Monday, February 4, 2013

pasangan garang dengan manja. tomei-tomei!



alkisahnya pada suatu pagi yang bening.. *ceh gaya macam nak buat karangan spm uolls.
okay tak payah nak skema bagai. 
sebenarnya ak nak kongsi kisah kucing jantan (zombi) dan kucing betina (xixi) ak. 

selalunya, lepas subuh 2 ekor kucing intan payung ak ni dah tercongok depan pintu rumah.
tapi minggu lepas, pagi subuh tu zombi dan xixi takde depan pintu!
ak ketuk-ketuk tin friskies pun, takde respon.
selalunya kalau bunyi tin friskies, memang dorang akan berlari tak hengat dunia.
*ingatkan iklan friskies tu propa je. tapi memang kenyataan!

pukul 8 pagi pun, masih tak nampak bayang.
selalunya dalam pukul 8 pagi, dorang mesti dok bergolek-golek depan halaman rumah.
memang tak senang duduk ak pagi tu.

dalam pukul 8.30 pagi kot, ak cuba ketuk tin friskies lagi sekali.
lepas tu, ternampak lah kelibat zombi berlari.
tapi zombi je yang ade. xixi takde.
lepas ak bagi zombi makan friskies, ak tak puas hati.
lagi sekali, ak ketuk tin friskies.
lepas tu, nampak kelibat xixi berlari dari arah padang sana.
mak aihh jauhnya dia melencong. sampai ke tengah padang, tempat lembu dok meragut rumput kot.

yang lawaknya, dia dok mengiau kat tepi padang tu macam gaya mintak tolong.
si zombi yang tengah makan, bila dengar xixi mengiau terus berhenti makan.
dia pun pergi kat tempat xixi mengiau *dorang terpisah dengan pagar tepi rumah.
ak dengan mak ak dah terkekek-kekek tengok gaya dorang. hahaha.
si zombi pulak pusing kiri kanan, macam tengah cari idea macam mana nak bawak masuk xixi.
alih-alih zombi lari pulak.

korang tahu zombi pergi mana?
zombi pergi keluar padang tempat xixi mengiau!
zombi pergi jilat-jilat xixi. lepas tu, dia berlari.
bila xixi nampak zombi lari, xixi pun ikut lah sama.

ok lepas tu baru ak paham.
zombi pergi jemput xixi balik sebab xixi tak tahu jalan nak masuk. hahaha.
lepas tu, baru terkedek-kedek xixi datang kat ak. mintak friskies. 
haih kucing betina ak nih.
pandai keluar tapi tak pandai nak masuk pulak.



yang sekor baran. yang sekor lagi jenis manja. perfecto!


petang tu, zombi pun dah berani ikut xixi main kat padang tepi rumah.
*ni mesti xixi yang pujuk zombi ajak dia main kat sana.
dorang dok berlari-lari sakan kat atas rumput.
kau kejar ak, ak kejar kau. haaa macam tu lah gayanya. *konon bollywood stail ke macam mane.
patot lah xixi tu selalu bawak balik pacat. sekarang ak dah paham.

bila kucing membesar depan mata kita, kita boleh tahu macam mana perangai kucing kita :)
kalau kucing ak, si zombi dia agak cerdik berbanding dengan xixi.
contohnya macam ak kata tadi lah, dia ade idea macam mana nak bawak xixi pulang setelah tak jumpa jalan masuk. haha.
zombi ni garang. ade masa dia , ak boleh gosok-gosok kepala dia sampai dia tertidur.
tapi ade masa yang ak langsung tak boleh sentuh dia.
memang susah lah kalau ak nak buli zombi macam ak buli xixi.
silap haribulan, dia gigit kot! huhu.
dan zombi jenis cemburu sikit. hehe.
kalau ak gosok-gosok kepala xixi, mata dia mesti jeling tengok ak.
lepas tu, konon buat-buat tidur *eleh ingat ak tak nampak ke. hihi.

tapi kalau kucing betina ak, xixi dia terlebih manja!
kalau ak gosok-gosok kepala dia, konfem dia akan terlentok sampai ternganga. hahha.
lepas tu, dia suka sangat jilat orang. *dah macam anjing pulak ak rasa.
contoh kalau ak tengah tengok tv, ak ambik dia letak atas riba. mesti dia panjat-panjat cari leher ak nak jilat.
haaa memang tak lah ak nak bagi dia jilat. geli geleman kot.
kalau adik laki ak tidur tak pakai baju, mula lah aktiviti memanjat dia, gigih nak pergi jilat tetek adik ak. haha
*ke lagi sesuai perkataan gatal untuk xixi nih? kehkeh.
dan xixi ni sangat lah lurus bendul.
contohnya kalau ak tarik ekor dia ke, tarik telinga dia ke, dia buat bodoh je.
takdenya dia nak mengiau ke. nak gigit ak ke. takde. dia memang bendul. haha.
lagi satu, xixi ni segala benda dia telan.
contohnya kalau ak tengah minum air barli, mula lah terhegeh datang kat ak mintak untuk disuap.
memang sampai habis air barli ak dia minum.
paling best, dia sangat gila biskut famous amos ak. dia makan biskut macam dia makan friskies. haha.

kucing memang special.
susah nak cakap macam mana special dia.
tapi kalau korang bela kucing, korang tahu lah kan ;)



*ade satu hari tu, bila ak peluk cium xixi, badan dia ade bau lembu! dia kawan dengan lembu ke macam mane? jangan kata, dia jilat lembu, lepas tu lembu jilat dia balik semula. haaaaaaaaaaaaaa







2 comments:

koehzzz said...

konklusinye.ko kne jilat ngan lembu!haha
dorg men pgang2 ni da kawen ke blom?ke blom ckup umo lg?hehe

budak kecik said...

haaa kucing lembu jilat ak lah. haha
eh dorang dah besar pnjang kot. dh kawen dh pun. xixi tengah pregnant! alahai comel betul xixi mak boyot jalan catwalk dgn perut dia yg memboyot. hahaha