Monday, August 12, 2013

soalan raya.

say cheeseeeeeeeeee!




Keluarga besar belah papa.
Yang ini baru dengan keluarga kakak ayah ak, tu tak termasuk dengan keluarga abang2 ayah ak lagi. 

Kalau korang perasan ada 2 orang minah salleh kat situ.
Bukan Minah bin Salleh. haha. orang putis lah senang cerita.
Orang putis dua orang tu kawan sepupu ak.
Mereka datang dari Rusia.
Datang untuk kenal culture Malaysian, lebih spesifik Kelantanese.
Sepupu ak mungkin bermertuakan orang Rusia. Mungkin.

Bila dah berkumpul reramai cenggini, soalan paling hot adalah "ikin bila nak kawen?"
Sepupu perempuan ak yang tua sikit dari ak, semuanya dah selamat diijabkabulkan.
Makanya, sekarang semuanya tengah menunggu cerita pasal diri ak dengan mr. perfect ak pulak.
*tapi yang sebenarnya dorang ni saje nak bergosip je lebih. haha.

Cakap pasal kawen ni, ak teringat pulak isu hantaran kawen yang tengah panas sekarang.
Tak masuk akal langsung hantaran kawen sampai RM50000.
Ni dah macam nak jual anak tahu.
Ye ak paham, mungkin ada sesetengah perempuan yang ada degree tergugat dengan perempuan yang belajar setakat spm tapi hantaran kawen mampu cecah sampai RM10000.
Nenek sedara ak pun pernah jugak cakap kat ak, hantaran kawen ak kena lebih RM10000 lah sebab isteri sepupu ak yang belajar setakat spm pun dah RM8000. Tapi itu kata dia.
Kata ak pulak, ak langsung tak kisah hantaran kawen ak berapa.
Ye ak memang jenis tak kisah nak letak berapa pun hantaran kawen ak.
Mak ayah ak pun langsung tak pernah terfikir nak letak berapa hantaran kawen anak dara dia.
Sebab sebenarnya benda ni kena bawak berbincang dengan pihak lelaki.
Bukan main suka suki je nak tetapkan harga.
Jangan lah bebankan pihak lelaki dengan hantaran kawen yang langsung tak masuk akal.

Nak buat apa sampai RM50000?
Kalau dah teringin sangat nak buat "wedding of the year", tapi korang kenalah pikir tahap kewangan korang macam mana.
Jangan pikir pasal mana nak jaga standard lah apa lah, tapi akhirnya korang merana di kemudian hari.
Nauzubillah..

Semoga Allah permudahkan urusan majlis perkahwinan untuk kita2 yang dah memang ada niat untuk berkahwin. Amin.


*rasanya belum terlambat untuk ak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri"  (:



2 comments:

Nurin Farhanah said...

kena ckp mcm ni

cepat2 lah masuk meminang sementara ada degree ni
nanti dah ada master lagi tinggi hantaran..hahahahha

budak kecik said...

aah macam org tu kan. nnti dah nak ada master, makin tinggi harga dia :P

ak masterchef boleh lah. hahaha