Saturday, May 4, 2013

luaskan pemandangan dulu sebelum pulang mengundi.



on the way balik kampung untuk mengundi, jalan-jalan cari pantai sat ;))


pantai pertama: pantai kemasik, kemaman, terengganu.


 penemuan dugong-dugong gojes atas batu pantai kemasik. sebarkan. bhahahha.



ak dengan nana, ibu paling gojes tahun 2013. kihkih
keluar dengan nana memang wajib cari kedai makan. katanya dia pantang tengok orang kurus. 
habislah ak -____________-




 anak-anak buah ak yang super duper comel  t(-_-)t



 kaki lima pasar payang, kuala terengganu.
ibu gojes ni memang kaki shopping. hihi.



pantai kedua: pantai batu rakit.
kat situ ada warung seafood pok nong yang sangat terkenal.
letak seafood yang baru siap dimasak, tak sampai lima minit pun terus lesap direbut oleh orang ramai.
nak makan kat situ, memang kena ganas macam ikan pirana.
kalau tak, kau tunggu lah kat situ sampai ke malam. serius.
korang yang ada plan nak bercuti ke terengganu, wajib serbu warung pok nong. wajib!
kalau tak tahu jalan, boleh tanya ak. ngee.



angry bird, kasut zahra-zafran-harith, alat binaan istana. 
permainan masak-masak pun ada kot! haha.
si zafran ni pantang betul nampak permainan masak-masak. ish3.




kat pantai pun nak gwiyomi jugak ke rara? 
buat gwiyomi dengan bobo, memang nak kena baling selipar dengan ak. heh.




sepupu pertama yang paling rapat, fiq vertigo. jumpa pantai terus hilang demam dia. hihi.




sepupu kedua yang paling rapat, syuhada. dah setahun ak tak jumpa dia oii.
dia dah jadi timbalan mpp utem, mana ak nak jumpa dia.
sibok ke sana sini mengalahkan menteri. hehe.
soalan pertama yang dia tanya ak, "orang perak tu belah mana?"
amboi tak menyempat betey. haha.



semua teruja nak bergambar dengan retis paling busy.
tengok. nak bergambar pun, ada orang contact dia lagi.
nampak tak tahap kesibukan dia, mamaku. haha.



lepas siap main pantai, sambung main masak-masak kat tepi wakaf pulak. 
sibuk betul jadi kanak-kanak riang nih.



dan ini, cinta hati saya!
pa&ma ;)



lepas maghrib baru bertolak balik kelantan.
sepanjang jalan, penuh dengan kereta konvoi.
okayy gua teruja dengan suasana ini!

mari kita mengundi!
ini kalilah!




No comments: