Saturday, February 9, 2013

empati alam berumahtangga.



si lelaki cemburu buta tak hengat dunia.
sampaikan isteri pun dikongkong.
tak boleh kerja, tak boleh keluar jumpa kawan bla, bla, dan bla lagi.

lepas dua tahun dorang kawen, baru semalam dia cerita kat ak.
bila ak dengar kisah asam geram alam perkahwinan dorang, ak dah agak benda ni memang akan jadi.
ak kenal suami dia dari kecik lagi.
kami sepupu yang hampir sebaya. dia tua 2 tahun je dari ak.
kami sama-sama membesar. memang dah masak ranum dengan perangai dia. 
cuma yang pelik, perangai crocodile dia semakin menjadi-jadi lepas kawen. ape tu?
setahu ak, masa zaman sekolah dulu takdelah pulak perangai crocodile dia timbul.
tapi baru sekarang, perangai crocodile dia nak timbul.
recessive gene ke hape?








sepupu ak dah kawen hampir dua tahun.
tapi tahun ni baru nak dapat anak.
family planning katanya.
lepas kewangan dah stabil, baru berniat nak tambah bilangan ahli keluarga katanya.
*bijak jugak planning dia. lepas tu, ade niat nak tambah satu lagi ke macam mane? rasa macam nak basuh je sepupu ak yang sorang ni. tapi dia bukan budak kecik macam dulu-dulu, zaman ak boleh sound direct je kat muka dia. sekarang, "talk to the hand" je lah.

tapi sayang, baru nak masuk 3 bulan, isteri dia keguguran.
isteri dia kata, mungkin disebabkan dia stress.
dan mungkin bukan rezeki dorang lagi.
mana lah tahu kot Allah nak bagi terus kembar, haaa terus dapat double.
siapa tahu kan?

cuma satu je yang ak pesan kat isteri dia, supaya sabar.
ak tahu sepupu ak ni kalau dia dah sayang, memang gila-gila dia sayang.
mungkin sebab sepupu ak ni muda lagi. 
lepas tu, anak pun takde lagi.
mungkin dia belum sepenuhnya dapat terima hakikat yang dia ni dah beristeri.

memang ak belum kawen.
tapi ak pun perempuan.
ak paham perasaan dia. empati orang kata.
cuba bayang, kalau suami kita mengongkong kita gila-gila tapi belakang kita, dia cari pasal dengan perempuan lain. 
bagaikan api kena jirus dengan air tahu.
kalau kau nak mengongkong tapi kau seorang yang setia, ak tak kesah.
tapi dah kalau perangai pun serupa crocodile, tak payah nak bermimpi lah nak guna kuasa diktator kau. 
berangan pun toksahhh



*kalau dah jemu dengan isteri, mengaku je lah. tak susah mana pun nak keluarkan berlian daripada mulut. lebih baik berterus terang je. lepas tu, nasib lah nak kena baling dengan pedang ke, lesung batu ke, bantal ke. tapi jujur ak kata, kalau suami nak curang sekali pun, lebih baik berterus-terang je. kalau isteri tahu daripada pihak ketiga, lagi parah nasib suami. 





Monday, February 4, 2013

pasangan garang dengan manja. tomei-tomei!



alkisahnya pada suatu pagi yang bening.. *ceh gaya macam nak buat karangan spm uolls.
okay tak payah nak skema bagai. 
sebenarnya ak nak kongsi kisah kucing jantan (zombi) dan kucing betina (xixi) ak. 

selalunya, lepas subuh 2 ekor kucing intan payung ak ni dah tercongok depan pintu rumah.
tapi minggu lepas, pagi subuh tu zombi dan xixi takde depan pintu!
ak ketuk-ketuk tin friskies pun, takde respon.
selalunya kalau bunyi tin friskies, memang dorang akan berlari tak hengat dunia.
*ingatkan iklan friskies tu propa je. tapi memang kenyataan!

pukul 8 pagi pun, masih tak nampak bayang.
selalunya dalam pukul 8 pagi, dorang mesti dok bergolek-golek depan halaman rumah.
memang tak senang duduk ak pagi tu.

dalam pukul 8.30 pagi kot, ak cuba ketuk tin friskies lagi sekali.
lepas tu, ternampak lah kelibat zombi berlari.
tapi zombi je yang ade. xixi takde.
lepas ak bagi zombi makan friskies, ak tak puas hati.
lagi sekali, ak ketuk tin friskies.
lepas tu, nampak kelibat xixi berlari dari arah padang sana.
mak aihh jauhnya dia melencong. sampai ke tengah padang, tempat lembu dok meragut rumput kot.

yang lawaknya, dia dok mengiau kat tepi padang tu macam gaya mintak tolong.
si zombi yang tengah makan, bila dengar xixi mengiau terus berhenti makan.
dia pun pergi kat tempat xixi mengiau *dorang terpisah dengan pagar tepi rumah.
ak dengan mak ak dah terkekek-kekek tengok gaya dorang. hahaha.
si zombi pulak pusing kiri kanan, macam tengah cari idea macam mana nak bawak masuk xixi.
alih-alih zombi lari pulak.

korang tahu zombi pergi mana?
zombi pergi keluar padang tempat xixi mengiau!
zombi pergi jilat-jilat xixi. lepas tu, dia berlari.
bila xixi nampak zombi lari, xixi pun ikut lah sama.

ok lepas tu baru ak paham.
zombi pergi jemput xixi balik sebab xixi tak tahu jalan nak masuk. hahaha.
lepas tu, baru terkedek-kedek xixi datang kat ak. mintak friskies. 
haih kucing betina ak nih.
pandai keluar tapi tak pandai nak masuk pulak.



yang sekor baran. yang sekor lagi jenis manja. perfecto!


petang tu, zombi pun dah berani ikut xixi main kat padang tepi rumah.
*ni mesti xixi yang pujuk zombi ajak dia main kat sana.
dorang dok berlari-lari sakan kat atas rumput.
kau kejar ak, ak kejar kau. haaa macam tu lah gayanya. *konon bollywood stail ke macam mane.
patot lah xixi tu selalu bawak balik pacat. sekarang ak dah paham.

bila kucing membesar depan mata kita, kita boleh tahu macam mana perangai kucing kita :)
kalau kucing ak, si zombi dia agak cerdik berbanding dengan xixi.
contohnya macam ak kata tadi lah, dia ade idea macam mana nak bawak xixi pulang setelah tak jumpa jalan masuk. haha.
zombi ni garang. ade masa dia , ak boleh gosok-gosok kepala dia sampai dia tertidur.
tapi ade masa yang ak langsung tak boleh sentuh dia.
memang susah lah kalau ak nak buli zombi macam ak buli xixi.
silap haribulan, dia gigit kot! huhu.
dan zombi jenis cemburu sikit. hehe.
kalau ak gosok-gosok kepala xixi, mata dia mesti jeling tengok ak.
lepas tu, konon buat-buat tidur *eleh ingat ak tak nampak ke. hihi.

tapi kalau kucing betina ak, xixi dia terlebih manja!
kalau ak gosok-gosok kepala dia, konfem dia akan terlentok sampai ternganga. hahha.
lepas tu, dia suka sangat jilat orang. *dah macam anjing pulak ak rasa.
contoh kalau ak tengah tengok tv, ak ambik dia letak atas riba. mesti dia panjat-panjat cari leher ak nak jilat.
haaa memang tak lah ak nak bagi dia jilat. geli geleman kot.
kalau adik laki ak tidur tak pakai baju, mula lah aktiviti memanjat dia, gigih nak pergi jilat tetek adik ak. haha
*ke lagi sesuai perkataan gatal untuk xixi nih? kehkeh.
dan xixi ni sangat lah lurus bendul.
contohnya kalau ak tarik ekor dia ke, tarik telinga dia ke, dia buat bodoh je.
takdenya dia nak mengiau ke. nak gigit ak ke. takde. dia memang bendul. haha.
lagi satu, xixi ni segala benda dia telan.
contohnya kalau ak tengah minum air barli, mula lah terhegeh datang kat ak mintak untuk disuap.
memang sampai habis air barli ak dia minum.
paling best, dia sangat gila biskut famous amos ak. dia makan biskut macam dia makan friskies. haha.

kucing memang special.
susah nak cakap macam mana special dia.
tapi kalau korang bela kucing, korang tahu lah kan ;)



*ade satu hari tu, bila ak peluk cium xixi, badan dia ade bau lembu! dia kawan dengan lembu ke macam mane? jangan kata, dia jilat lembu, lepas tu lembu jilat dia balik semula. haaaaaaaaaaaaaa







Friday, February 1, 2013

buang ego ke laut!



sebenarnya dah banyak cerita pedoman terutama pasal anak derhaka yang disiarkan melalui stesen televisyen contohnya channel oasis, tanah kubur.
lagi contoh maharajalawak mega 2012 kat terengganu.
lebih spesifik, zizang dalam rancangannya "sama tapi bukang dia".
kan zizang ade bercerita pasal cerita rakyat. satu yang bertajuk "batu belah batu bertangkup" dengan satu lagi "si tanggang".

tipu lah kalau ak kata ak seorang anak yang menurut segala perintah ibubapa.
tak. kadang2 ade masa ak rasa ak perlu bangkang, ak bangkang.
ade masa ak rasa ak perlu ikut, ak patuh menurut perintah yang arif.

jujurnya, ak lagi rapat dengan mak ak berbanding dengan ayah ak yang agak pendiam.
dan kalau nak bandingkan ak dengan adik perempuan ak,si zura tu. ak yang paling rapat dengan mak ak.
zura pendiam orangnya. sebab tu mak ak lagi suka borak dengan ak dan lagi satu ak suka usik mak ak.
selagi mak ak tak kata "huk alohhh" selagi tu ak akan berterusan mengusik mak ak.
okay ini memang Nur Asyikin Aminuddin. hihi.

daripada pandangan lelaki, air mata perempuan merupakan senjata utama mereka.
daripada pandangan ak sebagai seorang anak, air mata seorang ibu merupakan senjata utama dia.
ak tak paham dengan manusia yang bersifat keras kepala dengan mak dia.
kau mampu tengok air mata mak kau menitik disebabkan kau? mampu?
ya Allah ak tak mampu.
ak cukup takut kalau ak mati dalam keadaan yang derhaka dengan mak.

cuba bayang, kalau mak kita tak sempat nak maafkan kita?
bahagia ke hidup kita?
boleh ke kita cium bau syurga?
selamat ke kita dunia akhirat?
kau kalau menyesal menangis sampai keluar air mata darah sekalipun, kau ingat mak kau boleh kembali ke alam dunia lagi ke?

mak kita perempuan.
hati dia lembut. sangat lembut.
kadang-kadang, mungkin kita tak sedar ade perilaku kita yang membuatkan mak kita kecik hati dengan kita.
jadi tak payah lah nak buat keras hati dengan mak kita.
bukannya payah pun nak keluarkan perkataan maaf daripada bibir kita.
yang payah tu sebab ego!
tolong lah ketepikan ego kau tu.
tak payah lah kau nak tunggu bulan syawal baru nak bermaaf-maafan zahir batin.
itu pun kalau kau sempat. kalau tak sempat?
fikir-fikirkan lah...


*PRU13 dah makin hampir. banyak lah pulak benda yang nak dipolitikkan. kelantan huk alohh pun dah makin femes haaa.