Friday, February 1, 2013

buang ego ke laut!



sebenarnya dah banyak cerita pedoman terutama pasal anak derhaka yang disiarkan melalui stesen televisyen contohnya channel oasis, tanah kubur.
lagi contoh maharajalawak mega 2012 kat terengganu.
lebih spesifik, zizang dalam rancangannya "sama tapi bukang dia".
kan zizang ade bercerita pasal cerita rakyat. satu yang bertajuk "batu belah batu bertangkup" dengan satu lagi "si tanggang".

tipu lah kalau ak kata ak seorang anak yang menurut segala perintah ibubapa.
tak. kadang2 ade masa ak rasa ak perlu bangkang, ak bangkang.
ade masa ak rasa ak perlu ikut, ak patuh menurut perintah yang arif.

jujurnya, ak lagi rapat dengan mak ak berbanding dengan ayah ak yang agak pendiam.
dan kalau nak bandingkan ak dengan adik perempuan ak,si zura tu. ak yang paling rapat dengan mak ak.
zura pendiam orangnya. sebab tu mak ak lagi suka borak dengan ak dan lagi satu ak suka usik mak ak.
selagi mak ak tak kata "huk alohhh" selagi tu ak akan berterusan mengusik mak ak.
okay ini memang Nur Asyikin Aminuddin. hihi.

daripada pandangan lelaki, air mata perempuan merupakan senjata utama mereka.
daripada pandangan ak sebagai seorang anak, air mata seorang ibu merupakan senjata utama dia.
ak tak paham dengan manusia yang bersifat keras kepala dengan mak dia.
kau mampu tengok air mata mak kau menitik disebabkan kau? mampu?
ya Allah ak tak mampu.
ak cukup takut kalau ak mati dalam keadaan yang derhaka dengan mak.

cuba bayang, kalau mak kita tak sempat nak maafkan kita?
bahagia ke hidup kita?
boleh ke kita cium bau syurga?
selamat ke kita dunia akhirat?
kau kalau menyesal menangis sampai keluar air mata darah sekalipun, kau ingat mak kau boleh kembali ke alam dunia lagi ke?

mak kita perempuan.
hati dia lembut. sangat lembut.
kadang-kadang, mungkin kita tak sedar ade perilaku kita yang membuatkan mak kita kecik hati dengan kita.
jadi tak payah lah nak buat keras hati dengan mak kita.
bukannya payah pun nak keluarkan perkataan maaf daripada bibir kita.
yang payah tu sebab ego!
tolong lah ketepikan ego kau tu.
tak payah lah kau nak tunggu bulan syawal baru nak bermaaf-maafan zahir batin.
itu pun kalau kau sempat. kalau tak sempat?
fikir-fikirkan lah...


*PRU13 dah makin hampir. banyak lah pulak benda yang nak dipolitikkan. kelantan huk alohh pun dah makin femes haaa.






3 comments:

Liyaa Mf said...

Erk! Terasa baca entry ni. Admit kadang2 kita terlepas kata & terlepas laku kat mak. Kan? So far benda kecik2 la takde yg besar2 lg kut.

Psl mintak maaf tu kdg tgk situation jugak. Maksudnya, camne relationship kita ngan mak, ayah. Sebenarnya takde masalah pun. Tapi ada femely yg practice mintak2 maaf ni. Ada femely lak jenis tak biasa. Tapi apa2 kecik hati jenis takde simpan la. Terasa kejap je pastu berbaek la semula. Dah berbaek tu kira dah mintak maap la tu. Hihihi

I'm Just Who I am.. said...

Agreed. :)

budak kecik said...

Liyaa Mf: kann. hehe. tp kdg2 mak sy boleh jd sebak disebabkan pekataan maaf yg dtg dri mulut sy. betapa mahalnya perkataan maaf tu :')

i'm just who i am: sekarang dh byk si tanggang moden. si tanggang generasi Y!