Saturday, June 15, 2013

perempuan persis lelaki.


jujurnya, ak tak pernah kawan dengan tomboy yang memang seratus peratus menyerupai lelaki.
setakat kawan perempuan yang perangai kasar macam lelaki tu adalah.

nah sekarang, rumah baru ak ni ada tomboy yang memang seratus peratus sebijik gaya lelaki.
tempat laundry penuh dengan short pants lelaki. kasut semuanya kasut lelaki. rumah pun semerbak bau perfume lelaki.
paling malang, dalam rumah sewa ak yang baru ni, hanya ak dengan dia je yang tinggal!
pehhh, ak tak tahu macam mana nak berdepan dengan tomboyish macam ni.
paling takut, masa keluar daripada bilik air.
nasib baik, bilik air betul2 depan bilik ak.
apalagi, lepas mandi, ak terus pecut masuk dalam bilik.
takut weh serumah dengan tomboyish macam ni.
rasa macam serumah dengan lelaki T_____T

cuba bayang, selama 3 hari ak pindah masuk rumah ni, sekali pun tak pernah terserempak dengan dia.
masing-masing suka berkurung dalam bilik.
tambah pulak, ak baru nak tidur, dia baru nak keluar.
ak bangun tidur, dia baru balik rumah. serius macam kelawar.
ak yang pakai baju kelawar pun, tak pernah perangai kelawar macam ni.
ak hanya dengar pintu bilik dia terbuka, dengar dia masuk bilik air. itu pun pukul 3,4 pagi.
ak tahu dia tomboy pun sebab penyewa rumah yang sebelum ni yang bagitahu.
dia cakap, tomboy ni tak pernah lah pulak buat perangai gila. dia jenis buat hal dia sendiri je.
so, lega lah sikit ak.

tapi apa yang ak paling suka pasal dia ialah dia seorang yang pembersih.
bilik air, dapur, tempat laundry semuanya kemas.

dan disebabkan tahap curiosity ak sangat lah tinggi, macam kucing.
ak nak jugak terserempak dengan dia sekali.
so hari ni lepas maghrib, ak duduk je kat meja makan ruang tamu ni sambil layan movie.
tup tup, dia keluar bilik!

"alahai comelnya tomboy nih"- first impression ak.
kecik macam ak jugak. ngeee.
kasut sukan dia kemain gedabak besar macam saiz lelaki.
ak dah bayang, "oo dia ni tinggi jugak kot".
sekali, ambik kau. kecik. comel pulak tuh dengan hair cut dia.
rambut dia memang terpacak habis lah uolls. hahaha.


*sepupu ak pesan, jangan sampai kena tangkap khalwat sudah. alah, kalau pencegah maksiat datang, suruh je lah dorang raba nasi lemak 50 sen dia tu. apa susah?





6 comments:

hana hadi said...

kenapa tomboy kebanyakannya muka cute.. hehe bestnya kawan dengan tomboy ni sebab diorang xemo2 xmacam perempuan lain. skit2 merajuk, sensitif. hehehe

perbersih tu pun hana suka.. sangat2 bagus

koehzzz said...

bile nak ice breaking nye?hehe nme die ape?nk tgok gmba skali boleh?haha
*1 gmbr aku bg 10hengget..hehe

budak kecik said...

hana hadi: taw takpe. org kata, kebanyakan tomboy "hensem". haha. pastu dorang suka ikut kepala dia je. easy-going lah org kata.

encik anon: takdenya nak ice breaking. dia tu asyik berkurung dlm bilik 24 jam. bosan lah mcm ni. amboi nak tgk gmbr pulok. takde2. bg dulu gmbr baby tu, bru adil dan saksama :P

koehzzz said...

klau mcm tu.kau je la yg msuk blik die.smbil bwak kek batik.spe nk tolak kek batik kau.haha
kejadah ape aku nk wat ngan gmbar die.haha sabor ek.mggu dpan aku blik uma.bya aku tgok puas2 dlu.pastu bru kau bleh tgok.

budak kecik said...

haha. ak pun kejadah ape tetiba nak snap gambar dia pastu bagi kat kau? baik ak pass kat kwn ak yg lesbian. hahaha

ok ak tunggu gmbr baby kesayangan kau tu.

Nurin Farhanah said...

kawan perempuan yang berperangai kasar

*uhuk*

aku selalu dengar orang tomboi ni, comel orangnya, pembersih orangnya

ingat, tomboi tak semestinya pengkid
tapi, berjaga-jagalah sikit, ye

take care ^^