Friday, January 25, 2013

famous amos in the house!



biskut famous amos memang kegemaran ak.
kalau pergi mid ke, klcc ke, famous amos memang wajib beli.

dan ak cuba belajar buat famous amos.
alhamdulillah first trial pun menjadi (:

meh ak share resipi famous amos yang disedut dalam kalangan blogger jugak. terima kasih daun keladi ;D

bahan2 ayak:
280g tepung gandum
10g serbuk koko
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bicarbonate
2 tbsp susu tepung
secubit garam

bahan2 lain:
250g mentega
150g gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
1 biji kuning telur
100g coklat chip

cara2:
1. pukul mentega, gula kastor, esen vanilla hingga kembang.
2. masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. masukkan bahan2 ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. masukkan coklat chip *kalau nak campur hazelnut pun boleh. ikut citarasa korang. lepas tu, kacau rata.
5. sudukan adunan ke atas dulang pembakar.
* jangan susun rapat2 sebab biskut akan kembang masa proses pembakaran.
6. bakar pada suhu 160 celcius selama 15-20 minit bergantung pada saiz biskut.

dan siap!
selamat mencuba ;)



*husband sepupu ak suka makan kek coklat ak. sekali makan, nak lagi katanya. kek coklat pun ade macam2 cara sebenarnya. yang penting, resipi untuk kek atau biskut memang kena betul2 ikut. kalau kat situ tulis 200g tepung, memang kena timbang 200g tepat. jangan suka suki je nak timbang sampai 300g. kang nanti, baling kek kat kucing pun pengsan gamaknya. tapi kalau nak masak lauk pauk, memang kita main campak je kan. kalau dalam buku resipi tulis 3 sudu sos tiram, takdenya ak nak sukat 3 sudu sos tiram. tak payah nak skema sangat kalau nak masak lauk pauk. tapi kalau nak buat kek atau biskut, memang kena skema.





No comments: