Sunday, July 7, 2013

the red warriors punya pasal.


semalam ak bawak adik ak, zura pergi uptown.
alang-alang weekend dia datang tidur rumah ak kat danau kota.
jalan kaki je pun dari rumah ak.

uptown paling best kalau nak cari jersi.
kat situ banyak pilihan dan harganya sangat lah berpatutan.
siapa kata ak tak suka pakai jersi?
ak paling suka beli jersi saiz XL.
ak suka yang cutting lelaki sebab besar.
kalau pakai pun takde lah fit melekat ke badan macam sarung nangka.
cuba bayang ak yang pakai saiz M tiba-tiba ak sarung baju saiz XL.
memang tenggelam habis. ngahaha.
kadang2 jersi adik laki ak pun ak rembat. kihkih.

okay lepas tu semalam, kawan ak ternampak clearance stock jersi TRW.
murah baii.
ak sesaje lah belek2 jersi tu, pakcik penjual tu pun excited je promote jersi dia.
yang kawan ak ni budak johor, dia saje je tanya pakcik tu, jersi harimau selatan ada tak.
sekali pakcik tu jawab takde. lepas tu terus pusing pergi tempat lain.
penyokong kuat TRW gamaknya. hahaha.
saya pun kelantanase jugak pakcik tapi takde lah taksub sangat dengan TRW.

lepas tu, ak terdengar sorang budak ni pujuk abang dia suruh beli jersi TRW.
katanya, "abang, beli jersi TRW lah. kan kelantan menang hari tu."
si abang buat bolayan je.
siannya adik.
takpe dik.
cubalah pergi gebang kuat sikit pasal kelantan dengan pakcik jual jersi tu.
untung-untung dapat free terus. hihi.






No comments: