Wednesday, July 31, 2013

Allah ya Rabbi.



berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
antara bisnes, suami dan anak-anak, dan mak yang tengah sakit.
tapi dia pilih mak dia sedangkan anak2 kecik dia pun demam.
dia bernasib baik sebab ada suami yang memahami dan penyabar dan sanggup jaga anak2 walaupun tanpa bantuan dari seorang isteri.
tiada harta yang bernilai selain daripada mak ayah.
jagalah mereka selagi mereka masih ada.

dan ada hikmah yang tersembunyi bila Allah gerakkan hati ak untuk bekerja sementara dengan sepupu ak.
sekurang-kurangnya ak boleh bantu sepupu ak handle butik dia, handle masalah tailor dia.
*nak dekat raya ni, tailor boleh pulak buat hal. ak sanggup berjaga malam teman dia siapkan tempahan tapi lain pulak yang jadi. nasib baik ada alternatif lain. kesimpulannya, plan b memang kena ada sekiranya plan a tidak berjaya.

dan bila terlibat dengan dunia bisnes batik ni, ak dapat pengajaran yang berguna: "rezeki kita memang di tangan Allah". noktah.
cuba bayang, dalam durasi masa satu jam, hampir dua ribu ringgit ak dapat.
sedangkan dalam satu hari pun belum tentu boleh dapat sampai beribu riban.
alhamdulillah.



jadikan Quran pendamping hidup kita.
supaya kita sentiasa sabar dengan ujianNya.
dan mulakan harimu dengan senyuman.
insyaAllah rezeki pun senang nak masuk.


*bersediakah anda untuk mengejar malam lailatul qadar?



Monday, July 22, 2013

rindu ajaib.



memang betullah kata dr fadzillah kamsah, "kalau perasaan rindu kita tu menjadi suatu perasaan yang ikhlas, akan ada gelombang yang akan dihantar tepat kepada manusia yang dirindui dan automatik dia pun akan rasa perasaan rindu yang sama".

dah banyak kali ak hadap pengalaman yang cenggini.
yang paling ajaib sekali bagi ak, masa ak kat matrik dulu, tetiba ak rasa rindu dengan kawan baik ak masa ak study kat mrsm.
lepas tu, dan dan kawan baik ak tu call.
terketar tangan ak nak menjawabnya sebab terkejut dia boleh call ak masa tu jugak.

dan lagi kalau perasaan rindu yang melibatkan keluarga kita terutama mak ayah ak.
asal rindu je, tetiba terus dapat panggilan daripada mereka.
mak ak lagi lah, macam tahu2 je kalau ak tengah sakit.
memang terbukti connection antara mak dengan anak sangat lah kuat sampaikan macam dapat rasa kalau anak dia tengah sakit.

dan banyak kali lah jugak kalau tetiba ak rasa rindu dengan sepupu ak, lepas tu dan dan dia call ak.
contoh, ak rasa macam saja nak mesej dia hari ni, tapi lepas tu terus dapat panggilan daripada dia.
tak menyempat ak nak mesej dia, dia yang call ak dulu.
haaa lagi bagus. jimat sikit kredit ak. kihkih.


*ikhlaskah perasaan rindu ak?


Sunday, July 7, 2013

the red warriors punya pasal.


semalam ak bawak adik ak, zura pergi uptown.
alang-alang weekend dia datang tidur rumah ak kat danau kota.
jalan kaki je pun dari rumah ak.

uptown paling best kalau nak cari jersi.
kat situ banyak pilihan dan harganya sangat lah berpatutan.
siapa kata ak tak suka pakai jersi?
ak paling suka beli jersi saiz XL.
ak suka yang cutting lelaki sebab besar.
kalau pakai pun takde lah fit melekat ke badan macam sarung nangka.
cuba bayang ak yang pakai saiz M tiba-tiba ak sarung baju saiz XL.
memang tenggelam habis. ngahaha.
kadang2 jersi adik laki ak pun ak rembat. kihkih.

okay lepas tu semalam, kawan ak ternampak clearance stock jersi TRW.
murah baii.
ak sesaje lah belek2 jersi tu, pakcik penjual tu pun excited je promote jersi dia.
yang kawan ak ni budak johor, dia saje je tanya pakcik tu, jersi harimau selatan ada tak.
sekali pakcik tu jawab takde. lepas tu terus pusing pergi tempat lain.
penyokong kuat TRW gamaknya. hahaha.
saya pun kelantanase jugak pakcik tapi takde lah taksub sangat dengan TRW.

lepas tu, ak terdengar sorang budak ni pujuk abang dia suruh beli jersi TRW.
katanya, "abang, beli jersi TRW lah. kan kelantan menang hari tu."
si abang buat bolayan je.
siannya adik.
takpe dik.
cubalah pergi gebang kuat sikit pasal kelantan dengan pakcik jual jersi tu.
untung-untung dapat free terus. hihi.






Wednesday, July 3, 2013

abang shah ke kak ila?


nak masuk mandi pun kemain check dua tiga kali pintu toilet tu berkunci ke tidak.
amboi "abang shah".
jangan bimbang.
saya pun takde gamak nak pergi intai awak mandi.
barang kita sama je even gaya awak persis lelaki tapi awak tetap ada nasi lemak lima puluh sen.
no doubt.

abang shah lah sangat.
ni nanti kalau ak ada terjumpa dia lepak kat mamak sekitar pv10,pv12 ada jugak ak tersasul panggil dia kak ila. haha

*abang shah- housemate tomboy ak. nama dia shahilla. kemain sedap nama dia. tapi sayang, gaya memang seratus peratus lelaki.

Monday, July 1, 2013

kepong village, saya datang terjah!



segala puji bagi Allah atas segala kemudahan urusan yang Allah berikan untuk kami.
penghujung Jun dan permulaan Julai yang baik. alhamdulillah.

kalau ak jenis tak mesra alam dan jenis yang mudah menyerah kalah, memang langsung tak jumpa bilik kosong untuk adik ak kat kepong.
adik ak patut beryukur sebab dapat kakak yang jenis tak malu bertanya.
betullah orang kata, kalau malu bertanya, nanti sesat jalan.
ak nak tambah lagi, kalau malu bertanya, nanti kita jugak yang akan rugi.

...dan hari ni ak betul2 dapat rasa, susah senang kita Allah sentiasa bersama dengan kita :')
tapi kita manusia yang hina ni, ada ke kita ingat Allah masa kita senang?
cuba kita renungkan.

dan ya. hati kita memang Allah sentiasa jaga kalau kita sentiasa ingat Dia.


***
dalam banyak2 manusia, Allah gerakkan hati ak untuk tegur manusia yang bernama Asha depan lif apartment manjalara.
sekali tanya, alhamdulillah terus dapat rumah sewa untuk adik ak.
Allah temukan ak dengan orang yang betul pada masa yang betul. alhamdulillah.



*zura, selamat berpraktikal dan selamat menyesuaikan diri di tempat yang baru, lebih spesifik kepong village.
kalau kita sentiasa baik dengan orang, insyaAllah Allah akan temukan kita dengan orang yang baik.