Wednesday, June 19, 2013

janji yang dicapati.



ak dah spend masa ak untuk interview manusia yang berminat untuk kerja butik tapi haram jadah tak nampak kelibat dia.
apa yang korang rasa kalau korang kat tempat ak?
rasa macam nak mencarut pun ada!
tapi takpe. ni baru first time ak jadi wakil interviewer.
sudahnya ak bawak diri ke restoran periuk belanga.
tahu tak bila stress ni, rasa lapar tu boleh sampai tahap kemuncak yang paling ekstrem.
nasib baik nasi goreng seafood dia sedap.

***
janji pukul 12 tengahari.
okay fine, pukul 11.15 ak dah tercongok kat butik.
tunggu punya tunggu, sampai pukul 12.40 tengahari, ak give up menunggu.

orang nak bagi kerja, tapi boleh pulak buat hal macam ni.
at least, kol lah cakap sebab tak boleh datang.
ni manners kau mana?
campak dalam tong sampah?
kalau dah macam ni sikap kau, memang takde harapan lah kau nak jadi orang yang berjaya.
nak makan gaji pun kau dah boleh buat hal macam ni, memang tak ke manalah kalau ada niat nak run bisnes sendiri.
sekali orang dah hilang kepercayaan diri dengan kau, jangan harap kau nak menagih simpati buat kesekian kali.

pengajaran buat ak yang mungkin juga salah seorang calon interview.
"jangan buat interviewer tercongok menunggu kehadiran kita".
rasa dia macam sampah, rasa macam peluang yang tak dihargai.
kalau dah macam ni rasanya, jangan harap orang nak bagi peluang kerja kat kau.

tolonglah manusia.
hargai masa dan peluang yang ada.
kalau dah berjanji, tolong berusaha untuk menepati janji.
jangan jadi orang yang "capati" janji.
siapa suka orang yang jenis mungkiri janji?
korang suka ke??
kalau ada yang suka tu, boleh lah buat page fb  "manusia yang capati janji".
pastu berjemaah like kan.
kalau tanya ak, memang harapan je lah nak suruh ak like page ni.

*kalau rasa tak boleh buat, jangan berjanji.
senang cerita.



2 comments:

hidayah said...

aku nak apply kerja kat tempat butik tu boleh x??? heheeee

budak kecik said...

serius?? bak resume. hehe. kwn ak pun ada yg nak join sekali awal bulan 7 ni. sales tengah nak up wehh. maklum lah, raya dh nak dekat.