Monday, March 25, 2013

your mind is too narrow. seriously.



sejak dah pandai pakai blackberak eh silap blackberry ni, ak dah malas nak online pakai lappy.
(lagi tepat, blackberry adik ak sebenarnya. terima kasih adikku. sayang abe lebih. mmuahhhhh!)
tapi yang sebenarnya lappy ak ditinggalkan kat kelantan. malas nak angkut.
bila nak siapkan esaimen, mula meraban pinjam lappy nana. jasa lappy nana dikenang! hihi.

alkisahnya dekat kawasan perumahan pantai permai ni ada wifi orange yang boleh dibeli secara harian, mingguan, dan bulanan.
jadi, bila ak nak siapkan esaimen, ak cuba beli yang harian je, rm2.
kiranya boleh pakai 24 jam lah.
yang bestnya, dia siap buat delivery sampai depan pintu rumah ak.
setiap kali nak beli, terus mesej mr abang tu (nama glamor tak boleh blah betul. bhahaha).
lepas tu, mesti dah tercongok kat depan pintu rumah untuk pass nombor kod dan password. dan ambik duit sekali.

yang tak bestnya, mr abang tu dah mula tanya soalan yang bersifat peribadi.
masa mula-mula ak sms nak beli, dia ok lagi.
lepas 2,3 kali ak beli dengan dia kot, ak dah rasa pelik dengan dia.
haaa bila dia dah tanya soalan yang takde kaitan langsung dengan internet delivery, memang tak lah ak nak layan.
tapi bila ak dah tak layan, dia ignore je mesej ak bila ak sms dia nak beli internet daily.
kiranya taktik balas dendam lah ni ek?
ke dia malu sendiri dengan ak?
mr abang ni agak-agak lah.
jangan babitkan urusan peribadi dengan dunia bisnes internet boleh?
jangan jadi manusia yang terlalu narrow-minded.
payah nanti hidup kau.


*21 Mac ulang tahun kelahiran pa. 25 Mac ulang tahun kelahiran adik tembam ak, adib dan juga sepupu ak yang gojes, cik fiq vertigo a.k.a. bidadari besi. semoga kalian sentiasa dilimpahi dengan rahmat dariNya. amin. birthday ak pun dah tak lama dah. hihi. boleh lah tuntut hadiah dengan "dia" kan. ehem! tu pun kalau dia ingat.kalau.. :P




Monday, March 18, 2013

mother's weekend (:



mother's weekend?
perkataan ini memang mampu bikin kontroversi.
pagi-pagi lagi dah kena serang dengan soalan "are you married?" oleh sorang junior dengan mata yang membulat.
alahai comel betul si ameertha nih!

tapi betul lah.
bila tiap-tiap minggu ulang alik pergi gombak, jumpa anak-anak sepupu ak yang comel-comel, seriously rasa macam mother's weekend.

kadang-kadang, bila sepupu ak, nana pergi kerja. dia tinggal anak-anak dia zafran dengan zahra yang masing-masing umur 3 tahun dengan 2 tahun kat ak.
jadi, ak lah yang buat susu dorang.
ak lah yang suapkan nasi untuk dorang.
ak lah yang mandikan dorang.
ak lah yang layan dorang main.
pernah sekali, ak migrain. ak tidur je lah, biar dorang main mainan dorang.
bila ak bangun, tengok zafran dah tidur sebelah ak. zahra pulak tidur sebelah zafran. comel betul budak berdua nih.

memang penat jaga anak-anak yang jarak setahun dua.
bila ak layan sorang main, yang sorang lagi jeles.
yang bestnya, zahra si kecik tu pun dah pandai buli ak ye.
dia datang dekat ak, dengan jalan terkedek-kedek, pappp dia pukul peha ak. lepas tu, dia gelak. haha.
dan paling best, abang dia si zafran sangat bijak.
ak suka ajar dia abc atau 123 sebab dia memang cepat pick up.
bila ak bukak channel baby tv ke, ak suka soal dia nombor apa, huruf apa.
memang laju dia jawab.
dia memang rajin bukak buku dia. bila ak yang tukang melayan, lagi dia suka.

zafran ni sangat suka dengan klcc.
kalau naik kereta dengan dia, mesti dia akan cari klcc.
pernah satu hari tu, ayah dia tengah study (student PJJ), zafran suruh ayah dia lukis gambar klcc pakai baju tidur. haha. sabo je lah abang mizan ye. hihi.


*sepupu zafran, mohd harith iskandar dah mula nak berkepit 24 jam dengan mama dia selepas mama dia dah semakin pulih. alhamdulillah. harith pun sangat gemar dengan klcc. katanya, kl syeksyii! hewhew.






Tuesday, March 12, 2013

air mata berterabur entah ke mana-mana.



sumpah kelakar lawak ke der 2!!
kalau boleh terguling dalam panggung wayang tu, dah lama ak terguling rasanya.
yang pakai gigi palsu pun boleh tercabut rasanya. haha.

paling superb, part harith iskander.
lawak dia memang berilmiah habis. dan sangat sarkastik.
memang cukup kaw-kaw sarkastik dia.


*terima kasih farah sebab belanja kami berlima untuk movie lawak ke der 2 ;)
tidur satu malam dengan korang mana pernah cukup. lagi-lagi bila dah lama tak jumpa. banyak cerita yang diperam, dah boleh jadi ikan pekasam kot. insyaAllah next time kita cuba kumpul semua bebudak ni. backpack ke cherating mungkin?ak teruja dengan pantai dia sebenarnya.

Monday, March 4, 2013

hati tersentuh dengan kuniaan Allah.



alhamdulillah dari hari ke hari Allah temukan ak dengan pelbagai manusia yang dapat memberi sejuta kebaikan untuk diri ak.
walaupun ada sesetengah yang hanya datang singgah seperti angin, tapi banyak benda yang ak dapat.
inilah dikatakan belajar daripada pengalaman hidup manusia lain.
jangan jadi seperti katak di bawah tempurung.


*housemate ak si nikki, pelajar daripada rusia sanggup buatkan ak teh panas bila dia dengar batuk ak makin teruk.
ya Allah, baiknya dia. walaupun kami berbeza bangsa, malah berbeza negara, tapi dia cukup mengambil berat pasal kesihatan ak. dan housemate ak yang lain, pelajar daripada indonesia pun cukup baik dengan ak. dia layan ak macam adik dia. huwaaa nak menangis boleh?

syukur ya Allah kerana Engkau temukan ak dengan manusia yang berhati mulia :')