Thursday, January 24, 2013

mandi dengan si panjang.



apa perasaan anda bila dapat tahu rupa-rupanya anda mandi bertemankan si ular?
haaaaaaaa itulah pengalaman saya!

petang maghrib tu, ak mandi macam biasa lah kat toilet dapur.
tapi ak tak sedar pun ade benda tu dalam toilet. langsung tak sedar!

lepas solat ishak, mak ak masuk dapur.
haaa masa tu lah mak ak ternampak kelibat si panjang tu kat depan pintu toilet.
mak ak jerit panggil ak. memang tak lah ak nak masuk dapur tengok benda tu.
masa tu yang ade kat rumah, ak dengan mak ak je.
ayah dengan adik ak pergi masjid.
ak tak tahu nak buat ape.
lepas tu terpikir, ak kan ade kucing dua ekor tu.
haa masa ni lah betapa pentingnya peranan kucing ak.

ak ambik zombi dengan xixi. pastu letak kat dapur tu.
yang lawaknya , kucing jantan ak, zombi zappppp terus lari keluar! haha.
mungkin sebab dia tak biasa dengan kawasan dapur tu.
kucing ak selalu main kat kawasan ruang tamu je. tak pernah masuk sampai ke dapur.
kucing ak yang betina ni, si xixi nampak macam takut-takut jugak.
tapi dia punya perasaan ingin tahu tu tinggi.

ak bisik kat xixi, suruh tengok ade benda tu ke tak.
*haa jangan main-main dengan kucing. kadang-kadang kucing paham kita cakap ape kat dia. hihi.

setiap penjuru dia pergi selongkar.
masa tu si panjang tak tahu dah menghilang ke mana.
tapi kelibat si panjang tu memang tak nampak bayang.

bila adik ak balik dari masjid, dia pulak yang check.
sampai bawah mesin basuh dia check.
tapi takde jugak.
mungkin dah keluar.
ak syak dia masuk melalui saluran air sebab lupa nak tutup penutup saluran air tu lepas cuci bilik air.

malam tu, ayah ak kurung xixi kat dapur. kesian dia. jadi pengawal dapur semalaman. kihkih.
nasib baik dia tak berak kencing.
pagi subuh tu, bila bukak pintu dapur nampak dia siap menggeliat baru bangun dari tidur.
*hai syok nampak xixi tidur.
malam tu memang takde pape. si xixi pun siap tidur dengan lena lagi. haha.
si panjang tu memang dah keluar lah gamaknya.
adik ak mandi nak pergi sekolah pun dah tak nampak kelibat si panjang.
alhamdulillah lega.
tapi ak masih rasa fobia. bergegar lutut nak masuk dapur T______T
takpe yakin dengan Allah benda tu memang dah takde.
kang tak masuk kang, tak berasap dapur nanti. huhu.


tapi Allah tu memang Maha Besar.
Dia hijabkan benda tu daripada pandangan ak sebab Dia tahu ak ni sangat alah dengan haiwan panjang tu.
Allahuakhbar..

salam Maulidur Rasul.

*public holiday ni mesti ramai nak mengular. ee geli ak nak sebut perkataan tu. ok cukup. nak buat kek coklat pulak. adik ak semua balik rumah semalam. BERkek coklat lah kita.








No comments: