Monday, July 22, 2013

rindu ajaib.



memang betullah kata dr fadzillah kamsah, "kalau perasaan rindu kita tu menjadi suatu perasaan yang ikhlas, akan ada gelombang yang akan dihantar tepat kepada manusia yang dirindui dan automatik dia pun akan rasa perasaan rindu yang sama".

dah banyak kali ak hadap pengalaman yang cenggini.
yang paling ajaib sekali bagi ak, masa ak kat matrik dulu, tetiba ak rasa rindu dengan kawan baik ak masa ak study kat mrsm.
lepas tu, dan dan kawan baik ak tu call.
terketar tangan ak nak menjawabnya sebab terkejut dia boleh call ak masa tu jugak.

dan lagi kalau perasaan rindu yang melibatkan keluarga kita terutama mak ayah ak.
asal rindu je, tetiba terus dapat panggilan daripada mereka.
mak ak lagi lah, macam tahu2 je kalau ak tengah sakit.
memang terbukti connection antara mak dengan anak sangat lah kuat sampaikan macam dapat rasa kalau anak dia tengah sakit.

dan banyak kali lah jugak kalau tetiba ak rasa rindu dengan sepupu ak, lepas tu dan dan dia call ak.
contoh, ak rasa macam saja nak mesej dia hari ni, tapi lepas tu terus dapat panggilan daripada dia.
tak menyempat ak nak mesej dia, dia yang call ak dulu.
haaa lagi bagus. jimat sikit kredit ak. kihkih.


*ikhlaskah perasaan rindu ak?


No comments: