Saturday, January 19, 2013

lu memang berani lah afdlin shauki.



antara jozan, jambu, shiro, boboi, dan say who.
ak lagi suka boboi.
walaupun kumpulan boboi tak sehangit kumpulan yang lain tapi ak paling suka lawak boboi.
sebab dalam setiap performance dorang, ade mesej yang dorang cuba sampaikan.
dan lawak dorang sentiasa berkaitan dengan isu semasa.

ak rasa yang semalam punya, kumpulan boboi memang power sebab dia ade selit isu listen! haha.
dan secara tetiba keluar isu "jerung pun ade masalah".
kan semua binatang ade masalah. haaa gitu.
afdlin shauki memang berani. wa salute sama lu afdlin!

tapi pape hal pun, ak rasa jozan memang patut menang sebab johan dengan zizan sangat versatile.
semua karakter manusia dorang mampu tiru.
contoh zizang jadi ustaz azhar idrus konon untuk program sama tapi bukang dia. zizang zizang. haha.
lagi contoh johan jadi a**** a** yang interview bangla. adoiii nak pecah perut ak dengan lawak kau lah johan. hikhik.

kalau ak dengar bebudak ni yang nak beli air teh o ais ikat tepi, otomatik terus ingat kumpulan jambu!
haha. jambu kan memang suka selit lawak segala air yang harus ikat tepi.

say who pulak ak rasa dorang memang suka loghat kelantan.
ni mesti belajar dengan amir amareka kann. haha.


*kucing ak memang selalu ade masalah bila tyme hujan. semua benda hidup ade masalah. tapi kita sebagai manusia yang berakal kena cari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah. bukannya terus lari dari masalah. Dia kan ada :')



2 comments:

koehzzz said...

saya undi shiro!hehe

budak kecik said...

oo peminat shiro rupanya!