Monday, August 19, 2013

rugi tak layan The Conjuring.



The Conjuring- orang dok sibok kata filem ni paling seram di abad ini.

ak ni memang peminat filem seram.
maka, jumaat lepas ak rasa terpanggil nak tengok The Conjuring kat tesco Kepong Village.
layan sensorang tu beb. kau mampu? herher.

seat kiri kanan ak memang kosong. depan pun kosong.
heaven gila panggung wayang tak penuh tapi...
bila datang part seram dia, ak rasa macam nak lari keluar dari panggung. hahaha.

ak memang susah nak rasa seram kalau tengok filem seram.
kalau orang lain siap tutup mata dengan tangan, nak lagi selesa dengan bantal *baik tak payah tengok cerita hantu kalau cenggitu. haha.

tapi kalau dengan movie The Conjuring, memang rasa lah seram dia.
mungkin sebab ak layan sensorang je kot masa tu, pastu manusia pun tak ramai dalam panggung wayang.
tambah rasa sejuk air-cond pulak. memang menggigil-gigil ak masa tu. kihkih.

ak malas nak cerita lebih-lebih.
korang patot tengok sendiri The Conjuring dengan mata kepala korang.
filem seram lagi syiok kalau korang layan kat panggung wayang. tanpa berteman. hehe.


*semalam sempat bermalam kat hotel sakura dekat bandaraya ipoh lepas penat jelajah negeri perak dengan sepupu ak. kami tempah dua bilik. satu bilik untuk sepupu ak dengan husband dan anak2 dia. satu bilik lagi untuk ak dengan adik ak. fuhh nasib baik ada adik ak. kalau tak, seram jugak tidur sensorang dalam bilik hotel pulak tu, seram The Conjuring pun tak habis lagi kau. haha.



sampai jugak ak ke perak. meh ambik mood datin lah kejap yobb.




No comments: