Thursday, August 22, 2013

ABE dah jadi lagenda kampung.



bila dengar kak ira cerita pasal jatuh bangun bisnes, ak teringat masa zaman ayah ak bukak kedai mini market.
masa itu lah kami sekeluarga jatuh bangun bersama.
paling ak bangga dgn ayah ak, dia bukak kedai guna duit simpanan dia sendiri.
ayah ak langsung tak buat pinjaman bank. 
*kan senang hidup takde hutang. alhamdulillah.

sebelum ni, ayah ak pernah jadi pengurus kedai kasut kat subang parade.
lebih kurang 10 tahun jugak lah ayah ak menimba pengalaman sebagai pengurus.
bertitik tolak daripada situ, ayah ak beranikan diri untuk bukak kedai sendiri.
tambah pulak ekonomi tengah gawat masa tahun 1998.
jadi, kami sekeluarga pindah balik negeri asal kami, kelantan.

ABE mini market.
nama kedai yg sangat legend kat kampung sireh. hehe.
nama je kampung tapi kampung ni dlm bandar kb tahu.
sampaikan bebudak ni buat teka teki, kampung apa yg dlm bandar?
jawapannya: kampung sireh! haha.
5 minit je kalau nak pergi kb mall.
kampung sireh pun dah maju sekarang, siap ada tesco lagi kau.
terminal bas semua kat situ.
tapi bila dah moden macam ni, perkataan kampung pun dah takde. tukar jadi lembah sireh.

daripada tahun ke tahun, ABE makin mendapat perhatian.
daripada satu kedai jadi dua kedai.
ayah ak pulak bila dah jadi big boss mula lah dia nak berjinak masuk dunia politik.
*jiwa dia memang jiwa politik sebab arwah atok ak dulu pun aktif jugak dlm dunia politik.
nasib baik mak ak suri rumah je, so bahagian cashier memang mak ak yg jaga.
sebab tu ayah ak syok je pergi meeting siang malam.
lepas tu, duit semua pun menghala ke dunia politik dia.
ayah ak masa tu dah boleh jadi ketua pemuda parti X (maaf terpaksa dirahsiakan. nak tahu lebih lanjut sila pm ak. haha).
berapa kali jugak muka dia masuk paper.

hampir 9 tahun jugak kedai ayah ak mampu bertahan
siapa tak sayang tutup kedai yg dah lama bertahan?
memang banyak pengalaman yg ak dapat dari bisnes ayah ak.
tapi alhamdulillah even ayah ak pernah ada masalah nak rolling modal dia, ayah ak still tak buat pinjaman bank.
setiap kali ada masalah akan ada sinar petunjuk yg Allah bagi.
pilihan paling last, ayah ak jual rumah kami kat gombak utk buat rolling modal.
tapi bila pasaraya tesco yg terbesar di asia muncul kat kawasan lembah sireh tu, bisnes ayah ak makin down.
masa tu ak form 4. 
kalau ak balik cuti je (budak hostel), ayah ak dah bagi green light utk take over cashier. 
so bila ak dah handle cashier, ak dah boleh nampak kadar merosot jualan dari hari ke hari.
harapkan weekend je lah yg tinggi sikit kadar jualan.
tapi setiap kali malam raya paling best, kami sekeluarga sanggup berjaga sampai pukul 3 pagi sebab customer memang tak putus2. 
lagipun ak kesiankan ayah ak. apa salahnya kalau ak teman dia sekali sekala berjaga malam. ye dak?
dan tahun 2008, ayah ak buat keputusan tutup terus kedai.

tapi sampai sekarang, orang akan guna term ABE tu walaupun kedai tu dah tak wujud.
sebab ABE mini market ni dulu betul2 kat lorong nak masuk lembah sireh.
so kalau sesiapa nak pergi lembah sireh, mesti orang akan kata "ala, yang lorong ABE mini market tu"
agak terharu lah bila penduduk kat situ still ingat ABE mini market. huhu.

there's always a hope. insyaAllah.

sekarang ni ayah ak lagi selesa jual baja kat pasar tani.
ak cukup kesian dgn ayah ak sebab dia sanggup keluar pepagi, sanggup berpanas kat pasar tani.
ak pernah slow talk dgn ayah ak suruh ayah ak join balik semula kedai kasut, jadi pengurus.
pakcik ak pun semua dah bagi idea yg sama.
tapi ayah ak tolak.
kata ayah ak" pa dah tua. kalau dulu, pa banyak habiskan masa dgn bisnes kedai. tapi bila pa dah join pasar tani macam ni, sekurang-kurangnya petang pa dah ada masa free dgn family. pa boleh selalu pergi masjid, dekatkan diri dgn Allah".
kata2 ayah ak memang betul2 menusuk kalbu ak.
setiap kali ak teringat kata2 ayah ak, ak rasa sebak.

mungkin betul kata ayah ak. 
bila ada kedai, susah nak cuti.
nak pergi terawih satu keluarga pun jauh sekali.
kau cuti, kau rugi. 
bila ada kenduri-kendara, keluarga ak memang susah nak join sama sebab bahagian cashier hanya mak ayah ak je yg jaga.
kami tak harapkan pekerja yg lain.
nak makan sama2 pun susah. 
sorang ke hulu sorang ke hilir.
masa berkualiti dgn keluarga tu memang kurang.

alhamdulillah sekarang kami sekeluarga dapat spend masa bersama-sama.
mak ak pun dah kembali jadi housewife. itupun boring katanya sebab anak2 semua dah besar panjang.
*ma tunggu cucu ke ma? haha.
kami dapat pergi pantai, berhibur dgn kucing, pergi masjid sama2, dapat ziarah sepupu sepapat ayah ak.
*dah besar panjang baru nak kenal sepupu sepapat belah ayah ak. semuanya muka sepesen: muka cina. kuat betul genetik cina mendominasi genetik belah ayah ak.

ayah ak pun nampak happy bila dah join pasar tani.
ramai jugak kenalan yg dia dapat.
baja yg ayah ak jual ni memang berkualiti.
sampaikan ada customer datang rumah nak beli baja.
pokok mulberry ak yg hampir2 nak mati, terus hidup sampai sekarang lepas ayah ak letak baja dia.
setiap kali berbuah, ayah ak lah yg selalu mengutipnya.
*patotlah beria ayah ak suruh sambung genetik tumbuhan. tp ak lebih minat genetik manusia. ak curious dgn sedara mara belah ayah ak. apesal lah semuanya muka cina. nak kata kawen sepupu takdepun. genetik tu macam tak berkembang. 

alhamdulillah jatuh bangun kami takdelah sampai kena ikat perut nak makan nasi.
Allah sentiasa ada jalan untuk hambaNya.
semua ujian yg Allah bagi ni telah menunjukkan bahawa rezeki yg kita dapat bukan milik kita tapi itu semua milik Allah yg abadi. 
jadi jangan kedekut utk membantu insan yg lebih memerlukan.
kerana mereka pun berhak utk merasa rezeki kurniaan Allah.

alhamdulillah ayah ak pun dah boleh merasa duit kwsp dia lepas penat lelah dia zaman muda dulu2.
syukur ya Allah. alhamdulillah.
kalau nak hidup sentiasa dipermudahkan Allah, cuba amalkan baca al-fatihah dgn surah 3 qul setiap kali lepas solat subuh dan asar. tak rugi cuba. selamat beramal :)


*so lepas ni jangan nak mengada kata ak ni perempuan high standard ye awak. nak ajak ak makan warung pun ak on je :P


4 comments:

koehzzz said...

ABE stand for?inspirational btul la cite kau ni.suke dgar cite psal kluarga bhagia mcm fmili kau ni.jtuh bgun sume same2.

*boleh tgok infection virus aku ek..hehe

budak kecik said...

ABE tu nama manja adik ak yg si abe tu. ayah ak syg sgt abe tu sbb masa tu satu2 anak lelaki dia sblum adib lahir. hehe

koehzzz said...

oo..mcm tu..tu la kau..dlu xnak mengampu ayah kau.klo x da jd legend name kau..hahaha

budak kecik said...

hahaha takde maknanya. nama ak dh terlalu common. abe tu special sikit. kalau kau nak taw, adk ak si abe tu pun femes kat kg tu. hahaha. ktorg still pergi lembah sireh tu smpai skrg sbb ada umah mkcik ak kat situ. so ktorg still brtanya khabar dgn org2 kg kat situ.