Saturday, August 31, 2013

walaupun dia hanya seekor kucing.



satu hari, masa kat kedai makan.
ak ada ambik lauk ayam masak merah yg bahagian isi sekali dengan kepak.
selalunya ak tak suka kepak.
tapi entah macam mana, ak rasa macam nak makan kepak hari tu.

masa kat meja makan, ada sekor kucing dok mengiau kat kaki ak.
disebabkan kesian punya pasal, ak potong bahagian kepak yang tak sempat diratah.
lepas tu, ak basuh bahagian kepak tu sekali.
rasa macam terlalu zalim kalau bagi dia makan pedas.

ak tahu ada manusia yang kurang senang dengan kehadiran makhluk manja yang satu ni.
ada yang sanggup terajang kot kalau ada kucing mengiau kat kaki dorang.
ak memang pantang kalau nampak manusia hantu macam ni.
tiba-tiba boleh rasa sebak kalau nampak kucing kena sepak terajang.
ye air mata ak boleh menitik disebabkan kucing.
mana pergi sifat belas kasihan korang?
mana pergi sifat penyayang korang?
mana?

jadi lepas siap basuh, ak bagi dia makan kat tepi penjuru kedai.
supaya dia boleh makan dengan aman.

lepas tu, ak perhati je dia dari jauh.
mula2 dia jilat2 isi kepak tu.
tak lama lepas tu, dia lintas jalan sambil bawak kepak ayam tu.
kemudian, hilang di sebalik lorong perumahan.

kalau korang nak tahu, macam ni lah gaya seekor ibu kucing.
kalau dia dapat rezeki makanan, dia tak akan mengadap makanan tu sekor dia je.
tapi sebaliknya dia akan pentingkan perut anak2 dia dulu.

ya Allah sedihnya masa ak tengok dia lintas jalan terkedek-kedek bawak kepak ayam.
jauh kot dia berjalan cari makanan untuk anak2 dia.
nasib baik besar jugak bahagian kepak yang ak bagi tu.
dah memang rezeki kucing :')

boleh termenung sekejap sebelum habiskan suapan nasi yang terakhir.
betapa kasihnya seekor ibu untuk anak.
walaupun dia hanya seekor kucing!


No comments: