini untuk join ;)




This is one of my tribal's blouse collection ;)))
It is in fish tail style.
Rasa sungguh sopan bila pakai blouse ni.

Ak pernah masuk butik pakaian kat one utama, saja nak window shopping je.
Sekali sales promoter dia pergi tegur blouse ak cantik. Siap pergi belek2 lagi blouse ak.
Okay ni siapa yang nak jual baju sebenarnya? Hahaha



Wednesday, September 4, 2013

save the date.




this is kota kinabalu.
sunset yang sempat ak snap kat tepi pantai sana.
subhanalllah..
last ak landing kat sana tahun 2010.
rindunyaaaaaaaaa ya Allah.



26/9-6/10 ada promosi batik kat kota kinabalu.
tapi in between tarikh tu, which is 2/10 tu tarikh ak konvo.
so?
so sayang lah sebab ak terpaksa lepaskan peluang keemasan ak untuk pergi ke sana.
sayang wehh.
lepas tu, dengar kak ira cakap nak berjimba kat sana after 6 haribulan, pehhh mantap!
hatiku terguris. 
huwaaaaaaaaaaaa, nak ituttt!

takpelah.
yang ini simpan untuk honeymoon trip pun bulehss.
kihkih.






Monday, September 2, 2013

ayat cinta Allah sangat berguna utk migrain.


bila dah duduk sensorang macam ni, sakit pening ak pun kena tanggung sensorang.
sedihnya :'(
sejak ak menyewa kat danau kota ni, ak tak pernah kena lagi migrain yg teruk.

tapi petang semalam, lepas balik teman adik ak pergi masjid jamek, kepala ak dah mula rasa berdenyut.
mungkin sebab, kena hujan jugak kot.
ingatkan lepas mandi, sakit dah berkurangan tapi ak silap.
makin teruk!

disebabkan migrain yg sangat teruk sampai rasa nak termuntah, pukul 8 lebih ak dah mula tarik selimut.
kalau boleh ak nak elak dari muntah.
penat kot lepas muntah. huhu.

tapi agak susah nak tidur sebab kepala dah berdenyut sampai ke dahi.
selalunya kalau dah macam ni, ak mintak tolong mak ak picitkan.
ma.. haaa mulalah masa ni ak rasa ak sangat perlukan mak ak :'(

selalunya sebelum tidur, ak akan baca al-fatihah, 3 Qul dan ayat qursi.
semalam serius ak rasa dah lembik.
*mungkin sebab ak period. hari ke-2 pulak tu.
ak cuba jugak habiskan bacaan sebelum tidur.

alhamdulillah. bermula dari al-fatihah, kepala ak dah mula rasa kurang sakit.
tapi kaki agak sejuk masa tu.
ak teruskan jugak bacaan.
dan alhamdulillah sangat berkesan!
kepala ak dah tak berdenyut!
ya Allah hebatnya ayat-ayat cinta mu ya Allah.
Allahu..

alhamdulillah dapat tidur dengan tenang.
tapi pukul 4.30 pagi dah terjaga.
dah tak boleh tidur.

*tapi serius pelik. start dari al-fatihah, sakit kepala dah mula reda. mungkin sebab period, tubuh pun lemah. syaitan senang nak kacau. petang tu, ak pergi masjid jamek pulak. kan Rasululullah s.a.w. pernah kata, tempat yg paling Dia tak suka ialah pasar. wallahualam..