Wednesday, July 31, 2013

Allah ya Rabbi.



berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
antara bisnes, suami dan anak-anak, dan mak yang tengah sakit.
tapi dia pilih mak dia sedangkan anak2 kecik dia pun demam.
dia bernasib baik sebab ada suami yang memahami dan penyabar dan sanggup jaga anak2 walaupun tanpa bantuan dari seorang isteri.
tiada harta yang bernilai selain daripada mak ayah.
jagalah mereka selagi mereka masih ada.

dan ada hikmah yang tersembunyi bila Allah gerakkan hati ak untuk bekerja sementara dengan sepupu ak.
sekurang-kurangnya ak boleh bantu sepupu ak handle butik dia, handle masalah tailor dia.
*nak dekat raya ni, tailor boleh pulak buat hal. ak sanggup berjaga malam teman dia siapkan tempahan tapi lain pulak yang jadi. nasib baik ada alternatif lain. kesimpulannya, plan b memang kena ada sekiranya plan a tidak berjaya.

dan bila terlibat dengan dunia bisnes batik ni, ak dapat pengajaran yang berguna: "rezeki kita memang di tangan Allah". noktah.
cuba bayang, dalam durasi masa satu jam, hampir dua ribu ringgit ak dapat.
sedangkan dalam satu hari pun belum tentu boleh dapat sampai beribu riban.
alhamdulillah.



jadikan Quran pendamping hidup kita.
supaya kita sentiasa sabar dengan ujianNya.
dan mulakan harimu dengan senyuman.
insyaAllah rezeki pun senang nak masuk.


*bersediakah anda untuk mengejar malam lailatul qadar?



1 comment:

Nurin Farhanah said...

itu sebab jadi usahawan ni sesuatu yang baik

sebab kena ada sikap bertawakal Allah yang istiqamah

good luck